Dalam mengharungi tugas pejabat yang sangat mencabar, kerenah sebahagian para pensyarah yang kadang-kadang hilang adab dan nilai kemanusiaan, tiba-tiba saya merasa damai apabila berurusan dengan seorang profesor muda yang
saya kagumi, pakar aeroangkasa, Prof Dr. Yulfian Aminanda yang berkata, “We
engineers are trained to work with accuracy, transparent, think straight and
follow the right procedures….”
Kata-kata itu diucapkan selepas saya berterima kasih
kepadanya yang sangat memahami tugas saya mengendalikan geran penyelidikan…. “Prof.,
thanks for making things easy for us. You have submitted complete documents. You’ve
never skipped any procedure. ”
Dia jawab, “It’s my pleasure. I have to thank you more. Your
staff has been very helpful.……but please don’t call me prof, saya cuma orang
kecil.” Dengan loghat Indonesianya.
Orang kecil yang berjiwa besar. Fahamlah saya apabila
membayangkan apa akan terjadi kalau tersilap memasang sebiji skrew dalam enjin
kapalterbang.
Saya mengkagumi beliau bukan saja kerana peribadinya yang
sangat menghormati siapa saja, sangat tawadhu’ malah cara beliau mengendalikan
projek kajian jutaan ringgit yang amat tersusun, jelas dan lengkap membuat
urusan kami menjadi mudah. Semua prosedur diikuti dengan baik. Tidak pernah kami mendengar sedikitpun rungutan dari dia. Jauh sekali bezanya dari sikap sebahagian pensyarah yang mudah melenting menyalahkan Bertuahnya Kulliyyah of Engineering yang punya ramai
pensyarah seperti beliau. Kalaulah semua kuliyyah macam KOE !!!!
Kata ulama, orang yang menyenangkan urusan orang lain, Allah
akan menyenangkan urusannya dan hidupnya akan bahagia.
…… sebuah inspirasi buat saya,”Work with accuracy,
transparent, think straight and follow the right procedures.” …….Saya tambah, “with
respect and humanity”