Melangkah ke Bumi Turkey


posted by Martinelli Hashim

1 comment

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Kata orang di Salt Lake City, Amerika, ada sebuah NGO keristian yang sangat hebat dari segi gerak kerja dan kemudahan2 peralatan membuat outreach. Mereka memilik beberapa kapalterbang dan helikopter untuk mebawa barang2 itu. Ada sebuah gudang yang sangat canggih yang sentiasa dipenuhi barang2 makanan, pakaian dan barang2 keperluan hidup yang lain untuk diedarkan semasa mubaligh2 mereka menjalankan outreach ke seluruh dunia. Saya tidak punya peluang melihatnya sendiri.

Tetapi alangkah terkejutnya saya semasa melawat Turkey wujud sebuah NGO kemanusiaan bernama Dennis Fenarri yang punya gerak kerja kemanusiaan yg sangat canggih yang digerakkan oleh orang2 Islam. Mungkin tidak sehebat NGO kristian di Salt Lake City itu dan NGO ini juga bukan badan penyebar agama, namun saya kagum melihat ia mampu mempunyai gudang yang besar dan tersusun. Dari barang2 makanan hinggalah pakain sejuk disimpan dan dikawal secara sistematik. Ia akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan sebaik saja menerima maklumat ada orang memerlukan.

Bermula dari sebuah acara tv seperti Bersamamu di tv3, kini mereka mepunyai ribuan sukarelawan yang berada di seluruh pelusuk Turkey yang bertugas mencari orang susah secara percuma. Di bahagian penyimpanan kasut di gudang itu terdapat kasut semua saiz tersusun secara sistematik. Begitu juga pakaian. Mereka juga mengedarkan barang2 itu untuk mangsa bencana alam seluruh dunia. Kalau anda pernah ke Aceh selepas tsunami. anda akan melihat beberapa rumah yang dibangnkan oleh NGO ini untuk keluarga mangsa.

Di pejabat NGO itu ada deretan telfonis yang menerima panggilan dari agen2 mereka lengkap dengan komputer untuk menegnalpasti tempat pemanggil dan menentukan tindakan yang patut diambil untuk membantu mangsa. Di bahagian lain, puluhan pekerja mengasingkan barang2 yang diterima. Saya hairan dari mana mereka dapat barang sehingga gudang mereka sentiasa penuh. Kata mereka barang2 itu disedekahkan oleh kilang2 dan syarikat2 besar yang menjadi pembekal tetap secara percuma sebagai csr (corporate social responsibility) mereka. NGO itu hanya memberikan senarai barang2 yang diperlukan setiap bulan kepada syarikat2 itu.

Bolehkah NGO seperti ini wujud di Malaysia? Mungkin agak sukar kerana NGO2 yang sedia ada selalunya bersifat individualistik, bukan networking oriented.

Tetapi yang lebih membanggakan saya lagi ialah apabila saya dapat tahu bahawa salah seorang pengurus besar NGO itu adalah grdauan UIA yang belajar di kampus PJ dahulu sebelum UIA pindah ke Gombak. Semasa pertemuan dengannya dia ada menyebut, "I miss nasi lemak, roti canai and I miss bas 12."

Kemudian saya berkesempatan melawat sebuah NGO lagi bernama IHH Human Relief Foundation. (mereka meneyebut ee-aa-aa). NGO ini lebih fokus kepada kerja2 kemanusiaan antarabangsa terutama di negara2 Islam. Membuat saya lebih terkejut ialah di sini majoriti petugasnya adalah bekas2 graduan UIA. Mereka berkata saya akan lebih terkejut kalau dapat melawat sebuah universiti yang hampir semua pensyarahnya oleh bekas2 graduan UIA.

Kata mereka, mereka suka belajar di UIA sebab di negara mereka sebelum ini pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai tudung. Walaupun Turkey masih tidak mengi'tiraf ijazah UIA namun mereka tetap ke UIA untuk mendapat ilmu. Saya amat mengkagumi semangat mereka untuk proses Islamisasi Turkey. Terasa kekesalan saya kenapa saya tidak merapati mereka sewaktu mereka ada di UIA dahulu.

Di dalam hati saya terdetik,"Alangkah besarnya peranan UIA membina ummah. Sebagai staff, bukan kecil amanah yang kita pikul untuk mendidik anak2 muda ini."

Satu lagi perkara yang amat mengkagumkan saya ialah suasana masjid2 dan surau2 yang dipenuhi anak2 muda setiap solat 5 waktu. Satu hari saya dan beberapa orang sahabat yang sama2 dalam rombongan ini terpaksa mencari surau lain kerana masjid berhampiran hotel kami di tengah2 kota Istambul itu sudah sendat dengan manusia terutama anak2 muda walaupun waktu zohor belum masuk. MasyaAllah. Walaupun kami boleh solat jama' tetapi keinginan untuk merasa bersolat di masjid turkey begitu berkobar2 kami berusaha juga mencari masjid. Akhirnya kami bertemu sebuah masjid lama yang kecil di belakang hotel dan suasananya sama juga tetapi masih ada ruang untuk kami bersolat.

Walaupun kumpulan gerakan Islam tertekan dengan pelbagai undang2 circular di Turkey, tetapi ia semakin mendapat sambutan. Kumpulan yang menjadikan siratunnur, sebuah buku karya Said Nursi Badiuzzaman sebagai sumber semangat mereka semakin besar. Saya teringat kembali sewaktu remaja dahulu, disebabkan terlalu teruja dengan semangat beliau, saya menaip semula riwayat tokoh agung ini dari majalah dan mengedarkannya kepada kawan2.

Ummat Islam akan dikatakan kuat hanya apabila jemaah solat subuh dimasjid sama ramainya dengan jemaah solat jumaat. Apakah Turkey akan menjadi negara pertama untuk ini.

Siapa sangka. semasa zaman Kamal Artatuk, ribuan ulama' dibunuh, segala yang berunsur arab termasuk bahasa dan tulisan diharamkan. Azan hanya boleh dilaungkan menggunakan bahasa turkey. Kini Islam bangkit semula di bumi Turkey walaupun masih mendapat tentangan dari pihak yang berfahaman sekular. Pihak ini mahukan turkey menjadi sebahagian dari masyarakat Eropah sedangkan semua negara eropah menolak kemasukan turkey ke dalam kesatuan mereka.

Suatu yang mengkagumkan saya ialah mereka berbeza dari masyarakat lain tentang kebersihan. Seperti orang eropah, mereka sangat menjaga kebersihan malah lebih bersih dari orang eropah, menepati waktu dan berjalan pantas menunjukkan bahawa mereka juga bekerja dengan pantas dan professional. Mereka sangat meraikan tetamu dengan makanan dan hadiah2.

1 comment

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai