Semalam di Dubai


posted by Martinelli Hashim

2 comments



Di Dubai setiap 500m ada sebuah masjid yang lengkap dan mewah, tetapi jemaah tidak ramai.

Setiap pasangan pengantin akan dihadiahkan sebuah rumah dan duit sebanyak 70,000dirham.
Setiap rakyat diberi perubatan dan pelajaran percuma hingga ke universiti. 


Semua kemudahan ini hanya untuk warganegara saja. Sayangnya 80% penduduk adalah orang luar yg mencari rezeki di situ dan tidak layak menerima kemudahan ini. Dikatakan banyak kes penderaan pembantu rumah di sini. Kekayaan yg melimpah membuat orang Dubai lupa untuk menyayangi sesama insan. 


Di Dubai gaji melimpah, makanan bertimbun dan dibuang begitu saja seusai makan kerana yang masuk ke perut tidak sampai 10% dari yang disiapkan.


Di Dubai saya bertembung dengan lelaki Arab berjubah dan berserban mengepit gadis china yang cukup gedik memasuki bilik hotel.


Di Dubai ada teksi khas untuk wanita. Di lapangan terbang dumai jam dinding semuanya berjenama ROLEX. Hotel termahal di dunia dengan sewa USD29,000 semalam ada di Dubai. Dalam kapalterbang Emirates  pramugarinya tidak ada yang faham pertanyaan saya jam berapa  masuk subuh di Dubai. 


Dubai memacu ekonomi memburu kemahsyuran. Tanah yang gersang dan tandus kini bertukar menjadi taman yang indah dengan pelbagai pohonan rimbun. Khemah-khemah Badui bertukar menjadi menara pencakar langit. Pinggir pantai yang dulunya dipenuhi kapal kolek nelayan mencari mutiara kini dipenuhi longgokan cruise mewah membawa sikaya berpesta. Pelancungan bergelimpangan tanpa pakaian di atas pasir menikmati bahang matahari.

Kekayaan Dubai tidak mampu membeli iman yang tergadai kepada dunia.


2 comments

  1. Anonymous

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai