Setiap saat dari masa 24 jam yang Allah beri adalah amat bermakna...lalu mengejar satu tugas ke satu tugas bagi memastikan anak-anak mendapat yang paling sempurna dan anak didik di Taman Ilmu dan Budi terasuh dengan nilai keinsanan yang kukuh. .
Anak-anak adalah penentu masa depan ummah, perlu dibekalkan bukan untuk hari tua kita tetapi untuk sebuah tekad agar mereka menjadi pembawa obor menerangi alam meletakkan martabat ummah di tempat yang tertinggi.
Menyantuni mereka yang susah di Kemboja |
Masa 24 jam yang Allah beri juga perlu hamba gunakan sebahagiannya untuk menyantuni mereka yang susah. Itulah medan perjuangan bonda mereka.
Kemampuan bonda yang terhad membawa sebuah perjuangan, biarlah mereka sambung dengan langkah yang lebih kukuh dan tersusun.
Subhanallah....Sekarang mereka semuanya bertebaran di muka bumi Allah di enam tempat yang berbeza .... Ireland, UK, Penang, Johor, Negeri Sembilan dan K.L. ..... Masih tiada masa untuk ibunya termenung kerana rupanya telepati tetap bersambung ..... facetime, skype, fb dan whatsapp sentiasa aktif dan tak putus .... Alhamdulillah, bukan pagi dan petang saja meriah, tengah malam pun masih "beez....beez..." bunyi mesej dari w.a .... dua orang yang berada di balik dunia sana berjaga waktu kita di sini lena tidur.
Maafkan bonda, sayang, dengan lebih 20 w.a group, "beeze" sentiasa berbunyi, selalu tidak sempat melayani kesemuanya termasuk "beeze" dari anak-anak tersayang.
Dengan w.a, mereka masih di peringatkan, "Dah solat , belum? Dah makan ubat? Dah telepon atok? Jangan lupa exercise dan makan buah.... bla...bla...."
Yang penting, mereka masih sentiasa diperingatkan tanggungjawab 'ummatic' agar tidak terlena dengan enaknya dunia.
Komunikasi dengan anak adalah amat penting bagi hamba. Sebelum ada aplikasi canggih seperti sekarang, kami membayar lebih RM1000 sebulan untuk bil telepon semata-mata agar anak-anak sentiasa berkomunikasi dengan kami.
Walau sebesar manapun anak, di mata ibunya anak itu masih si kecil yang dipimpin tangannya waktu belajar berjalan. Debar dan cemas bila anak melalui kesukaran tetap tidak berkurang. Kasih dan sayang walau anak itu sudah punya buah hati sendiri, tetap tidak luntur. Biarpun yang terpapar di wallpaper hp mereka adalah wajah buah hati masing-masing, namun di wallpaper hati ibunya tetap wajah si anak bersama kasih tidak bersyarat.
Pertemuan setiap waktu walau dalam dunia maya .... ia adalah nikmat dari Allah.
Alhamdulillah.Nely..tak sangka pagi yg cerah ini boleh terjumpa blog Nely.Ada friend FB posting artikel blog ni di fbnya...banyak artikel yg positif dan bermanfaat sudah dibaca..
Begitu juga keadaan kami .berkat bimbingan dan bantuan Nely dari dahulu hingga kini anak2 semua telah berjaya dibidang masing2.Terimakasih tak terhingga..hanya Allah SWT saja yg akan membalasnya.
Dan yg membuat kami sangat2 bersyukur kehadhiratNya..dimana Rifqi-anak ketiga. telah berjaya menggapai cita2nya dan kini bekerja di Shetland Scotland sudah dua bulan lebih disana..
Salam
helmy syamza