posted by Martinelli Hashim
Orang bertanya kenapa saya terlalu 'obsess' dengan
CENSERVE, pusat yang sudah saya terajui selama 17 tahun. Oh, tidak. Saya hanya ingin menukar sikap
anak muda yang obsess dengan cerita korea, 'social media', aktiviti gila-gila
kepada kerja yang lebih mulia. Semua itu hanya untuk khidmat diri, dan saya
maengajak mereka untuk khidmat masyarakat. Hidup ini kosong dan ia perlu
dimaknakan. Mati itu pasti dan ia perlu diperbekalkan.
Alhamdulillah ramai yang menyahutnya dan kini mereka bertebaran di bumi Allah menyebarkan risalah
suci hidup beragama, berakal dan berbudi
, memartabatkan ummah agar tidak dipandang lemah.
Di CENSERVE mereka diasuh menggilap potensi diri, dan
keluar memacu kejayaan tetapi tidak lupa rumput di bumi. Tiada yang istimewa di CENSERVE, kecuali
sebuah ruang kecil yang diisi dan dikunjungi oleh insan-insan berjiwa besar.
Pejabat pun masih menggunakan kipas, mesyuarat beralaskan tikar tetapi mereka
yang cukup tawadhu' ini mampu mengendalikan 20 projek besar yang dengan lebih
400 program tahun lepas.
Mereka
faham dengan konsep Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu,
berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang
miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang
berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah
budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian
yang abadi.
Saya
amat menyayangi mereka kerana Allah swt.
kalau didalam lingkungan sosial saya, selalunya yg rajin bertanya sebegitu biasanya bukan yg pernah terlibat secara aktif dalam lapangan ini... semestinya kata-kata tak dapat merungkapkan apa yg sebenarnya dirasai sepanjang berjuang bersama rakan-rakan =)