Ibu pukul kerana sayang


posted by Martinelli Hashim

No comments



Di New Castle Upon Tyne, dua puluh tahun yang lalu, anak saya Hazim berumur 5 tahun sambil memegang gagang telepon berkata,"Ibu, Mrs. Vaughn said 'you should report to the police if your parents beat you'."
Masa itu saya baru memukul kakinya dengan pembaris kerana tidak berhenti melakukan perkara yang saya larang. Saya tergamam seketika apabila dia menyebut nombor telepon polis yang hendak di dailnya. Katanya cikgu dia, Mrs. Vaughn, yang bagi.

"Ooh ye ke? Ibu yang jahat, tak sayang anak dia memang polis tangkap masuk penjara. Anak tu kena tinggal dengan orang lain, tak boleh jumpa dah dengan ibu dia. Ibu dia kena kurung dalam bilik seorang-seorang, tak boleh keluar kemana-mana. Kalau ibu kena tangkap, ibu pun masuk penjara. Duduk seorang-seorang, tak boleh jumpa siapa-siapa. Ibu tak boleh jumpa hazim, along, angah, hasif, adik.. Siapa nak peluk hazim malam-malam, siapa nak masak, siapa nak suapkan ajim makan, siapa nak hantar ajim sekolah.....adik tak boleh nenen lagi "

Dia termenung seketika. Dia meletakkan telepon dan terus memeluk saya sambil menangis,"Tak nak....tak nak ibu masuk penjara. Ajim tak buat lagi. Ajim sayang ibu."

Anak-anak yang lain pun datang meluru. Kami berpelukan menikmati kasih sayang dalam kedinginan musim salji sambil menunggu abah mereka pulang. 

Yang penting selepas diberi penerangan mereka faham bila dan kenapa mereka dipukul dan mereka tetap sayang ibu dan abah 

Saya teringat peristiwa ini apabila membaca kisah keluarga malang di Sweden. 

Hampir saja saya didatangi polis disebabkan panggilan telepon anak yang mendengar kata-kata gurunya. Itu peraturan mereka yang berbeza dengan cara kita.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai