Little House On the Prairie di Maghribi


posted by Martinelli Hashim

1 comment


















Masa zaman kanak-kanak berkejar ke rumah jiran untuk tumpang tengok tv sudah menjadi kebiasaan saya kerana ayah tidak mampu memiliki tv sendiri. Cuma 2 kali seminggu yang ayah izinkan.
Little House on the Prairie, cerita kegemaran saya yang sukar untuk dilepaskan. Kisah kekuatan sebuah keluarga dan pemandangan yang sangat cantik membuat saya mengimpikan berada di tempat lapang sebegitu kerana kawasan tempat saya membesar begitu sesak tidak ada tempat berlari macam dalam cerita itu.

Laura Ingals dalam Little House on the Prairie
Ini bukan Nelli Oleson yg jahat, tapi Nelli Hashim yg baik, 
Watak Laura Ingals yang selalu dibuli Nelli Oleson yang jahat amat memberi kesan.


Tiba-tiba kali ini dalam perjalanan dari Cassablanca ke Marakech, Taufiq, jurupandu kami menawarkan untuk singgah di rumah keluarganya di tengah ladang gandum dan barli di Astatte, tidak jauh dari Cassablanca……


Dari jauh sayup-sayup kelihatan rumah kecil dikelilingi ladang yang sangat luas..... masyaAllah, hati saya melonjak kegembiraan. Tempat yang saling tak tumpah macam dalam cerita Little House On the Prairie. 


Banjaran Atlas yang indah
Kami disambut oleh keluarga Taufiq yang begitu mesra. Rumah munggil berdididingkan simen berbumbungkan zing yang diletakkan jerami di atasnya. Lantainya tidak rata, tinggi rendah beralaskan karpet nipis. Rumah orang Islam desa Maghribi yang sebenarnya berasal dari Arab. Ia amat sederhana tetapi sangat bersih walaupun anak kambing biri-biri bernama Kamal dibiarkan saja keluar masuk ruang tamu.



 Tiada hiasan-hiasan rumah yang menyemakkan mata kecuali kerusi-kerusi sofa panjang yang digunakan juga sebagai katil.
Hamparan bunga daisy

Lembu tenusu keluarga Taufiq
Sebuah rumah yang mungkin sudah berusia lebih dari 100 tahun dihuni oleh 4 generasi. Nenek Taufiq,Fatimah berusia 75 tahun, Ibubapa taufiq yang mengerjakan ladang, Mustafa dan Asma', adik-adik Taufiq, isteri mustafa dan anak comel mereka Rania tinggal se rumah dalam keadaan yang sangat harmoni. Keadaan keluarga ini menggamit rindu keluarga sendiri di Malaysia yang hampir sama kerana di rumah saya juga ada 4 generasi dengan 2 menantu tinggal bersama kami.


Kami dijamu dengan roti dan ayam masak Tangine yang sangat enak....semua dari ladang. SubhanaLllah tidak pernah saya merasa roti sesedap ini.




Roti buatan sendiri yang gandumnya dari ladang  sendiri. Minyak masak dari buah zaitun juga dari ladang sendiri yang dibuat oleh ibu Taufiq. Pokoknya makanan mereka hampir kesemuanya yang benar-benar terbaik dari ladang sendiri. ……aghhhh cemburunya saya. Subhanallah.

Ternakan biri-biri yang jinak
Di rumah keluarga Taufiq ini ada ladang gandum, barli, ladang zaitun dan tin. Ada lembu, kuda, biri-biri, ayam dan burung merpati. Di ladang yang baru dituai ditumbuhi pokok bunga daisy putih dan kuning yang sangat cantik.

Lembu tenusu yang gemuk-gemuk keluarga Taufiq boleh menghasilkan lebih 25 liter setiap perahan yang dijual ke koperasi pusat mengumpul susu tidak jauh dari ladangnya






Kamal kematian ibu sangat jinak

Si kecil Rania, anak saudara Taufiq yang menjadi buah hati keluarga ini bebas berlari di tengah-tangah ladang dengan anak biri-biri kesayangannya Kamal dan Salah yang cukup setia dengan Rania. Terbayang cucunda Naufal dan Aslim yang tidak berpeluang hidup sebebas ini di rumah kami.


Inilah pengembaraan yang paling menyeronokkan.
Si kecil Rania bermain dengan anak biri-biri kesayangannya bernama Salah
Kamal yang tidak merasa dirinya biri-biri 


Ruang dapur yang kemas


Kandang lembu


Nenek Fatimah yang gembira menyambut kami


Kamal minum susu, Salah tunggu giliran
Nenek Fatimah mengidap oesthoporosis


Ayah Taufiq baru pulang membawa biri-biri dari ladang

1 comment

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai