Mencapai bintang di langit
posted by Martinelli Hashim
Usai menghadiri 'Global University Leadership Summit' di Kota Singa.... sepanjang persidangan ada bicara tentang kehebatan universiti utama dunia, kehebatan pengurusan mereka, kehebatan mereka meraih geran penyelidikan berbilion dolar setahun, kehebatan sumbangan alumni mereka, kehebatan mereka menjana kewangan ...... saya amat kagum apabila disebutkan, "Most of these universities are successful because they have great people who are very loyal to the university..."
Dibicarakan juga ciri-ciri 'global universities '....ia membuat saya termenung sebentar mengenangkan gelaran "Premier Global Islamic University" yang ingin diraih oleh UIAM dan menilai ciri-ciri yang ada pada kita pada ketika ini ...... kehebatan yang mana satu?...... tarik nafas dalam-dalam, "Demi ummah kita perlu bekerja keras lagi memperbaiki segalanya...kurangkan bicara, perbanyakkan usaha. Bintang yang hendak dicapai masih jauh dilangit, pendakian yang amat perit....."