Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

"Saya anak tak guna....?!!."


posted by Martinelli Hashim on

2 comments


Usah tanya kenapa saya mencintai tugas saya membawa anak-anak muda Taman Ilmu dan Budi menyelami kehidupan masyarakat yang penuh ranjau dan duri melalui CENSERVE. Ini adalah gelanggang kemanusiaan. Mencintai tugas membuat kita bahagia... CINTA pertama saya di Taman Ilmu dan Budi. Saya mahu menyentuh jiwa mereka agar 

" hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berilmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
 
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi" ....tagline yang saya mahu mereka hayati sepenuhnya sebagai pembawa obor ummah.

Di gelanggang ini anda akan bertemu ribuan kisah yang menghiris rasa insani.

Di bawah ini adalah secebis dari ribuan kisah masyarakat yang ditemui pada saat si kaya dibuai mimpi, si berkuasa mendabik dada malah si ilmuan hanya menatap kitab sedang si miskin hidup merana.

Ceritanya....

"Saya memang anak tak guna. Saya tak pernah mimpi masuk ke pusat pemulihan ni. Memang salah saya tak ikut cakap mak. Mak dah marah saya berkawan dengan budak-budak kaki dadah tu. Saya ingat saya kuat. Lama-lama saya terseret sama." Kata Abeng (bukan nama sebenar) sambil tangan menggosok-gosok paha kanannya.

Abeng yang sepatutnya membuat persediaan untuk menduduki SPM tetapi terperangkap dengan ketagihan dadah yang mengaktifkan hormon lelakinya.

"Malam tu saya lepak dengan kawan-kawan. Tiba-tiba seorang kawan suruh saya cuba 'barang baru'. Saya tak nak. Dia masukkan serbuk ke dalam air dan suruh saya cuba minum sikit je. Saya tolak. Dia kata saya pondan. Kalau nak tunjuk saya jantan saya kena minum. Lepas dia cabar macam-macam saya panas hati  juga. Saya minum sampai habis. Apa lagi, tak sampai 2-3 minit saya terus macam orang gila. Saya tak boleh tahan. Saya kena cari perempuan. Saya dapat 'kerjakan' awek saya malam tu. " Sambung Abeng yang berjaya dipujuk untuk menceritakan kisahnya.

"Mula-mula awek saya menolak. Saya dapat pujuk dia. Saya tak sedar rupanya kejadian malam tu buat saya ketagih dengan perempuan. Saya tak boleh langsung kawal diri.  Mak ayah dapat tahu....Tapi masa tu mak ayah marah macam mana pun dah tak ada makna dah. Saya pujuk awek saya lari dari rumah. Dia tompang rumah kawan dia. Kalau nak buat 'projek' saya bawa dia kat rumah member. Kadang-kadang kami buat kat semak. Kami dah tak kira, di mana pun boleh.

Satu hari ayah awek saya dapat jumpa kami. Dia heret anak dia balik. Ketagihan saya dah tak boleh dikawal. Bila dah tak ada awek, saya cari adik  saya. Adik perempuan saya jadi mangsa saya. Bila adik tak ada, nampak mak saya pun saya rasa nak buat dengan mak...." Abeng terdiam sebentar. Matanya mula berkaca.

"Adik saya mengandungkan anak saya. Saya tak tahu macam mana dia sekarang. Saya tak tahu berapa orang anak jiran saya yang mengandungkan anak saya. Saya anak yang tak guna....saya banyak dosa. Mak saya sendiri saya nak  rogol." Sambung Abeng sambil menangis.

Secebis kisah dari ribuan kisah yang menyentap rasa kemanusiaan kita. Tragedi dalam masyarakat Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Peristiwa begini boleh saja berlaku kepada mana-mana remaja. Abeng adalah mangsa pengedar dadah yang boleh membuatkan dirinya ketagihan seks dan tidak mampu mengawal diri hanya dalam tempoh hanya beberapa saat selepas meminumnya. Dia bukan sekadar merosakkan dirinya tetapi merosakkan sesiapa saja untuk melayan nafsunya. Tiada jaminan mana-mana wanita akan terlindung dari ancaman orang-orang seperti Abeng. Dia tidak akan memilih mangsa apabila ketagihannya menyerang.

Ramai remaja tidak sedar rakan-rakan memasukkan sedikit serbuk dadah  ke dalam minuman mereka akhirnya akan merosakkan seluruh hidup mereka. Ibu bapa Abeng tidak tahu apa yang harus dilakukan. Masyarakat keliling hanya tahu mencemuh. Dadah ini adalah di antara punca kelahiran bayi yang tidak diingini dan akhirnya dibuang.

Siapakah yang kita persalahkan dalam hal ini?

Tidak ramai yang tahu ketagihan seks seperti Abeng sebenarnya boleh dirawat di hospital.

Masyarakat kita tidak cukup didedahkan kepada kaedah pencegahan yang praktikal. Kempen yang dilakukan hanyalah  berbentuk ceramah-ceramah umum di radio, tv atau pentas pidato yang kaku. Mereka yang mendengar adalah remaja yang sudah sedia baik atau dipaksa mendengar. Remaja yang sudah terjerumus tidak mungkin ada hati untuk mendengarnya.

Tiada kumpulan-kumpulan 'support group' untuk keluarga yang menghadapi masalah seperti Abeng. Akhirnya    masyarakat terkapai-kapai tanpa panduan yang boleh diikuti.

Sekiranya anda tekan butang "like" di bawah atau share di facebook, anda sedang membantu menyebarkan daawah agar ramai yang sedar tanggungjawab menyelamatkan ummah.

Anak-anak Taman Ilmu dan Budi, berbaktlilah untuk ummah

Warren Buffett Si kaya Yang Hidup Sederhana


posted by Martinelli Hashim on

2 comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 


Apa ertinya kaya pada diri anda?
Rumah Warren yang sudah berusia 50 tahun 
Amat kerap kita bersungut dengan lambatnya dapat naik pangkat apabila melihat rakan kita sudah jauh mendahului kita dari segi gaji. Kerap juga kita bersungut dengan ketidakadilan yang dilakukan pihak atasan terhadap diri kita yang dirasakan sudah cukup bekerja keras tetapi orang lain yang diutamakan. Saya berbicara kerana saya sendiri tidak terkecuali dari melakukannya.

Adakalanya sungutan itu menjadi umpatan dengan dosa yang tidak kita sedari. Kita bersungut dengan harapan keadaan akan berubah. Adakalanya sungutan itu membuat orang lain merasa kecil hati dan terhina.

Apabila difikirkan kembali.....perlukah kita bersungut, sebenarnya?

Saya terpukau membaca kehidupan Warren Buffett, investor paling berjaya, manusia ketiga terkaya di dunia malah pernah menjadi yang pertama pada suatu ketika dahulu dikatakan sebagai manusia yang paling puas hati dengan kehidupan. Gaya hidup yang amat sederhana yang jarang dimiliki oleh sesiapapun.

Bill Gates dan Warren Buffett
  1. Berapa fakta tentang Warren Buffett:
  2. Lahir pada tahun 1930, mula berniaga semasa umur 6 tahun dengan menjual botol coca-cola
  3. Mula membeli dan menjual saham pada umur 11 tahun 
  4. Membeli estate pada umur 14 tahun dan merasa menyesal kerana merasa terlalu lambat
  5. Menjadi jutawan pada umur 19 tahun dan bilionnair pada tahun 1990.
  6. Membeli rumah kecil 3 bilik 50 tahun yang lalu dan masih tinggal di rumah yang sama sehingga sekarang.
  7. Merasa puas dengan rumah yang ada tanpa perlu tambahan kerana merasakan segalanya sudah cukup dalam rumah itu untuk keperluan hidupnya
  8. Rumahnya tidak berpagar.
  9. Sangat mencintai tugasnya menyebabkan dia tidak pernah bersungut tentang tugas.
  10. Suka menaiki kenderaan awam 
  11. Memandu sendiri kereta lamanya tanpa mengupah pemandu
  12. Tidak pernah menaiki jet walaupun ia mempunyai syarikat jet terbesar di dunia
  13. Mempunyai 63 syarikat besar tetapi tidak pernah menelepon para CEO syarikatnya untuk memberi arahan. Arahan diberikan hanya sekali setahun bagi memberitahu target syarikat untuk tahun itu.
  14. Tidak ada mesyuarat dengan para CEOnya.
  15. Hanya 2 peraturan diberikan kepada semua pekerjanya. Peraturan no1: Jangan biarkan duit pemegang saham hilang dengan cara apa pun. Peraturan no 2: Jangan lupa peraturan no 1
  16. Tidak memiliki kad kredit
  17. Tidak memiliki telepon bimbit
  18. Suit yang dipakainya sudah   berusia 16 tahun dan   menghantarnya sendiri ke kedai untuk  dibetulkan sebab sedikit  terkoyak.
  19. Pulang ke rumah waktu petang dan duduk menonton tv sambil makan popcorn bersama isterinya.
  20. Tidak ada percutian untuk menenangkan perasaan kerana dia merasakan hidupnya sudah cukup tenang
  21. Memberikan  99% hartanya kepada badan kebajikan terutama kepada Yayasan Bill & Melinda Gates pada tahun 2010.
  22. Kali pertama Bill Gates menemui beliau adalah pada tahun 2006 di rumah Warren. Bill bercadang untuk bertemu sekejap saja tetapi akhirnya terpukau dengan falsafah hidup Warren dan menghabiskan masa lebih setengah hari dengan  Warren. Pertemuan itu telah  merubah paradigma kehidupannya sendiri.
  23. Tidak memanjakan anak-anaknya yang 3 orang itu dengan warisan harta kerana percaya setiap manusia perlu berusaha untuk hidup. Oleh itu anaknya2 tidak pun dicatatkan sebagai penerima harta waris yang banyak kerana hampir keseluruhan hartanya sudahpun diwasiatkan untuk badan kebajikan.
  24. Nasihat Warren kepada orang muda  ....                   
       1. kad kredit adalah syaitan (evil) yang perlu dijauhi, 
Zuckerberg
       2. jangan membazir duit


    Bill Gates manusia yang kaya dan berjaya mendirikan yayasan Bill and Mellinda pada usianya 39 tahun.


    Mark Zuckerberg pencipta facebook mendermakan USD100 juta kepada badan kebajikan pada usianya 26 tahun.


    Hosni Mubarak dikatakan manusia paling kaya di dunia dengan harta USD 70 bilion. Sultan Brunei juga manusia kaya yang memiliki istana 6 kali lebih besar dari istanan Windsor. Raja Saudi juga kaya. Apakah beza mereka dengan Warren Buffett dan Bill Gates yang tidak mengucap syahadah itu?


    Hosni Mubarak


    Tenangkah hidup mereka setenang hidup Umar Abdul Aziz, pemimpin yang boleh  tidur di bawah pokok kayu dengan lena tanpa pengawal?


    Warren hidupnya tenang kerana dia amat seronok mencari duit tetapi tidak dikuasai duit. Bagi dia harta adalah hamba dan dia adalah tuan. Dia seronok melihat orang lain gembira sehinggakan pekerjanya juga seronok bekerja dengannya. 




    Warren Buffet 
    Sikapnya mengeluarkan aura luar biasa untuk diikuti oleh orang lain. Setiausahanya terpaksa menolak apabila warren hendak menaikkan gajinya kerana ia juga merasa malu dengan gaji yang terlalu besar.