
posted by Martinelli Hashim
posted by Martinelli Hashim
"Maaf, van ni tak boleh masuk." Kata Imam, pemandu van UIA yang membawa kami sejak jam 6 pagi menuju Kampung Susu, Cameron Highlands sebuah penempatan Orang Asli. Beliau melihat jalan tanah berlopak yang curam menuruni bukit. Nun di sebalik bukit kelihatan bumbung beberapa rumah masyarakat Temiang. Jali mengetuai perjalanan ini. Fad, Qasim dan Lotfi adalah peneman yang setia ikut bersama.
Van ditinggalkan di tepi Lebuhraya. Kami menyusuri jalan yang tidak sempurna itu menuruni lembah dan naik bukit dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang1km. Syukurlah kaki ini masih mampu melangkah walaupun semalam sudah digunakan untuk menyertai acara Larian Ummatik di UIA.
Bayangkanlah bagaimana dua hari lepas seramai 60 pelajar-pelajar UIA dari Kelab COMRADE dan Kelab JASA sampai di kampung ini jam 9 malam membawa barang-barang makanan, tong gas, set generator, periuk besar dan peralatan memasak yang lain. Peralatan ini penting kerana untuk menarik Orang Asli mereka akan lebih seronok apabila ada makan-makan. Makanan dimasak sendiri oleh para pelajar dan mereka makan beramai-ramai dengan orang kampung.
Malam itu mereka berjalan dalam gelap gulita diselubungi kesejukan daerah Cameron Highlands. Set generator yang begitu berat itu di tarik beramai-ramai. Dalam perjalanan, tiba-tiba terserempak dengan seorang anak muda Orang Asli yang mengenali mereka. Si anak muda itu terus memecut motornya dan menjerit memberitahu orang kampung, "UIA datang...UIA datang...cepat, cepat tolong!!!!"
Mendengar jeritan anak muda itu maka berbondong-bondonglah orang kampung datang menyambut mereka dan menolong mengangkat barang-barang. Mereka cukup gembira dengan kehadiran anak-anak UIA yang sebahagiannya sudah menjadikan Kg. Susu sebagai kampung kedua masing-masing.
Penat berjalan hilang sebaik saja sampai di Kampung Susu. Banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan untuk orang kampung dan kanak-kanak. Pokoknya mesej daawah sampai dengan pendekatan yang begitu santai.
Cerita dari Jali, salah seoarang aktivist tegar Kelab COMRADE, beberapa tahun lepas dia dan kawan-kawannya termasuk pelajar luar negara pernah membawa beberapa ekor lembu korban ke kampung ini. Mereka menaiki lori yang membawa lembu dari Jeli, Kelantan. Sampai di Kg. Susu sudah malam. Pada awal perjalanan mereka mengheret lembu, tetapi semasa menuruni bukit lembu yang mengheret mereka.
"Lembu ada 4 kaki, bolehlah jalan steady. Kita cuma 2 kaki, gelap pula tu......bagi lembu yang garang kita minta budak foreigner yang biasa jaga lembu di negara mereka untuk bawa..... pengalaman yang sangat mencabar, tapi kenangan itu yang paling manis." kata Jali bernostalgia.
Mereka mengadakan solat Aidil Adha di Kg. Susu atas tanah beralaskan tikar. Khatib berdiri atas batu besar. Mereka sama-sama menyembelih lembu. Orang kampung begitu gembira dan sehingga kini tautan hati mereka dengan penduduk Kg. Susu sangat kuat.
Kampung Susu sudah menjadi kampung angkat CENSERVE melalui kelab COMRADE sejak beberapa tahun yang lalu. Penduduknya hanya 53 keluarga. Semuanya, alhamdulillah sudah memeluk Islam. Kata Tok Batin, kampung ini akan dijadikan empangan dan mereka akan dipindahkan ke tempat lain dan dijanjikan dengan rumah batu serta pampasan terhadap kehilangan pokok buah-buahan yang jadi punca rezeki mereka.
Kampung Susu, sebuah kampung yang bersih. Dinding rumah dibuat dari buluh dan bumbung dari jerami. Halamannya sangat bersih, tiada sampah bertaburan. Orang bandar patut malu dengan masyarakat ini. Mereka hidup sihat tanpa pencemaran udara. Mereka hidup tenang kerana tiada hutang yang menggusarkan kepala seperti kita.
Kehadiran anak-anak muda UIA merupakan sumbangan kecil untuk menguatkan aqidah mereka kepada Allah. Anak-anak muda ini adalah pendaawah yang sanggup mengharungi pelbagai kesulitan demi menyahut panggilan agama. Alhamdulillah, sebanyak 17 kampung yang dijadikan kampung angkat mereka, sebagai penanda bahawa pelajar UIA mampu memenuhi tanggungjawab ummatik Universiti tercinta ini. Mereka adalah 'THE UNSUNG HEROES'.
posted by Martinelli Hashim
Saya salin dari email daripada seorang sahabat yang mungkin berguna untuk kita semua. Kalau ada yang tidak tepat sila beritahu.
Natural therapy for opening the veins of the heart. Please pass it to your colleagues or friends. |
posted by Martinelli Hashim
Temuilah manusia dan sampaikan risalah Allah. Apabila bertemu dengan saudara seIslam lakukanlah 3 perkara:
- Beri perhatian kepada apa yang dikatakannya
- Muliakan dia sebaik-baiknya
- Hargai dia sewajarnya
![]() |
Sahabat yang soleh amat tinggi nilainya |
posted by Martinelli Hashim
Pagi Jumaat yang begitu tenang, Subhanallah. Besarnya rahmatMu Ya Allah.
Tiba-tiba terkenang anak-anak di Aceh yang sudah lama tidak bersua. Kenangan manis bersama mereka di Daruzzahidin beberapa tahun lepas tidak mungkin dapat dilupa. Kekuatan jiwa mereka yang amat saya kagumi sering saya gunakan dalam ceramah untuk berkongsi inspirasi anak-anak di Malaysia.
Tsunami yang meragut keluarga mereka tidak meragut iman anak-anak itu malah azam mereka adalah amat luar biasa.
Saya bandingkan anak-anak yatim yang menduduki rumah anak-anak yatim di Malaysia dengan anak-anak yatim yang tinggal di Daruzzahiddin yang dijaga oleh Abi Razak....begitu jauh perbezaan mereka. Anak-anak yatim Aceh sangat bersemangat dan mampu berbicara tentang masa depan negara dengan hujah bernas seperti orang dewasa. MasyaAllah.
Salah seorang dari mereka mengejutkan saya kerana kepetahannya berbahasa Inggeris. Saya bertanya bagaimana dia boleh nmenguasai bahasa itu. Katanya, "Saya belajar Bahasa Inggeris melalui buku dan bertanya guru bagi mengisi kekosongan hidup selepas kehilangan keluarga. Setiap kali saya teringat mama dan papa, saya capai buku untuk melupakan kesedihan."
Tidak sampai 6 bulan beliau sudah fasih berbahasa Inggeris. MasyaAllah.....anak muda yang baru 16 tahun berjiwa luarbiasa hebat. Pada masa anak-anak muda lain hanyut menuruti nafsu dunia menjadi perosak bangsa, anak ini tidak mengizinkan dirinya terus tersungkur dibuai kesedihan. Malah terus bangun menongkah gelombang kehidupan.
Ini adalah lagu Aceh yang begitu sayu, melembutkan jiwa. Buat anak ibu di Daruzzahiddin, sekiranya kalian membaca tulisan ini.....terimalah salam rindu ibu. Moga kalian terus berjaya.
Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi
Martinelli Hashim
"Cantik anakgadis itu pada budi bahasanya. Segak anak bujang juga pada budi bahasanya. Berbicaralah dengan bahasa yang indah dari hati yang bersih kerana ia adalah gambaran budi pekerti yang luhur dan maruah diri yang tinggi"
Martinelli Hashim
Apabila bergaul sesama insan..
Bukalah hati untuk menyantuni mereka , insyaAllah, ianya akan tertutup dari tamak haloba. Tutuplah hati dari menagih dunia, insyaAllah ia akan terbuka untuk diisi dengan rahmatNya.
Martinelli Hashim
""Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah sebutir zarah yang kecil di alam cakrawala. Pada zarah yang kecil inilah ramai yang mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui. Semakin kita membina syurga di dunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita."
Martinelli Hashim
"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"
Dari artikel Di suatu Pagi Yang Dingin
Martinelli Hashim
Wahai anak muda....Kalian adalah milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Kalian adalahpembawa amanah, amanah itu amat berat, jangan sekali-kali ia dikhianati. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kejarlah masa, usah menunggunya kerana masa itu sentiasa berlari dan tidak akan pernah menunggu kita. Martinelli Hashim
Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir mereka dapat berbicara bahasa ummah.
Martinelli Hashim
200. Harga Rumah Yang Melampau
199. Apabila Bergaul Sesama Insan
198. Carilah Ilmu Agar Kita Tidak Ditipu Dunia
196. Cantik
195.
194. Doa Ulama' Dan Qunut Nazilah Untuk Palestine
193. Rezeki Penuh Barakah
192. Jangan Biarkan Diri Rasa Hebat
190. Buat Yang Bergelar Atau Bakal Bergelar Doktor
189. Mencari Damai Yang Tersembunyi
188. Apabila Kenaikan Pangkat Bukan Milik Kita
187. Pilihanraya Kampus
186. Nasihat Buat Anak-Anak Uia
183. Islam, Democracy And Human Rights Oleh Prof Tariq ...
182. Doa Di Tanah Suci
181. Cerita-Cerita Mereka Yang Dermawan : Sulaiman Al-Rajhi...
180. 5 Tips In A Job Interview
179. Second Class Citizen
178. Semalam Di Dubai
177. Resilia
176. Little House On The Prairie Di Maghribi
175. Hatinya Bukan Milik Keluarga Lagi..
174. Elak Barah
173. Kampung Susu Dan Pelajar Uia
172. Memperluas Salur Darah Yang Tersumbat
171. Ana Uhibbukum Fillah..
170. Anak Aceh Luar Biasa
169. Kerja Sebagai Ibadah
168. Kelahiran
167. Lebih Banyak Bersungut Dari Berdoa?
166. Tulisan Jawi Ke Rumi Merubah Peribahasa
165. Kebesaran Jiwa Bukanlah Warisan
164. "Sampaikanlah Walau Satu Ayat." Ayat Allah Untuk ...
163. Mereka Yang Saya Cemburuii
162. Kemahiran Berfikir Anak Muda Melayu
161. Pesan Imam Hasan Al-Banna
160. Benci Malaysia ? Siri 1: Tercalarnya Ukhwah Antara..
159. Sebuah Monolog
158. Di Suatu Pagi Yang Dingin
157. Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah
156. My Wife Wants Me To Carry Her
155. Bibik Oh Bibik
154. Ayah Jual Saya
151. Jangan Gadai Ummah....Titah Raja Nazrin
150. Semakin Berilmu Semakin Tawadhu'
149. Kebenaran Ini
148. Bibik Oh Bibik
147. Wartawan Malaysia Ditembak Di Somalia
146. Malam Perpisahan
145. Maafkan Ibu, Nak.
144. Kelaparan Di Somalia
143. Sesuap Gandum Sebuah Injil
141.Pelajar Afrika Meninggal Di Bilik Asrama Uia
140. Cara Mudah Memahami Alqur'an
137. Indahnya Senja Di Banting
136. Menjejaki Mujahid Tulin Dari Taman Ilmu Dan Budi
135. "Saya Anak Tak Guna....?!!."
134. Imam Muda Hassan Adli Dan Kisah Uia
133. Nilai Kemanusiaan
131. Reunion Selepas Lebih 30 Tahun
130. Anak Anugerah Allah
129. Tiang Yang Roboh.
128. "Mana Mak?'
127. Memuji
126. Khasiat Buah, Sayur Dan Bijirin
125. Mengajar Anak Tentang Alam Dan Kehidupan
122. Terbunuhnya Osama Ben Laden
121. Sebuah Kesayuan
120. Mahasiswa Yang Tidak Dayus?
119. Imam Muda
118. Soalan Bocor
117. Adat Yang Dilupakan
116. Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?
115. Malu Kita Dengan Orang Jepun
114. Teman Sejati
113. Tsunami Ummah Di Malaysia?
112. Kalau Hati Tidak Merasa Apa-Apa
111. Minda Yang Terkunci
110. Kahwin Masa Belajar.....?
110. Apa Ertinya Saya Sebagai Pelajar Uia
109. Budi Terakhir Buat Sahabat
108. Gugurnya Seorang Pahalawan Censerve
107. Dari Penulis
106. Pejuang Muda Di Taman Ilmu Dan Budi105. Sebuah Perjalanan Pendek
104. Saya Pilih Awak Sebagai Suri Hidup Saya
103. Warren Buffett Si Kaya Yang Hidup Sederhana
100. Israel Ketakutan
98. Kehebatan Doa Menolak Angin Ahmar
97. Berdaawah Di Sini Ketika Ini.
96. Di Saat Mereka Bergelumang Dosa..
94 Kasih Allah Dihujung Redho .
92. Akhirnya Om Dan Tante Pergi Jua...
91. Apa Hadiah Yang Ibu Inginkan?
90. Menuju Solat Menghadap Allah
89. Buang Bayi ? "...Moh Wadon, Kata Wali Songo"
87. Lesen Hidup
85. Laungan Azan Di Rumah Panjang
80. Jiwa Yang Tenang
78. Qur'anic Generation, Qur'anic Wave
77. Bekas Pensyarah Uia Mangsa Pengganas Yahudi
76. Perjalanan Yang Terhalang ..
75. Di Hari Ibu Ini
72. Menanamkan Jiwa Bertuhan Dalam Diri Anak
71. Menguruskan Kejayaan Atau Kegagalan Remaja
62. Ciri-Ciri Lelaki Suka Berpoligami
61. Cerita Raja...."Baguslah!!"
60. Langkah-Langkah Ke Rumah Allah
58. Memanjakan Diri Di Hari Tua
55. Harga Yang Perlu Dibayar Dengan Perpecahan Ummah
53. Warna-Warni Pelangi Kehidupan
51. Menara Gading,Menara Ilmu...Al Azhar, Havard Dan U...
50. Pengalaman Pahit Itu Mahal Harganya
49. Iium Is An Islamic Territory, No Dating!!!!
48. Sebatang Rotan, Secawan Milo
46. Dendam Seorang Gadis Sunti
45. Terdampar Di Pusat Pemulihan Akhlak
44.Graduan Uiam Syahid Di Palestine
41. Pengajaran Sepanjang Hayat
40. Pergi Tak Kembali Ustaz Asri Rabbani
39. Nik Nor Ermiza Yang Istimewa
38. Kearah Warga Uia Yang Lebih Islamik Dan Beretika
37. Mereka Yang Istiqomah Di Jalan Da'wah
35. Budaya Al Ma'thurat Di UIAM
34. Mengendalikan Anak2 Generasi Z
30. Maafkan Cikgu
29. Perbualan Saya Baru2 Ini Dengan Seorang Ustaz Uiam..
28. Mencari Masa Untuk Membaca
27. Membaca Di Kalangan Orang Islam
23. Nikmat Dan Derita Menjadi Ibu
21. Pengiktirafan Dan Harga Diri
20. Bos Perempuan
18. Khutbah Untuk Anak Muda Di Uia
17. Kita Umpama Sebatang Pensel
16. Demi Perjuangan!!!!15. Bila Prof Sano Terisak2 Kerana Ummah
14. Pride And Prejudice Budaya Siapa?
13. Graduan Uia Yang Berjiwa Mulia
12. Berwudhu'lah
11. Mengerat Ukhwah Dengan Masyarakat Melayu Champa
10. Antara Venice Dan Tonle Sap
9. "Antara Rome Dan Phnom Pehn"
8. Towards Heaven Class University...
6. “Mak…Mak… Adik Nak Dokong Lagi..!!”
5. Membantu Mereka Yang Memerlukan
1. Rindu Si Kecil Pada Ibu Yang Sudah Tiada
Copyright Bila Embun Menitis 2011
Powered by Your Inspiration Web
Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com