Archive for May 2013

Orang Baik Itu Ibarat Penjual Minyak Wangi


posted by Martinelli Hashim

No comments



Kesan perbualan ke atas kesegaran badan.

Pengalaman 1.

Perjalanan bersama 3 orang pensyarah untuk menghadiri bengkel di Puterajaya menaiki  van. Kesemuanya adalah pensyarah muda dalam lingkungan awal 40an.  Pemandu datang sedikit lambat. Masing-masing berungut mengutuk pemandu. Tidak ketinggalan mengutuk seorang pegawai yang sepatutnya ikut sama tetapi menalipon tidak jadi pergi.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik, bicara dipenuhi rungutan demi rungutan terhadap pelbagai pihak. Isu yang dirungutkan termasuklah isu  layanan yang diterima, gaji, kenaikan pangkat, bebanan kerja, pelajar malas, pegawai lembab dan bermacam-macam lagi. Keraplah keluar perkataan seperti, “Tak professional”, “tak guna otak”, “bangang” dll. Hampir keseluruhannya adalah berkaitan dengan rasa tidak puas hati. Kalau ketawapun ketawa memperbodohkan orang lain.

Hormat saya kepada mereka mula menipis.

Saya pulang ke rumah merasa amat penat. Malam itu saya tidur awal disebabkan keletihan.

Pengalaman 2

Perjalanan bersama 3 orang pensyarah untuk menghadiri bengkel, juga di Puterjaya juga menaiki van. Mereka adalah seorang professor seusia saya dan dua lagi adalah pensyarah muda berumur 20an dan 30an. Mereka datang  10 minit awal. Mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menyediakan van dengan wajah ceria. Memberi salam kepada pemandu. 

Dalam perjalanan pergi lebih banyak bercerita tentang simpati mereka kepada pelajar. Tuan profesor tidak banyak bercakap tetapi banyak senyum mengiyakan cerita kami. Tercerna dalam bicara mereka bayangan guru yang  murabbi  menyayangi anak murid. 

Dalam perjalanan pulang….suasana lebih meriah. Pelbagai topik…. cerita tentang penyelidikan, agama, keluarga, masyarakat, politik termasuk antropology dan geografi, walaupun kesemua mereka adalah orang sains. Tidak seayatpun keluar  ucapan berbau rungutan.

Di dalam hati saya mengkagumi mereka…. Wara’ dan berperibadi mulia. Rasa bersyukur kerana dua orang anak saya menjadi pelajar mereka  serta pensyarah lain yang berperibadi seperti mereka di Taman Ilmu dan Budi. Ibubapa seperti saya sudah tentu meletakkan harapan yang tinggi agar anak yang dihantar mengaut ilmu di sini dapat juga terdidik akhlak dan budi pekerti mereka.

Saya pulang ke rumah masih terasa segar walaupun berada lama dalam kesesakan jalan raya. Malam itu saya tidur lambat kerana mata tidak mengantuk dengan kesegaran badan. 

Dari dua pengalaman bermusafir dengan dua kumpulan pendidik ini mengingatkan saya tentang kata-kata pakar bahawa ucapan positif akan membuat badan kita sihat. Apa yang kita lihat dan dengar akan mempengaruhi sistem physiology badan. Ucapan positif akan mengaktifkan  sel-sel badan, melancarkan perjalanan darah yang membawa oksigen ke otak sehingga badan menjadi segar. 

Begitulah sebaliknya apabila mendengar kata-kata negatif. Badan akan menjadi lesu tidak bermaya.

Sebuah muhassabah buat diri sendiri yang tidak terhindar dari sifat merungut.

Kata ulama' apa yang dilalui itu adalah pengajaran yang berharga buat mereka yang berfikir. MashaAllah...Allah membentangkan semua ini untuk dijadikan peringatan buat diri ini yang sering lalai. Kembali menginsafi diri yang kerap juga mengeluarkan rasa tidak puas hati. Benarlah rupanya bahawa banyak bersungut bukan saja melemahkan diri tetapi melemahkan orang lain yang mendengar. Apabila bersungut, susah untuk mengelak dari mengumpat…… makin badan kita sakit. Sakit kerana secara tidak langsung umpatan itu seolah-olah memakan daging saudara sendiri.
Mendidik mereka tentang nilai keinsanan

Alangkah ruginya dengan sungutan yang melibatkan ghibbah/umpatan bukan saja menghakis penghormatan manusia malah mendapat kutukan dari para malaikat. serta hukuman dari Allah.

Menjadi i'tibar juga bahawa berada bersama orang berilmu dan berperibadi mulia sama seperti berada bersama pembuat minyak wangi yang membawa lampu suluh ...... mereka bukan saja mewangikan suasana malah juga menerangi kegelapan. Haruman yang dibuatnya akan terpercik ke badan kita, cahaya lampunya sekurang-kurang membantu kita melihat kesalahan dan kekurangan diri sendiri.

Usia tidak menentukan peribadi. Alangkah baiknya dalam usia yang muda sudah memiliki nilai  diri yang terpuji yang dikagumi orang yang melihat. Alangkah bahagianya jika ramai orang yang begini menghuni taman ilmu ini.

Buat anakanda yang menjadi guru dan pensyarah, jadilah pendidik berilmu dan berperibadi mulia agar ilmu yang diberi penuh barakah menerangi jiwa insan-insan yang suatu masa nanti juga mampu menerangi orang lain.

MEMBUANG BATU KARANG


posted by Martinelli Hashim

No comments




Dari faxebook


REMOVING GALLSTONES NATURALLY...

By: Dr. Lai Chiu Nan

It has worked for many. If it works for you please pass on the good news. Dr. Lai is not charging for it, so we should make it free for everyone. Your reward is when someone, through your word of mouth, benefits from the regime. Gallstones may not be everyone's concern. But they should be because we all have them. Moreover, gallstones may lead to cancer. "Cancer is never the first illness," Dr. Lai points out. "Usually, there are a lot of other problems leading to cancer.

In my research in China , I came across some materials which say that people with cancer usually have stones. We all have gallstones. It's a matter of big or small, many or few.

One of the symptoms of gallstones is a feeling of bloatedness after a heavy meal. You feel like you can't digest the food. If it gets more serious, you feel pain in the liver area." So if you think you have gallstones, Dr. Lai offers the following method to remove them naturally.

The treatment is also good for those with a weak liver, because the liver and gallbladder are closely linked.

Regimen:

1. For the first five days, take four glasses of apple juice every day. Or eat four or five apples, whichever you prefer. Apple juice softens the gallstones. During the five days, eat normally.

2. On the sixth day, take no dinner.

3. At 6 PM, take a teaspoon of Epsom salt (magnesium sulphate) with a glass of warm water.

4. At 8 PM, repeat the same. Magnesium sulphate opens the gallbladder ducts.

5. At 10 PM, take half cup olive oil (or sesame oil) with half cup fresh lemon juice. Mix it well and drink it. The oil lubricates the stones to ease their passage.

The next morning, you will find green stones in your stools. "Usually they float," Chiu Nan notes. "You might want to count them. I have had people who passes 40, 50 or up to 100 stones. Very many."

"Even if you don't have any symptom s of gallstones, you still might have some. It's always good to give your gall bladder a clean-up now and then.


Article source and detailed success story: http://happyhomemaker88.com/tag/dr-lai-chiu-nans-gallstone-natural-remedy/

Gelombang Kebangkitan Ummah Kedua


posted by Martinelli Hashim

No comments

Agak nostalgik sedikit semalam semasa menghadiri seminar di Dewan Kuliah F universiti Malaya. Di dewan ini sangat banyak kenangan ...perjalanan dakwah dan aktiviti kemahasiswaan lebih 30 tahun bersama teman-teman seperjuangan yang kini sudah berada di persada politik, perniagaan, akademik keprofesoran. Ada yang sudah berada di puncak kerjaya, ada yang jatuh, ada yang bangun dan ada yang terus menghilang tanpa khabar. Ada juga yang sudah menerima panggilan ilahi meninggalkan kami.

Saya rakam gambar ini, Prof Dato' Dr Redzuan Othman dan Dato' Saifudin Abdullah dalam forum PASCA PRU13 semalam. Lebih 30 tahun yang lalu dua sahabat ini dan sahabat-sahabat yang lain sering berada di dewan yang sama, berbicara nada yang sama berputar di sekitar topik perjuangan mahasiswa dalam kebangkitan ummah. Bezanya masa itu mereka adalah anak muda yang bergelar mahasiswa sedangkan sekarang sudah di usia petang dan ada cucu memanggil mereka 'atok'.

Lebih 30 tahun dahulu Sdr. Redzuan presiden PMIUM dan sdr Saifudin presiden PBMUM. sdr. Ahmad Shabery Chik  presiden PMUM. Sdr. Husam Musa sdr Taqiuddin, Sdr. Sahlan Ismail, sdr Jamaludin Yacob, sdr Nazirudin, sdr Hazizan, sdr. zainudin, sdr Azmi Shah  , sdr Roslan Kasim  dll dalam PMIUM.... tidak ketinggalan tentunya sdr Azami Zaharim teman sefakulti yang sekarang menjadi teman serumah, kami sama-sama dalam PMIUM dan ASMUM.

Pernah keluar dari mulut para sahabat saya ini, satu hari nanti kita akan mengisi parlimen. Masa berlalu begitu pantas. Memang ramai yang mengisi parlimen dan ramai juga mengisi dunia akademik dan dunia perniagaan. Hampir kesemua mereka mengukir nama di dada akhbar. Siapa tidak kenal Dato' Saifudin, Dato' Shabery Chik, Dato' Husam Musa

Waktu itu ungkapan, "gelombang kebangkitan ummah," the rising tide of Islam" menggegar semangat kami anak muda. Waktu cuti semester diisi pembangunan rohani dan intelektual. Siswa siswi bergerak senada-seirama kerana mengisafi peranan besar orang muda di menara ilmu merubah dunia mengangkat martabat ummah.

Semalam apabila berada di DK F itu terasa kembali gelombang yang sama. Dewan dipenuhi anak muda yang berbicara nada yang hampir sama....pendemokrasian pemikiran. Bezanya 30 tahun dahulu para pensyarah tidak begitu bersama. Tetapi semalam ramai pensyarah yang hadir kerana pensyarah itu adalah generasi kami yang berada di pentas yang sama pada tahun  70an dan 80an dahulu.

Saya merasa teruja kerana menyaksikan sebuah lagi gelombang 'the 2nd rising tide of Islam' yang dibawa oleh anak muda generasi-y yang 'color blind'. Mereka buta warna kulit. Mereka pantas mendapat dan menyebar maklumat kerana komunikasi ultra-speed yang menerobas segala halangan. Apa yang mereka perlu adalah kebijaksanaan menapis maklumat dengan ilmu  supaya dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Mereka perlu menjiwai nilai keinsanan berpandukan ilmu agama yang jitu agar tidak tersasar dalam bertindak.

Saya melihat sendiri gelombang ini di UIA apabila anak muda memenuhi dewan dalam forum keilmuan seperti siri forum Muslim Heroes, yang bukan bercorak politik kepartian. Ribuan anak muda menghadirinya mengisi kedahagaan intelektual.  Ertinya tarikan gelombang ini bukan saja tarikan politik dan mereka benar-benar 'color blind' sebab yang menyertainya terdiri dari pelbagai bangsa dan pengisiannya adalah isu kemanusiaan yang sejagat.

Sebuah Pengajaran


posted by Martinelli Hashim

No comments


Hari ini menerima panggilan dari teman, "I hope your stress dah habis." 
Stress ?!! Buat saya senyum sinis. Bermula dengan aduan seorang pelajar kepada bos besar... "pengurusan wang yang meragukan" ... bos besar mengarahkan agar dibuat siasatan. Maka saya laluilah soal siasat selama 4 bulan. Keikhlasan rasa tercabar. Sedikit sebanyak rasa terhina apabila amanah dan kejujuran diri diragui walau rasanya sudah cukup berhati-hati. Namun amat yakin Allah mengetahui dan melindungi hambanya yang tidak bersalah. Alhamdulillah, sebuah ujian sudah dilalui.

Terasa juga, kalau soal siasat dunia sudah merunsingkan, bagaimana agaknya soalsiasat di padang masyar nanti? Masa itu segalanya terbentang di depan Allah swt. Bezanya Allah menghakimi dengan bijaksana dan adil sedangkan pengadilan manusia tidak begitu. Yang salah mungkin terlepas dan yang benar mungkin saja menjadi mangsa.

Terasa sedih juga, rupanya masih ada yang sanggup melihat orang lain susah....itu menganiaya namanya .....rupanya tenaga yang dipertaruhkan untuk tugas beramanah belum menjamin kita terhindar dari angkara....mungkin ini tanda kita masih hidup di dunia bersama manusia bukan malaikat.

Sebuah perkongsian buat rakan-rakan administrator. Setiap urusan penting perlu ada dokumen walau mungkin dianggap melecehkan. Arahan bertulis amat penting sebagai eviden walaupun arahan melalui email atau yang ditulis dalam facebook atau sms. 

Pengajaran juga buat mereka yang bertugas mengendalikan pelajar, anak didik mungkin saja membuat kita menjadi mangsa yang teraniaya. 

Bersyukurlah kalau mempunyai ketua yang baik hati dan memahami kesusahan orang di bawahnya. Bersyukurlah kalau dikelilingi teman-teman yang baik hati dan memahami pada saat kita dalam kesulitan. Peluang untuk memiliki semua itu amat sukar. Berapa ramai ketua yang sanggup membiarkan orang bawahannya susah. Berapa ramai teman yang sudi memahami apa lagi untuk membantu waktu kita kesusahan. Setelah melalui semua ini, ia menjadi pengajaran yang mahal harganya.

PENSYARAH YANG BERPERIKEMANSIAAN


posted by Martinelli Hashim

No comments

Semalam membawa staf yang kelihatan agak ‘stress’ makan di Seri Gombak, selepas dikasari oleh seorang pensyarah. Dimarahi hanya kerana meminta agar tandatangan HOD perlu diisi dalam borang sebagai prosedur ISO biasa tetapi dianggap menyusahkan.

Kami keluar berlima ….. ‘lunch jamai’e’. Bersembang di meja makan dan masing-masing meluahkan keperitan berurusan dengan para pensyarah yang terlalu egoist. Saya dapat merasakan cabaran yang mereka lalui seharian. Bekerja dari pagi dan balik selepas jam 6.30 ptg.

Rata-rata mereka mengatakan pensyarah yang paling mereka suka adalah pensyarah dari Kulliyyah Engineering. Mereka mudah dihubungi, mudah memberi kerjasama, menghormati kakitangan bawahan, tidak banyak komplen, tidak berungut, tidak sombong ….. secara mudahnya mereka adalah sangat berperikemanusiaan apabila berurusan.

“Sebab dia orang semua baik-baik, rasa seronok nak tolong.” Kata mereka.

Seorang lagi berkata,” Mungkin Prof Faris dari awal lagi dah mengujudkan budaya Islamic di KOE kot. Bila bos baik, orang lain pun baiklah.”

Dalam fikiran saya, kalau manusia sudah menyenangi mereka, apatahlah lagi Allah dan makhluk di langit. Betapa untungnya menjadi manusia yang disenangi.

Saya setuju dengan mereka kerana dari pengalaman peribadi memang begitu. Teringat kata-kata Prof Irwandi, pensyarah Biotech yang hebat tetapi sangat tawadhu’, “ Kalau buat baik, buatlah yang terbaik bukan agak-agak baik.”

Tidak rugi menghormati orang lain walau hanya kakitangan bawahan kerana kehidupan kita berputar. Buatlah kebaikan walau sekelumit kerana mungkin kebaikan yang sekelumit itu membuat Allah mencurahkan rahmat dan hidayahNya. Mungkin saja kebaikan yang kita berikan itu membuat orang lain terbuka hati membantu kita atau anak cucu kita yang dalam kesusahan suatu masa nanti.

DOA


posted by Martinelli Hashim

No comments


Doa senjata orang beriman. Ya Allah, kurniakan kami pemimpin yang soleh, adil, bijak dan cekap yang mampu memimpin kami ke jalan yang lurus agar kami bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada mereka yang benar-benar ikhlas bagi menegakkan agama suci ini, melaksanakan syariatMu dan mampu menyatukan kembali ummah yang tercerai dan ukhwah yang terlerai ini. Ya Allah, selamatkan bumi Malaysia dari huru-hara dan fitnah yang membinasakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka yang zalim untuk bertaubat dan kembali ke jalanMu yang suci. Ya Allah, hancurkanlah perancangan jahat mereka yang merosakkan agamaMu dan menganiaya orang yang beriman. Ya Allah kuatkanlah semangat mereka yang berjuang menjaga agamaMu. 

HARAPAN BUAT PEMIMPIN


posted by Martinelli Hashim

No comments



Semasa saya membimbing anak-anak gadis yang tersasar kehidupan, saya memegang tangan mereka, merenung wajah mereka, di dalam hati berbisik,”Oh Tuhan, mereka adalah mangsa kerakusan dunia dan keluarga berantakan. Mereka mangsa gejala sosial yang parah di bumi bertuah. Tahukah para pemimpin apa yang mereka rasakan?”

Semasa memegang tangan anak-anak kecil di rumah anak yatim, di dalam hati saya menangis,” Ya Allah, mereka di sini ditinggalkan ibu bapa yang tidak mampu menjaga. Mereka menjadi mangsa kegagalan kehidupan. Mereka sengsara di bumi bertuah.”

Dari pengalaman peribadi saya  lebih 60% remaja berumur 16 tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks haram, para remaja perempuan mengadu menjadi hamba seks teman-teman lelaki dan mereka tidak mampu keluar. Tahukah pemimpin semua ini berlaku di bumi bertuah yang seharusnya menjadi negara madani?

Tahukah pemimpin, tekanan kehidupan membuat remaja hilang punca. Tahukah pemimpin, hancurnya institusi keluarga menghasilkan ramai anak-anak luar nikah?

Anak-anak muda ini tidak tahu apa itu politik. Tidak mustahilkah ia berpunca dari kesibukan pemimpin mengejar kuasa politik lebih dari kesibukan menyelamatkan masyarakat? Bukankah menyedihkan apabila setiap perancangan perlu mengambil kira kepentingan politik kepartian?

Semasa menyantuni mereka yang malang ini, sejuta harapan agar ada pertimbangan oleh pemimpin beriman agar memartabatkan moral rakyat supaya masyarakat tidak hancur sebegini rupa. Menggunung harapan agar peruntukan yang lebih diberi kepada pembangunan budi dan akhlak mulia. Hanya rakyat yang berbudi luhur saja yang mampu menjadikan negara memacu kejayaan sebenar. 

Apalah daya kami para dai'e yang serba kekurangan sedangkan pemimpin ada kuasa dan kemampuan untuk merubahnya.

Segunung harapan juga agar perancangan sistem pendidikan yang tidak dicampur-adukkan dengan kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu agar ia benar-benar berhasil mendidik jiwa anak muda menjadi cerdik, beragama dan berakhlak.

Jauh di sudut hati, memohon kepada Ilahi agar dikurniakan pemimpin yang adil, bijak, bersih, jujur, amanah dan beriman. Dengan sifat adilnya, rakyat dapat merasa hak mereka terbela. Dengan bijaknya memerintah, rakyat hidup bertamaddun tidak serakah. Dengan bersih peribadinya, akhlak rakyat diutamakan. Ia jujur, tidak menipu. Ia melaksanakan amanah sebaik-baiknya. Imannya yang tinggi meletakkan syariat pada tempatnya yang sebenar.

Kita mengimpikan pemimpin yang begitu yang menerajui negara, mengundang rahmat dari Allah bukannya bala. 

Biarlah semua yang tinggal di bumi bertuah ini merasa bahagia di bawah pimpinan ketua yang bersifat amanah,sidiq, tabligh dan fathonah.

Namun, layakkah kita mendapat pemimpin hebat sekiranya kita belum cukup hebat bermunajat dan bermuamalat secara bersyariat?