CERITA ORANG UIA DAN BUDI MEREKA


posted by Martinelli Hashim

No comments



Buat graduan yang baru selesai konvo. Jangan bosan untuk terus jadi orang baik. Bawalah wajah Islam yang sebenar ... yang menyayangi bukan yang membenci , yang disenangi bukan ditakuti.
Sengaja hamba kongsikan kembali kalau ia boleh mengingatkan.

Cerita orang UIA dan budi mereka

Cerita pertama
"Maaf dik, boleh tak saya kurangkan barang ni sebab duit saya tak cukup, kad debit tak bawa, kad kredit rasanya ada masalah password." Kata hamba kepada cashier AEON (Jaya Jusco).
Seperti biasa, hujung minggu adalah hari "melontar" hamba bagi mencukupkan keperluan dapur. Masalah biasa orang perempuan apabila bertukar beg tangan maka adalah yang tercicir.

"Maaf, puan. Saya dah key-in semua barang ... tak boleh nak cancell."
Hamba menghulurkan kad kredit supplementary pemberian En. suami yang amat jarang hamba guna ... ternyata tidak membantu kerana masalah kata laluan. Hamba perlu RM15 lagi. Setelah dikorek-korek kocek beg... hanya RM2 tambahan yang jumpa...... Rabbi yassir wala tuassir... terasa merah wajah. Cuba melihat sekeliling kalau-kalau ada orang yang dikenali untuk meminjam wang.

"Tak apa puan, saya bayarkan yang tak cukup tu..." suara wanita muda dari belakang hamba.

Tergamam seketika .... situasi serba salah ... Ya Allah, tidak mampu hamba menolaknya. Semoga Allah memberkati beliau.

Subhanallah.... Indahnya budinya.

Hamba menghulurkan kad nama kepada beliau sambil meminta memberikan no akaunnya agar hamba boleh pulangkan balik wang tersebut. Beliau melihat kad hamba dengan wajah "excited'
"Eh .... Mdm dari UIA ke? Saya ex-student UIA.." 

" Oo.... sister dari kulliyyah mana ?" ....bla...bala ..bla.. begitulah lebih kurang perbualan pendek kami.
Subhanallah ... buat kesekian kalinya pengalaman UIA bertemu UIA begini dengan istilah-istilah anihnya, "mdm", "sister", "kulliyyah" hanya warga UIA yang faham. Pertemuan sesama UIA sering membuat kita lupa orang sekeliling sebentar.

Bukanlah suatu yang menghairankan, suasana ada orang bayarkan makanan untuk kita di kantin adalah budaya biasa di UIA.

Cerita kedua
Dari JJ hamba meneruskan perjalanan pulang. 

Sampai di lampu isyarat Bt.6 Jalan Gombak kelihatan seorang lelaki buta menggerak-gerakkan tongkatnya untuk menyeberang jalan. Hamba memberhentikan kereta bercadang untuk turun menolongnya namun keadaan agak sukar kerana kedudukan kereta hamba berada di bahagian tengah....Rabbi Yassir wala tuassir ...

Tiba-tiba datang seorang anak muda berjeket hitam tertulis "International Islamic University Malaysia" dari seberang jalan memusingkan motornya dan meletakkannya di tepi jalan. Beliau berkejar ke arah orang buta lalu memimpinnya menyeberangi jalan dengan penuh ramah.... ya, dengan wajah yang ramah walaupun dia tahu orang yang dibantu itu tidak dapat melihat wajah beliau .... ramah yang ikhlas dari lubuk hati. Hamba kagum dan bahagia...

Subhanallah....Alhamdulillah.... Terasa gembira betapa dalam cabaran serangan kelunturan akhlak anak muda masih ada yang gigih membawa misi ummatik hidup berbudi dan berjasa sebaik-baiknya untuk warga dunia.

Buat anak-anak yang sudah terdidik di sini, kekalkanlah budaya berbudi menyantuni orang yang memerlukan di mana saja kalian berada.... Itulah sebaik2 akhlak yang membuat para murabbi kalian merasa tenang. Ilmu dan pengalaman yang digarap di Taman Ilmu dan Budi ada amanah yang perlu ditunai. Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Rasakan denyut nadi ummat, ringan-ringakan tangan menyantuni mereka.

UIA mungkin tidak tersenarai dalam "world ranking" tetapi jom kita mengejar "heaven ranking".... University with soul ... universiti yang ada roh soleh yang wargannya penuh dengan sifat insani.
Di sini kita bina ukhwah fillah. Di sini kita perkukuh syakhsiah. Di sini kita ditarbiyyah menjunjung shariah.

Teruskanlah menjadi orang baik. You are the torch bearers of the ummah.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai