Showing posts with label ummah. Show all posts

Kelaparan di Somalia


posted by Martinelli Hashim on

3 comments


Sudah 2 tahun kemarau melanda negara Tanduk Afrika. Kemarau terburuk sejak 6 dekad yang lalu. Somalia negara paling menderita dengan ribuan rakyatnya mati kelaparan setiap bulan.

Sahabat!
Seramai 99% rakyat Somalia adalah beragama Islam. Mereka adalah saudara kita yang wajib dibantu.

PBB mengisytiharkan  beberapa daerah selatan Somalia sebagai zon penderitaan di mana beribu-ribu rakyat Somalia mati kelaparan akibat kemarau dan konflik politik. Separuh dari 9 juta rakyat Somalia dalam keadaan yang amat tenat dan memerlukan bantuan segera. Seramai 640 ribu kanak-kanak menderita kebuluran tahap tegar di selatan Somalia. Sebelum ini ibukota Somalia, Mogadishu menjadi salah satu tempat pelarian, tetapi bandar ini juga semakin tenat.

Mereka perlu berjalan ke Kenya, pusat pelarian terbesar di dunia. Perajalanan sehingga sejauh beratus kilometer di tengah padang pasir tidak menjanjikan perjalanan yang mudah untuk kanak-kanak, wanita dan mereka yang uzur.Sebahagian besar saudara kita itu mati dalam perjalanan sebelum sampai ke destinasi. Mereka juga terdedah kepada penyamun sepanjang perjalanan.

Amat menyedihkan, ramai kanak-kanak yang sampai di khemah pelarian adalah tanpa ibubapa. Sebahagian ibubapa meninggal dalam perjalanan. Ada kanak-kanak kecil ini  mengikut  siapa saja  apabila ibubapa tidak mampu lagi menjaga dan memberi makan. Mayat kanak-kanak  dan bayi ditemui mati bergelimpangan kerana kelaparan.

Dikatakan juga bahawa kes buang bayi juga tinggi akibat gejala sosial atau wanita dirogol oleh pengganas.

Dikatakan angkara keganasan pihak militan menyebabkan bantuan makanan dari luar sukar untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Sahabat!
Somalia adalah negara Islam yang sangat hebat pada suatu ketika dahulu.  Hijrah pertama para sahabat yang di arahkan Rasulullah saw  ke Habsyah (Ethiopia)  telah membawa cahaya iman kepada datuk nenek mereka dan mereka ingin mempertahankannya hingga sekarang.

Somalia sebenarnya negara kaya kerana memiliki uraniam dan minyak yang banyak dan pantai terpanjang yang sangat strategik untuk perdagangan dan pengkalan tentera. Kelebihan ini telah membuat barat ingin menguasainya. Maka diciptakanlah huru-hara dan perpecahan dikalangan mereka sebagaimana yang mereka lakukan ke atas umat Islam di negara-negara Islam yang lain.

Perang saudara yang begitu lama menjadikan rakyat menderita di tambah lagi dengan dugaan kemarau yang berpanjangan. Rakyat ingin bersatu tetapi barat tidak mahu itu berlaku  kerana mereka tahu orang Somalia kuat beragama. Mereka dihasut dan terus dihasut agar bermusuhan.

Keadaan yang sangat tragis di Somalia kini menarik ramai aktivis kemanusiaan.  Siapa yang paling responsif untuk membantu kalau bukan  negara dan NGO bukan Islam? Apakah kita pasti yang bantuan mereka adalah bantuan kemanusiaan tulin tanpa agenda tersendiri?

HanyaTurkey, satu-satunya negara Islam yang sangat serius membantu dengan penghantaran 2 buah kapal makanan dan keperluan ubatan buat saudara kita.  Negara-negara Arab masih dalam ketakutan.

Sahabat!
Kini nyawa dan iman rakyat Somalia menjadi percaturan. Serangan taun dan kebuluran menyebabkan setiap 100 saat seorang kanak-kanak mati. Kanak-kanak adalah pewaris kepimpinan ummat masa depan. Kebuluran dan penyakit akan melumpuhkan otak mereka.....bagaimana mungkin Somalia mampu meneruskan  perjuangan tanpa orang-orang muda yang sihat. Kemiskinan akan menggugat iman mereka juga kerana Rasulullah saw pernah menyebut kefakiran boleh membawa kepada kekafiran. Bantulah mereka.

Sahabat!
Berita yang kita dengar hanya dari sumber barat. Kita tidak banyak mendengar dari  sumber media Islam. Saudara kita di Somalia sedang menderita tanpa hebahan meluas. Negara jiran, Ethiopia dengan kejamnya sanggup melakukan jenayah  dengan menghantar askar-askar menembak kumpulan yang ingin mempertahankan kesatuan negara tetapi dituduh pengganas. Mereka melakukannya atas hasutan barat.

Kini rakyat biasa menjadi mangsa sedangkan mereka hanya ingin setitik air untuk membasahkan tekak.

Anda boleh membantu mereka melalui tabung CENSERVE ....KLIK



.




Sesuap gandum sebuah Injil


posted by Martinelli Hashim on

3 comments


Dikatakan seramai 7 juta rakyat Amerika Syarikat beragama Islam. Islam berkembang dengan pesat di barat. Kita merasa gembira. Namun tahukah anda seramai 6 juta penduduk Afrika beragama Islam murtad setiap tahun? Rasa amat terkejut mendengar berita dari AlJazeera ini.

Dimanakah silapnya?

Amerika dan Afrika dua buah benua yang jauh berbeza.

1. Ilmu yang dimiliki orang barat membawa mereka ke jalan yang benar dan kekurangan pendidikan di Afrika membawa mereka kepada kesesatan.
.
2.Kemiskinan membawa kekafiran

3. Perpecahan sesama Islam membuat kita  lemah dalam ekonomi, politik, pendidikan dll yag akhirnya orang lain mengambil kesempatan mengusai kita. Kita sudah hilang kuasa ekonomi dan kuasa politik sekarang saudara seagama kita hilang iman dalam keperitan hidup.

4. Saudara kita di Afrika menggadaikan iman mereka apabila melihat bagaimana orang bukan seagama mereka datang memberi bantuan pada saat perut mereka kelaparan dan anak-anak mengerang kesakitan. Sesuap gandum dan sebuah injil sudah cukup buat mereka menyerahkan iman setelah penantian begitu lama agar ada saudara se Islam  datang membawa sesuap gandum dan sebuah Qur'an tidak kunjung tiba.

Mereka juga dulu rindu pada kaabah tetapi sekarang rindu mereka bertukar kepada rindu kepada Vatican City.

Orang barat maju dan mereka kaya. Mereka maju kerana berilmu,  mereka kaya  kerana berilmu dan mereka kurang bergaduh juga kerana mereka berilmu. Dengan ilmu mereka menguasai dunia. Dengan ilmu yang benar mereka menerima hidayah.

Kekayaan dunia  membunuh rasa prihatin kita. Keserakahan berebut kuasa melupakan kita kepada mengutamakan  ilmu. Akhirnya ilmu bukan untuk membangunkan ummah tetapi untuk mengejar kekayaan, kemegahan dan kuasa politik sehingga tidak ada lagi beza antara seorang profesor dan seorang penoreh getah yang tidak sekolah tinggi.

Doktor muda luar biasa.


posted by Martinelli Hashim on

2 comments


Pengalaman sepetang di wad kecemasan HUKM membawa anak yang tercedera kaki semasa main bola.

InsyaAllah bakal doktor pemegang amanah ummah dari KMB
Setelah pemeriksaan tapisan pertama kami menunggu pemeriksaan selanjutnya. Mungkin keadaan anak saya tidak begitu serius kami menunggu agak lama supaya adil kepada yang lebih memerlukan. Tiba giliran kami. Seorang doktor muda menyambut  dengan penuh mesra.

"Maaf, puan terpaksa tunggu lama, ye? ....Puan dari mana?.....Gombak kat mana? ....oo kat situ ada....Adik sekolah kat mana?......."

Sambil membaca lampiran-lampiran dan memeriksa keadaan kaki anak saya, dia masih sempat bertanya soalan2 yang menenangkan perasaan pesakit. Budi bahasa yang amat sempurna dan raut wajah yang penuh senyuman membuatkan hilang rasa letih menunggu.

Pada masa itu beliau juga dikelilingi para pelajar perubatan. Mungkin beliau seorang tenaga pengajar juga. Saya dapat rasakan betap bertuahnya pelajar-pelajar itu mendapat tunjuk-ajar yang begitu baik. Sebelum ini sudah kerap saya melihat para pelajar diperlakukan secara kasar dihadapan pesakit.

Dia menerangkan segala-galanya tentang kedudukan tulang anak saya dengan baik dan apa yang perlu dilakukan.

Terkenang saya pengalaman tinggal di U.K selama 3 tahun, beginilah suasananya apabila pergi ke klinik. Para doktor sangat peramah. Suasana yang jauh berbeza di negara sendiri terutama di hospital kerajaan. Saya sudah terbiasa dirawat oleh doktor-doktor yang gersang dengan senyuman, jauh lagi dari sifat mesra pesakit.

Doktor muda ini membuktikan doktor Malaysia juga mampu berbudi bahasa.  Saya juga mengalami suasana begini apabila bertemu dengan Prof Raymond Abdullah yang sekarang menjawat jawatan Pengarah HUKM. Orangnya luar biasa hebat apabila merawat pesakit. Beliau selalu membuat saya hairan dari mana beliau mendapat semangat dan kesabaran yang luar biasa menangani kerenah pesakit dari budak kecil hinggalah ke orang berpangkat tinggi yang dilayan tanpa apa-apa perbezaan. MasyaAllah...mungkin doktor-doktor begini hati mereka sudah di'bedah' dahulu untuk membuang sifat-sifat buruk sebelum mereka membedah orang lain.

Setiap kali berpeluang berceramah kepada pelajar-pelajar Medic UIA, sering saya katakan. "Kalau jadi doktor nanti, jadilah doktor yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa. Doktor luar biasa dapat dirasakan kebaikannya oleh pesakit dan waris mereka. Siapa tahu pesakit itu adalah insan yang dikasihi Allah yang doa mereka tidak terhijab. Usah bermegah, kerapkan bermuhassabah. Antara dosa dan pahala ada ruang tersedia untuk makhluk berfikir."

Sebelum keluar dari bilik rawatan itu saya sempat bertanya doktor itu lulusan dari universiti mana.

Beliau menjawab, "Saya dari UIA."

Masya Allah. Doa saya agar doktor muda ini serta teman-teman seperjuangannya hidup dalam curahan rahmat Allah dan terus berbakti kepada ummah sebagaimana janji mereka sebelum dilepaskan ke masyarakat dahulu.Mereka milik ummah dan kepada ummah harus berbakti.