Sambal Tumis Basi


posted by Martinelli Hashim

3 comments

Bermusafir di musim sejuk.  Bawa sambal tumis, rendang, serunding, beras, periuk nasi dll. Dari pengalaman bermusafir di benua asing ini, semua itu amat berguna terutama bagi keluarga ramai seperti kami. Maka anak-anak makanlah dengan lahapnya seolah-olah sudah bertahun tidak makan sambal dan rendang ……. tiba-tiba pada hari kedua sambal tumis basi …… wah sedih bukan kepalang kelihatan di wajah masing-masing terutama Syakirah yang sudah berbulan di perantauan teringin makan sambal tumis ibu.

Keenakan sambal hasil tangan ibu, rendang hasil tangan nenek dan kesedihan apabila tidak dapat menikmati keenakan sambal... di situ ada sesuatu untuk direnungkan. 


Tangan yang membuat sambal, tangan itu jugalah yang sentiasa menadah doa ke langit untuk kebahagiaan anak-anak. Biarlah terputus sambal asal jangan terputus doa. Kalau kita sudah merasa sedih kehabisan sambal hasil tangan ibu, bagaimanalah rasanya kalau kehabisan doa apabila tangan itu sudah tiada. 

Hargailah insan yang memiliki tangan yang membuat sambal itu, bukan semata-mata kerana sambal yang dibuatnya tetapi kerana tadahan tangan itu memohon doa untuk anak-anak tercinta. Sambal boleh dicari di mana-mana, tetapi ibu kita tiada galang gantinya….. ibu sayang anak-anak ibu.

3 comments

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai