Nasihat buat dai'e muda


posted by Martinelli Hashim

No comments



Nasihat buat anak-anak CENSERVE yang saya tinggalkan:

Teruskan berdaawah memartabatkan ummah.

1. Jadilah insan yang selalu menyenangkan  
    orang lain bukan menyusahkan, 
    membahagiakan bukan menyedihkan, 
    mendamaikan bukan mengeruhkan, 
    melindungi bukan menyakiti agar 
    kehadiran kita dinanti-nanti bukan dibenci

2. Jagalah solat sebaik-baiknya kerana itu 
    saja penyelamat kita dunia dan akhirat, 

3. Sebarkan kasih sayang ke seluruh makhluk Allah kerana kita dicipta dengan sifat 
    Rahim Allah yang amat menenangkan

4. Tawadhu' lah kerana ia memuliakan manusia di mata Allah

5.Jiwa yang insani meletakkan redha Allah di atas segalanya, peganglah amanah, jangan   
   khianati

6. Kita adalah daie bukan penghukum, sabarlah dengan kerenah mereka yang menyakitkan

7. Berhikmahlah dalam menegur dan bersyukurlah bila ditegur sahabat kerana itu kunci 
    ukhwah sejati

8. Carilah ilmu dan muliakan orang yang lebih berilmu, namun usah hina mereka yang 
    kita sangka tidak berilmu. Santunilah mereka kerana kita tidak tahu apa maqam mereka  
    di sisi Allah.

9. Jinakkanlah hati dengan ayat al-Quran dan zikir agar kita terus mendapat limpahan 
    rahmat Allah.

10. Bertahajjudlah malam hari tanda kehambaan kita kepada Rabbuljaleel dan ia juga 
     adalah sumber tenaga untuk siang hari.

11. Berdoalah agar kita diberi hikmah dalam menjalankan da'wah kerana ia amat penting 
     agar risalah Allah ini sampai ke hati mad'u sebaik-baiknya 

12. Jauhkan dari sifat sombong, angkuh dan merasa diri lebih dari orang lain.

13. Hormatilah semua jemaah Islam walau mereka mungkin berbeza cara dengan kita.

14. Jadilah penyatu yang bertelingkah bukan pemisah yang sedang berdamai

15. Tumpuan kita adalah untuk mencapai kejayaan ummah, bukan kejayaan kelompok bukan juga kejayaan peribadi......... 



Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai