Dia dihukum lagi


posted by Martinelli Hashim

No comments



Dia manusia hebat yang luar biasa. Ujian buatnya tidak teduga beratnya. Apa yang dilaluinya di luar bayangan akal manusia normal.

Apapun tuduhan ke atasnya, tahukah anda dialah pencetus fenomena wanita Melayu kembali bertudung pada zaman di mana para ustazah pun tidak bertudung. Dia mempopularkan aktiviti berusrah memanggil anak muda Melayu mengasah akal dengan ilmu, mengimarahkan masjid membangun jiwa dengan agama. Dia mengembalikan tulisan jawi untuk diajar disekolah . Dialah juga yang paling keras berjuang untuk mewujudkan perbankan Islam di Malaysia sehinggakan hari ini kita boleh terselamat dari riba.

Perjuangannya untuk Malaysia mendirikan sebuah universiti untuk ummah, telah menghasilkan puluhan ribu anak muda mendapat manfaat dari taman ilmu dan budi........!!!

Hari ini diputuskan sosok tubuhnya yang hampir lunyai itu akan dikurung lagi. Entah apa pula kesakitan yang akan dilaluinya. Kalaulah benar ia seorang mujahid sejati, kita tidak ragui syurga buatnya yang sedang menanti dan kita yakin Allah ada perancangan agung buat dia.

Ke atas para hakim kita masih meletakkan harapan agar kebijaksanaan "Yang Arif" tidak diletakkan di tapak kaki. Kita mengharap agar ia diadili seadil-adilnya kerana ini bukan hanya soal maruah seorang insan dan keluarganya, malah maruah sebuah bangsa yang dianggap sangat beradab dan berbudaya. Ia adalah soal ummah yang terhina. Dan ia adalah soal mahkamah shariah yang dpinggirkan, tidak memiliki kuasa untuk mengadili ummah secara Islami. Ummat Islam terpaksa akur dengan undang-undang ciptaan manusia, membelakangkan undang-undang Allah. Kita bimbang sekiranya Allah menurunkan bala, semua akan merasa tempiasnya.

Sebuah kesayuan yang menggegar jiwa mereka yang menyanjung kehidupan mulia berlandaskan kebenaran sejati.... memohon Allah memberi izin agar kebenaran dapat diperlihatkan segera. ..... dengan titisan air mata seikhlasnya memohon agar Allah lindungi dia kalau dia tidak bersalah, lindungi ummah dari berpecah dan terhindar dari bencana fitnah.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai