Bekerja, bekerja dan terus bekerja tanpa jemu. Mengambil 'extra mile' tanpa disuruh. Mendahului orang lain hadir ke pejabat dan meninggalkan pejabat selepas orang lain sudah pulang. Kerja hujung minggu memerah otak dan keringat ketua tidak melihat..... Namun berjaya naik pangkat pertama kali hanya selepas bertahun-tahun bertugas. Diberikan anugerah khidmat cemerlang. Kata orang ini adalah anugerah berprestij untuk kakitangan pengurusan kerana hanya seorang penerima setiap tahun. Trofi kaca yang sangat cantik di simpan dalam almari sebagai kenangan saja.
Semua itu bukan lesen untuk naik pangkat.
Apabila pakar penilai bertanya, "Apakah sumbangan puan yang membawa kejayaan kepada universiti."
Saya jawab, "Kalau kejayaan pengi'tirafan yang tuan maksudkan, saya telah membawa universiti meraih anugerah antarabangsa dalam projek kemasyarakatan."
Itu juga bukanlah lesen untuk naik pangkat.
Kalaulah ada soalan MCQ bertanyakan, "Apakah lagi yang kurang?" Apakah disebabkan:
A. Prestasi kerja yang rendah
B. Tidak disukai pihak atasan
C. Ada masalah disiplin
D. Gagal membawa impak postif kepada organisasi
E. Tiada kekosongan jawatan
F. Tidak satu pun dari yang di atas
Saya akan jujur membulatkan F sebagai jawapan. Cuma rezeqi belum menyebelahi. Menghentam pihak pentadbiran tidak sama sekali.
Saya bertanya kepada ketua,"Kalau hasil dari penilaian nanti didapati seseorang kakitangan yang rendah pangkatnya mendapat pencapaian lebih tinggi dari kakitangan yang lebih tinggi pangkatnya, apa yang kakitangan bawah itu boleh dapat?"
Ketua senyum.
Solan itu TIDAK mungkin akan dijawab begini."Kakitangan bawah itu akan bertukar pangkat dengan kakitangan yang lebih atas."
Semua orang tahu peluang kenaikan pangkat kakitangan pentadbiran amatlah terhad. Ia hanya akan berlaku apabila ada kekosongan jawatan. Apatah lagi semakin banyak jawatan-jawatan pentadbiran diambil alih oleh ahli akademik. Keadaan yang tidak memberi masa depan yang menarik untuk 'career path' seorang pentadbir. Jurang yang besar antara akademik dan non-akademik yang membuat masing-amasing merasa dimangsai juga bukan suasana yang selesa untuk bertugas di sebuah institusi pengajian tinggi..
Bagi manusia biasa mungkin semua itu akan mengurangkan rasa teruja untuk bekerja. Mengurangkan motivasi untuk berkhidmat. Menambahkan rasa marah kepada pengurusan yang membuat keputusan.
Bagi yang sabar akan terus setia dan bagi yang mempunyai peluang di tempat lain akan meninggalkan jawatannya. Bagi yang geram akan terus bersungut dan bersungut di luar atau dalam facebook dan tweeter dan mengutuk pentadbiran.
Bagi saya misi bekerja lebih dari segalanya kerana di dalam kita bersungut, kita tidak tahu apa di sebaliknya. Mungkin ada hikmah ketua yang tersembunyi. Selagi ketua masih menyembah Allah dengan sebaiknya, dia tidak mungkin menganiaya anak buahnya.
Realitinya, pemergian yang pergi tidak ada siapa yang akan menangisi dan rungutan yang merungut tidak akan ada siapa yang kasihan.
Moga Allah menjadikan diri ini termasuk golongan yang pertama, yang sabar dan cuba memahami. Walau sukar walau jarang-jarang. Ingin menjadi orang yang tidak mengharapkan apa-apa. Tidak menindas atau mengambil hak siapa-siapa. Cukup maklum bahawa peluang yang ada sangat tipis kerana mereka yang berada di atas semua lebih muda dan sudah tentu saya akan bersara dahulu sebelum mereka. Sehebat manapun pencapaian, kemungkinan yang ada tetap kecil.
Saya teruskan menyerahkan diri untuk dibuat penilaian. Ujian diambil, temuduga dilaksanakan dan hasil kerja berkumpulan dinilai. Liat rasanya untuk meneruskan memandangkan masih banyak tugas penting yang perlu dilaksanakan selain dari menghadapi temuduga yang panjang. Namun, seperti biasa...."Setia berkhidmat demi Allah untuk universiti tercinta".
Saya teruskan melaksanakan tugas dengan sepenuh jiwa. Minggu demi minggu berlalu. Hari ini keputusan penilaian diterima. Pakar penilai yang sangat baik memberitahu, "Tahniah, puan. Dari hasil penilaian, kesemua pencapaian puan sangat cemerlang dan lebih tinggi dari jangkaan yang diletakkan."
Saya senyum bukan kerana gembira. Tidak ada yang perlu digembirakan kerana ia masih lagi tidak berstatus lesen untuk naik pangkat. Saya senyum kerana merasa lucu membayangkan kalaulah ketua saya menjawab, "Awak akan ambil alih jawatan pegawai lain yang rendah nilainya dari awak."
Bayangan lucu yang boleh membuat diri sendiri senyum itu sudah cukup memberi nikmat walau hanya sekadar bayangan dan kalau berlakupun saya tidak akan mahu.
Rakan seperjuangan yang tidak pernah bersungut |
Kembali ke kerusi di pejabat membawa perasaan berbaur. Saya memerhati kakitangan yang begitu setia bekerja tanpa jemu juga tanpa kenaikan bertahun-tahun. Mereka bekerja, bekerja dan bekerja penuh dedikasi tanpa mengira masa dan tenaga.
Walau dalam serba kekurangan, kami tetap gembira bekerja bersama bertahun-tahun. Kerja mengotori tangan, menjelajah tempat-tempat yang orang lain tidak sanggup masuk. Tidak ada seorang pun di antara kami yang terasa ingin bertukar ke jabatan lain. Saya yakin sayalah pegawai yang paling seronok dengan tugas di organisasi ini dan paling bahagia kerana mempunyai kakitangan yang tidak pernah memberi masalah.
Apakah lagi yang saya inginkan lebih dari ini?
Tiba-tiba ada suara dari dalam. Suara hati yang berkata,
"Apa pun rezeki yang kita dapat di dunia ini, kalau ia haram kita akan diazab dan kalau halal kita tetap akan dihisab. Kedua-duanya menyakitkan."
Tersentap seketika. Suara ini membunuh semua keinginan saya untuk naik pangkat. Habuan dunia walau halal namun tidak terlepas dari hisab di padang masyar. Subhanallah .... pujukan Allah melalui suara hati cukup membuat diri ini malu mengharapkan pangkat dari manusia.
Buat kesekian kalinya suara-suara hati ini mengingatkan saya tentang diri yang sedang dalam perjalanan menuju destinasi abadi. Jalan ini yang Allah sudah pilih dan apabila sudah ternyata jalan ini sudah cukup membahagiakan, apa lagi yang perlu dicari......Allah telah mencukupkannya.... tidak perlu lagi yang lain... dengan lafaz
حَسْبِيَ اللهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
saya teruskan perjalanan dengan langkah yang tidak goyah sambil menagih restu dari Ilahi.
Kejayaan tiba didestinasi yang diingini tidak bergantung kepada pangkat apa yang kita terima. Bersihkan niat, sucikan jiwa...yang sedikit tetapi penuh barakah, itulah yang kita cari.
Artikel ini buat mereka yang merasa kecewa dengan apa yang mereka lalui tetapi masih ada sayang terhadap universiti tercinta ini. Kalau di luar sana benar-benar lebih baik untuk kehidupan di dunia dan akhirat pergilah tanpa ragu-ragu. Kalau tidak bersabarlah kerana mungkin di sebalik yang kita benci itu ada nikmat yang tersembunyi yang akan terserlah hanya pada saat-saat kita amat memerlukannya.
Kata ulama, harta dunia ini nampak sangat besar semasa kita mengingnkannya dan ia akan begitu kecil selepas kita memilikinya.
Salam..saya ingin bertanya.saya ada melihat jawatan sebagai academic trainee di uia.tapi saya tak jelas adakah saya layak memohon..?dan apakah hala tuju setelah tamat dari academic trainee..saya lepasan degree dalam bidang bio..cgpa cuma 3.25..tapi saya ingin menjadi warga pendidik.adakah saya layak?
Tuan Hasan.....thanks for the advice.
Sdr jiro ngan Q... rasanya untuk academic trainee uia perlu cgpa minima 3.3. Lepas tamat Masters terus buat Ph.D dan terus mengajar...itulah halatuju biasa.
Apakah kita harus melakukan tugas yang tidak bersesuaian dengan pangkat kita? Tugas yang lebih berat. Tetapi kenaikan pangkat tidak ada, kenaikan gaji tidak ada, penghargaan tidak ada. Adakah ini berbentuk penindasan atau penderaan kerja? dan apa tindakan yang perlu saya ambil terhadap mereka yang menyuruh saya membuat tugasan berat ini?