- Peringkat kematangan setiap anak adalah berbeza-beza
- Kerana budaya, anak tidak akan memberitahu ibubapa yang mereka sudah wajib kahwin.
- Adalah haram melarang nak yang sudah merasa wajib berkahwin.
- Tugas kita menjaga dan mengawal anak-anak adakalanya perlu dilepaskan lebih awal dari yang kita jangkakan
- Pandangan kita belum tentu semuanya benar dan pandangan mereka belum tentu semuanya salah.
- Jangan kerana silap pengiraan, akhirnya anak yang kita sayangi selama ini hidup menderita sedangkan mereka tidak mampu bersuara.
- Secalit marah kita kepada anak mungkin saja membawa bala kepada masa depan anak kita
- Anak kita hanya ada satu ibu dan satu bapa dan kitalah sumber kebahagiaan mereka
- Anak hanya akan bahagia apabila kita mampu mendengar luahan mereka dengan baik.
- Kita sering tersilap dengan mendahulukan adat dari syariat dalam urusan perkahwinan anak
- Berbanggalah dengan mahalnya nilai agama anak bukan nilai hantarannya.
- Bersyukurlah dengan anak yang menyahut seruan agama untuk berkahwin secara sah. Betapa gusarnya kita sekiranya anak tidak mahu berkahwin malah lebih malang lagi kalau pasangan yg mengisi nafsunya adalah sejantina dengannya.
Beberapa fakta yang perlu diketahui oleh anak:
- Tidak ada ibubapa yang normal tidak mahu anaknya bahagia. Jangan salahkan ibubapa apabila keputusannya tidak kita senangi kerana anak dan ibubapa mempunyai paradigma yang berbeza.
- Paradigma ibubapa boleh saja diubah melalui teknik komunikasi berkesan dan doa yang ikhlas. Percanggahan pendapat dengan ibubapa kebanyakannya berpunca dari teknik berkomunikasi yang salah.
- Ibubapa juga malu berbicara secara terus terang dengan anaknya hal-hal berkaitan perkahwinan sebagamana anak malu berbicara perkara yang sama denga ibubapanya.
- Ibubapa juga punya ego yang sukar dilentur kecuali mereka yang punya ilmu agama, pengalaman dan informasi yang cukup mendepani anak yang sudah dewasa.
- Tindakan kita tidak semestinya betul dan ibubapa tidak semestinya salah
- Walaupun anak itu sudah besar, pada perasaan ibubapa anaknya masih anak yang dibawa bertatih yang sentiasa perlu dilindungi
- Perkahwinan bukan semata-mata untuk memenuhi nafsu kerana itu hanyalah perkara yang teramat kecil jika dibandingkan dengan tanggungjawab ketuhanan, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang ada di hadapan nanti.
- Mengawal nafsu sebenarnya lebih mudah dari mengelakkan diri dari menjadi anak derhaka
- Peratus kegagalan rumahtangga mereka yang berkahwin semasa belajar adalah agak tinggi terutama mereka dalam aliran sains.
- Kita hanya punya satu ibu dan satu bapa. Bahagiakanlah mereka dengan perkahwinan anak yang sempurna pada pandangan mata mereka. Sempurna dari segi masa, cara dan suasana yang membuat mereka merasa bangga dengan anak yang dididik selama ini.
- Ibubapa tidak pernah lupa dari memikirkan kebahagian anak merka. Hadiahkan mereka dengan calon menantu yang baik, beragama dan bersopan-santun yang menambah keyakinan mereka bahawa anaknya akan hidup bahagia dan masa tua mereka tidak akan kita sia-siakan.
- Mengalah sebentar dengan kehendak ibubapa mungkin saja membawa kejayaan yang lebih baik di depan nanti.
- Allah sudah menjanjikan akan membalas segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan terhadap ibubapa dan berhat-hatilah dengannya.
- Melakukan puasa bagi menahan nafsu amat besar kesannya. Redhakanlah pernikahan anak apabila mereka sudah bersedia. Usah dilarang kecuali atas alasan shar'ie.
Karya asal oleh Martinelli Hashim
Assalamualaikum Kak Nelli...
Betul kata kak..kita hanya punyai satu ibu dan satu bapa...
saya juga pernah dihalang cinta oleh ibu saya walaupun lelaki itu benar-benar mahukan saya..bukan sekali dan bukan seorang lelaki yang benar-benar menicintai saya yang telah ditolak..tapi dua...dua kali..dua lelaki pada waktu yang berbeza...yang pertama sewaktu mula-mula habis belajar di UIA..yang kedua...dua tahun lepas....
saya???tidak pula melawan cakap ibu..sebab bagi saya dialah segalanya..dia yang membesarkan dan menjaga saya sejak kecil setelah berpisah dengan ayah...saya melihat setiap penat dan perit jerih kehidupan ibu...saya mengambil keputusan mengikuti kata-kata ibu walaupun dalam hati memang terasa...tapi cepat-cepat saya pujuk hati saya supaya tidak terasa hati dengan ibu saya...saya sedar yang saya tak layak nak terasa hati dengan beliau...sebab beliaulah yang telah mendidik saya dengan penuh sabar...dengan kederat empat keratnye lah saya belajar sehingga berjaya mendapat apa yang saya ada sekarang..dan TIDAK WAJAR saya membelakngkan ibu saya semata-,mata kerana cinta..sebab???ibu saya mengorbankan hatidan cintanya kepada mana-mana lelaki yang melamarnya sejak berpisah..semata-mata untuk anak-anaknya yang tercinta..
pesan saya buat yang masih belum mendapat restu ibu bapa untuk mendirikan rumahtangga...ikutlah dan dengarlah cakap kedua orang tua kita..kerana syurga kita letaknya pada redha kedua ibu dan bapa dan syurga itu di bawah telapak kaki ibu...tak rugi kita mengikut cakap mereka (dalam hal kebaikan) memang kita tidak nampak hikmah disebalik semua tu awalnye..tapi lama-lama kita akan sedar itu semua ada hikmahnya,,,insyaallah
Assalamualaikum madam,
tahniah telah mengadakan blog yang membuka minda pelajar-pelajar. sebelum itu dengan senang hati saya perkenalkan diri. nama diberi siti masyitah dr kulliyyah architecture. Disini sy mahu kan penjelasan lebih lanjut tentang ayat "Peratus kegagalan rumahtangga mereka yang berkahwin semasa belajar adalah agak tinggi terutama mereka dalam aliran sains."
sy keliru dgn ayat di atas seolah-olah menyatakan halangan berkahwin semasa belajar. Bukankah Islam tu memudahkan termasuk perkahwinan.Jadi ironinya ayat tu seperti menyampaikan mesej usah kahwin ketika belajar.
Mungkin Mdm dapat merungkai kekeliruan dan salah faham sy.
terima kasih banyak2 mdm yg dikasihi..
wa'alaikum salam masyitah.
mesej ini bukan utk menghalang atau menggalakkan kahwin sebelum belajar. sekadar berkongsi beberapa fakta sebagai pertimbngn bagi mereka yg merancg utk melakukannya dan bagi ibubapa yg ada anak hendak berkahwin awal.
Punca kenapa ramai pelajar aliran sains gagal bukan bermakna semua. Ia hanya sebagai finding dan tiada penjelasannya yg mendalam. Tetapi ada banyak kemungkinan spt study yg berat,kurang ilmu agama sehingga taksub hanya kpd satu pengajaran.
Boleh saja kahwin awal kalau sudah bersedia dg pelbagai kemungkinan.
Ramai juga mereka kahwin masa belajar dari aliran sains dan hidup bahagia hingga ke anak cucu.
Saya pelajar sains genetiks dan suami mathematik dan kami berkahwin semasa di tahun 3. Alhamdulillah segalanya dilalui dengan baik.
Assalamu'alaikum.
Saya robi dari Indonesia, subhanallah membaca artikel ini. Benar-benar buat saya sadar tentang sikap orang tua saya juga yang melarang berhubungan dengan seorang akhwat.
Insya Allah, saya ikuti orang tua saya saja selama sesuai syari'at......
Karena terkadang orang tua tidak melihat dari tingginya pemahaman agama, tapi hanya dari hartanya saja. Maksud saya bukan tidak boleh orang tua menjadikan harta sebagai pertimbangan tapi diharapkan orang tua juga mampu mempertimbangkan calon istri saya dari pemahaman agamanya juga.
Salam.
Madam, pertamanya sata ingin sekali mahu mengucapkan tahniah kerana berjaya membawa tajuk yang sangat berkesan sekali.
Saya, sangat bersetuju sekali dengan pandangan dan fakta yang telah di berikan oleh Madam. Bagi saya, ia bukanlah untuk menghalang, namun ia sekadar persedian dan persiapan yang harus difikirkan oleh pasangan yang ingin berkahwin.
Oleh sebab itulah, ia mendorong saya untuk menulis SEBUAH BUKU yang khas tentang permasalahan BERKAHWIN SEMASA BELAJAR.
InsyaAllah, ia akan dilancarkan pada hujung bulan APRIL ini. InsyaAllah.
Boleh view kat sini :
http://hujjati.blogspot.com/2011/03/e-book-nota-berkahwin-semasa-belajar.html
Wallahua'lam
Mohd Ashraf Ramli
Pelajar Undang-undang (AIKOL)
Tahun 4
saya mohon copy topik ini..terima kasih
Silakan eika
Tq Ibu. Agak membuka minda.
Sy nk kawe awal, tp sy ni malu nk mbicara kan tntg bnd2 cmni kat parent& lemah dri segi komunikasi nk convince mereka.
ape nasihat ibu.. =)
Bagi pendapat saya pula,untuk lelaki/bakal suami kejarlah dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana.Sekadar pendapat saya, maaf jika tersalah.hehehehe
Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM
jzklh atas perkongsian