posted by Martinelli Hashim
Entah kenapa bagai ada magnet, hati saya seolah-olah ditarik-tarik untuk mendekati anak kecil itu. Wajahnya cukup ceria. Tidak ada siapa yang dapat meneka kepahitan yang telah dilaluinya sejak lahir sehingga sekarang dalam usia 11 tahun.
Selesai menyatakan namanya, saya bertanya, "....bin?"
"Saya tak ada ayah. Orang kata ayah saya lari lepas jual saya masa saya umur 2 bulan. Mak angkat saya yang selamatkan saya. Mak saya dah meninggal." Patah-patah kata yang menggegarkan perasaan.
Amirul, remaja kecil yang sangat tabah walaupun hidup di rumah anak yatim tanpa ibubapa. Dia tidak bersekolah kerana tiada surat beranak dan kad pengenalan.
Matanya bersinar-sinar apabila bercakap, membayangkan dia seorang yang sangat cerdik. Kalaulah rumah anak yatim ini mampu mendidiknya dengan baik, insyaAllah akan lahirlah seorang pakar atau cendikiawan.
Namun di rumah anak yatim yang serba doif ini seolah-olah tidak memungkinkan dia mempunyai peluang untuk itu.
Amirul bukan saja tidak punya ibubapa tetapi dia juga tidak punya negara. Berada di Malaysia sebagai pelarian dan esok belum ada apa-apa kepastian untuknya.
Saya mengusap kepalanya sambil membisikkan, "Amirul budak yang hebat. Selalu minta pada Allah....Allah akan bagi yang terbaik untuk Amirul."
Saya senyum dalam kesayuan melihat Amirul berlari mendapatkan kawan-kawanya yang sedang bermain dengan gembira.
Madam,
ramai lagi anak-anak seperti Amirul di seluruh pelusuk negara. calon wakil rakyat mana lah yang akan masukkan agenda membela nasib anak-anak seperti Amirul dalam manifesto mereka... saya sedih nasib mereka tidak terbela; nak pilih pemimpin tak boleh, nak sekolah pun tak dapat.
Sekiranya tidak mendapat didikan yang sempurna, ribuan kanak-kanak seperti ini akan membesar sebagai seorang yang pendendam dan menjadi ancaman kepada negara... (antara kata-kata Almarhum ustaz Fadzil Noor di Parlimen..)
Sdri, sila emailkan pada saya dirumah anak yatim manakah Amirul ini tinggal, saya juga sgt bersimpati dan cuba membantu beliau didlm apa jua jenis bantuan yg Amirul perlukan. Email kpd saya kapaktajam5563@gmail.com or di kapaktajam.blogspot.com or at 0195494577 - sdr azhari hj abu. Tq