posted by Martinelli Hashim
Menggarap isi-isi motivasi…..Menggenggam tekad untuk jadi lebih cekap, lebih pantas, lebih bijak dan kerja berkualiti untuk Allah. Usah difikir apa manusia kata, apa manusia pandang…. Work the best not to impress people but Allah.
Kata Ahmad Totonji, “The kufar are working hard. They work fast. If they run 40km/hr how can you catch them if you run at only 30km/hr. They work smart.”
Di saat melihat hebatnya orang lain bekerja, terasa kerdilnya diri. Saat meniliti kejayaan orang lain, hati berdoa memohon dianugerah hikmah dalam berfikir, bekerja dan beribadah. Saat menyaksi kesabaran orang yang diuji, malu terasa usaha yang terlalu kecil mendekatkan diri padaNya namun masih dicurahi kasihNya Yang Maha Agung.
Usaha diganda, namun mungkin tiada izin dariNYA langkah kecundang, wajah tersembam ke bumi bercalit lumpur. Cuba mencari silapnya diri.... hati tidak mampu berpaling pada hakikat bahawa Allah lebih utama dari segalanya.
Tentu ada hikmah disebaliknya atau kafarah pencuci dosa … peringatan dari Dia agar usah ada rasa ujub, usah lupa Dia penentu segalanya.... pengajaran di saat diselubung alpa….. Tarik nafas dalam-dalam, Husnulzhon padaNya kerana Dia penguasa Yang Maha Agung. Terus mencari redhoNya, faghfirli ya Rabb. Berilah peluang lagi menyusun langkah di jalan lurus demi ummah tercinta....