Sultan Muhammad AlFatih dengan peribadinya yang mulia membuka serbannya untuk turut bersama rakyat merasai penderitaan membina tembok. Tiada protokol, tiada sanjung-sanjungan. Yang ada hanya hati yang sentiasa takut kepada Allah. Baginda dikenali sebagai sebaik-baik raja yang membawa bersama sebaik-baik tentera menakluki benteng kerajan Byzantine. Konstantinopel akhirnya dapat direbut. Serban sentiasa di kepala sebagai persiapan menjadi kain kafan apabila Allah mengambil nyawanya. Qudwah hasanah yang ditunjukkan sang raja telah diikuti oleh semua tentera yang bersamanya menegakkan kekhalifahan ummah. Peribadinya yang mulia jugalah yang membuat manusia dan semua makhluk Allah di bawah pemerintahannya merasa selamat
Kehebatan ilmu Imam AlGhazali menerangi akal manusia, kehebatan peribadinya menerangi martabat keinsanan manusia sebagai penjaga alam milik yang Maha Kuasa.
Siapa tidak kenal Dr. Muhammad Mursi, presiden, agamawan, pakar kejuruteraan kimia, sukarelawan kemanusiaan dan bapa yang hebat hasil tarbiyyah Ikhwan Muslimin. Peribadinya yang mulia mampu mendidik seluruh ahli keluarganya hafaz Al-Quran lalu menawan hati seluruh manusia yang cintakan keamanan.
"Apabila kita menyentuh keinsanan dalam diri manusia, ia akan bangun walau terpendam, walau mati. Apabila kita menyentuh keinsanan, ia akan bangkit." Kata Youseff Nada, jutawan dan tokoh Ikhwan Muslimin yang berperibadi mulia dengan menggunakan kehebatannya mengajak pemimpin dunia menyelamatkan nyawa manusia dari menjadi mangsa tamak kuasa para pemimpin.
Youseff Nada diselamatkan oleh rakan banduan kerana si rakan rasa terhutang budi dengan kehebtan peribadi bonda Yousoff yang pernah membantunya di kala susah.
Ternyata kemuliaan peribadi yang begitu ditekankan dan amat terserlah di kalangan para pendokong Ikhwan Muslim menjadikan IM brgitu berbeza dengan dengan gerakan Islam yang lain.
Mampukah kita yang terlibat gerakan Islam di Malaysia membina peribadi sehebat Ikhwan Muslimin?
Dalam suasana yang kritis ini kita tidak perlu menunggu untuk orang lain melakukannya untuk kita. Ia bermula dari diri dan di tempat di mana saja kita berdiri.
Cuba baca buku ini ..... anda akan merasa kerdil dalam memenuhi tuntutan islah.