Kearah warga UIA Yang Lebih Islamik dan Beretika


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah syukur kerana Rektor semakin mengambil berat tentang Islamic ethics di kalangan warga UIA. Saya yakin kebimbangan Rektor memuncak kerana tanggungjawab yang tergalas di bahu beliau sebagai ketua sebuah universiti beridentiti Islam teramatlah beratnya.

Hari ini diadakan bengkel mengenainya dengan mengambil kira pandangan pensyarah, pentadbir dan juga pimpinan pelajar . Tujuannya agar kita dapat menghasilkan pelan tindakan kearah menguatkan lagi penghayatan nilai2 etika Islam dalam praktik harian warga UIAM. Staf dan pelajar digalakkan memberikan pendapat demi kebaikan UIA tercinta.

Tahniah kepada pelajar yang memberi pendapat mereka dalam bengkel itu yang mewakili kelab masing2 serta pelajar keseluruhannya. Rasanya elok juga kita buat bengkel sebegini lagi untuk disertai oleh sesiapa saja pelajar yang berminat. Biarlah banyak suara yang memberikanidea2 bernas yang boleh dilaksanakan dengan baik.

Samalah2 kita bekerja keras untuk menjadikan UIA sebagai Heaven Class University.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai