Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Anak anugerah Allah


posted by Martinelli Hashim on

4 comments


"Ibu, doktor kata baby ni songsang lagi. Doktor suruh operate 21hb." Suara Liyana, anak sulung yang sedang sarat hamil.


Kelahiran anak keduanya ini amat dinantikan oleh seluruh keluarga. Pedih kehilangan anak pertama 6 bulan lalu, moga boleh terubat dengan kelahirannya. Bidadari kecil yang pernah menambat hati setiap orang di rumah ini pergi terlalu cepat. Dalam usia setahun 8 bulan dia meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kami terasa tidak sabar menunggu kelahiran penggantinya. Doa mencurah-curah agar yang ini lahir sempurna tanpa kesulitan tanpa kecacatan. 


Doa untuk dia berpusing supaya dapat lahir normal tidak putus-putus. Keyakinan yang tinggi agar Allah akan makbulkan.


Namun siapalah kita untuk memaksa Allah merubahnya.


"Tak apalah. Kita redha je  apa yang Allah bagi. Kalau memang Allah dah takdir kita tak dapat anak ramai, itu adalah yang terbaik untuk kita. " Kata menantu saya.


Dalam kesayuan pagi itu Liyana bersuara lagi, "Ibu, apa ye yang Allah nak tunjukkan pada kita? Allah ambil Aufa. Sekarang anak ini pula songsang." 


Saya mengumpulkan ilham untuk menjawab. Soalan-soalan begitu sering datang dalam fikiran siapa saja apabila menerima ujian yang bertimpa-timpa. Liyana, anak kami yang sering menerima ujian sejak kecil lagi adalah seorang yang tenang, alhamdulillah.


Dalam mengira-ngira waktu, tiba-tiba saat kelahiran tiba. Kesakitan yang datang mendadak. Kami berkejar membawa Liyana ke hospital. Hanafi memecut kereta dengan laju sehingga lampu merahpun tidak dihiraukan. Iswandi menenangkan isterinya yang kesakitan.  Mujurlah malam, jalan lengang. Cemas yang amat cemas, mengenangkan kedudukan bayi menyongsang dan siibu belum pernah melahirkan secara normal.


"Kenapa lambat sangat bawa? Tak sempat nak operate. Baby dah di pintu.." kata doktor.


Terasa juga kekesalan kerana tidak segera datang bila Liyana memberitahu dia dah terasa sakit sejak siang. Rupanya pengalaman saya melahirkan anak 6 orang tidak membantu keadaan yang cemas begini.


Selang 15 minit menantu datang memberitahu, "Alhamdulillah, bu. Baby lahir normal. Semua dah selamat."


Kesyukuran yang setingginya kepada Allah. Allah tidak mengizinkan bayi itu berpusing tetapi Allah menentukan dia keluar tanpa pendedahan dalam masa yang begitu pendek. 


Jawapan kepada soalan "Apa yang Allah nak tunjukkan?" kini terjawab.


Allah menunjukkan bahawa Dia adalah Tuhan dan kita adalah hambaNya.  Allah menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa, Dia menentukan segalanya.  Allah menunjukkan bahawa sangkabaik dan keyakinan kita kepadaNya tidak disia-siakan. 
Apabila Allah mengambil orang yang kita sayang, Allah menunjukkan bahawa kasihNya mengatasi kasih kita. Bagaimana besarnya kasih kita pada anak, kita  tidak mungkin mampu memberi sebaik yang Allah sediakan untuknya di alam sana. Di sana dia tidak lagi merasa sakit, sedih atau lapar. 
Maka akurlah kita apabila  Allah menganugerahkan anak, itu adalah amanah. Anugerah anak yang sihat, comel dan sempurna bukan untuk dibanggakan, dan anak yang tidak sempurna bukan untuk  dikesali. Usah bermegah dengan kehebatan anak kerana kita tidak dapat merasa kesedihan ibubapa yang memiliki anak tidak sempurna. 
Usah terkilan dengan kekurangannya  kerana kita tidak tahu apa anugerah yang Allah sediakan untuk kesabaran kita menerimanya. 
Anak bukan milik mutlak ibubapanya. Tukarlah rasa bangga atau terkilan itu dengan syukur dan redha.


Allah tidak akan berhenti menguji hambaNya. Sebentar kita gembira, sebentar kita berduka. Semua manusia diberi samarata. Bezanya mungkin bagaimana kita mencari jawapan kepada "Apa yang Allah nak tunjukkan?"


Kasih Allah akan menggunung buat orang yang bersangka baik kepadaNya setiap ketika pada setiap ujian. Kita hanyalah hamba yang diberi status sebagai khalifah di bumi Allah dan kita tidak punya kuasa apapun tanpa izinNya.


Kini si kecil yang baru berusia 4 hari terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam kuning yang dikatakan tinggi. Allah menguji lagi. Kami cemas lagi.


"YaAllah kasihani kami, sembuhkanlah buah hati kami."

Mengajar anak tentang alam dan kehidupan


posted by Martinelli Hashim on

6 comments

Lukisan oleh Hazim Azami

Kakak dan ibang ipar saya lulusan ekonomi. Hampir ke semua anak mere terlibat dalam  bidang ekonomi untuk karier masing-masing. Saya dan suami lulusan sains dan lima dari 6 anak saya menggilai matematik di sekolah dan memilih aliran sains di universiti.

Faktor genetik mungkin hanya membezakan pewarisan gen otak bijak atau tidak bijak, tetapi bukan gen ekonomi atau. sains. Malahan kebijaksanaan anak itu bukanlah bergantung sepenuhnya kepada faktor genetik.

Saya masih ingat hampir 30 tahun yang lepas semasa masih menjadi pelajar dalam bidang genetik di Universiti Malaya, saya membuat senarai soalan-soalan kepada calon suami untuk meyakinkan saya bahawa ia mempunyai latarbelakang keluarga yang genetiknya baik untuk memberikan saya bakal cahayamata yang bijak......perancangan untuk misi umatik juga. Waktu itu saya amat terpengaruh dengan cerita seorang saintis wanita rusia yang melakukan tindakan yang amat luar biasa untuk memastikan dia dapat melahirkan anak yang luar biasa bijak dan ternyata dia berjaya walaupun penghujung misinya dia gagal sebab anaknya hanya bijak dari segi IQ semata2.

Saya yakin personaliti anak amat banyak bergantung kepada cara ibubapa mendidik anak mereka dan apa bentuk pendedahan yang dibentangkan kepada anak itu semasa mereka membesar. Bagi menentukan kehidupan mereka seimbang dan lebih sempurna, maka faktor agama dijadikan dasar  utama.

Kaedah bagaimana kaum ibu yahudi memilih makanan tertentu dan amalan asahan minda ibu semasa mengandung serta pendedahan awal aktiviti menguatkan otak anak sejak kecil telah terbukti menghasilkan  belia yahudi yang dikenali sebagai kelompok belia yang bijak  dan cekap di dunia.

Barack Obama dilahirkan oleh seorang ibu yang amat gigih dan keras. Dia keluar dari kebiasaan wanita Amerika pada zamannya. Meninggalkan keluarga di usia 17 tahun, meneroka dunia bersendirian tanpa gentar membuatkan beliau tegar melepaskan anaknya supaya hidup tanpa sebarang kemanjaan. Beliau mengikut obsesinya terhadap kajian kemanusiaan dan melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang itu  sehingga sanggup tinggal di Indonesia, negara yang asing dan kemudian meninggalkan anak lelakinya dalam jagaan keluarga bekas suami di Indonesia. Obama kemudian tinggal bersama nenek dan datuknya dan belajar hidup tanpa ibu atau bapa di Hawai. Obama didedahkan kepada kehidupan yang keras. Pernah Obama meminta ibunya memasak  'cookies' untuk dibawa ke sekolah seperti kawanya2 yang lain, tetapi dijawab oleh ibunya, "Ibu kamu adalah wanita tunggal, ibu tunggal yang terlalu banyak untuk dilakukan. Jangan minta benda2 seperti itu. "

Dia memburu Ph.D. Dia memburu kebebasan tetapi tetap memastikan yang anaknya perlu belajar tinggi, berada di tengah2 orang biasa tetapi berdiri tegak sebagai orang luar biasa. Ibunya tegak sebagai wanita berkulit putih di tengah2 masyarakat Indonesia yang begitu asing dan Obama pula tegak sebagai presiden berkulit hitam didalam barisan presiden2 berkulit putih. Keduanya2 berani menjadi manusia luar biasa di tengah2 yang biasa. Obama dilatih untuk tidak takut menjadi orang asing. Sewaktu dibuli oleh rakannya2 di Indonesia, rakan2 lain cuba menolong tetapi ibunya melarang, "Don't help him. He knows what to do."

Seorang lagi tokoh hebat bernama Severn Cullis Suzuki, anak kepada Prof. David Suzuki warga Kanada keturunan Jepun. Ayahnya melalui kehidupan pahit semasa kecil yang hidup pindah randah sebagai orang asing. David seorang pakar genetik dan pejuang alam sekitar yang gigih dan disegani di seluruh dunia. Sebagaimana Obama, David berjaya sebagai orang jepun yang berjaya tegak sebgai orang asing di tengah masyarakat orang putih.

Anak gadisnya, Severn, didedahkan kepada kesedaran mempertahankan alam, keberanian berbicara tentang kepincangan manusia menguruskan alam. Dalam usia 8 tahun, Severn sudah menubuhkan kelabnya sendiri bagi menyelamatkan alam sekitar bersama rakanya2. Dalam usia sekecil itu dia mengaturkan tunjuk perasaan bersama rakan sebaya di kawasan perumahannya..

Dalam usia 12 tahun dunia dikejutkan apabila dia dan rakannya2 meminta dibenarkan berbicara dalam sidang puncak antarabangsa tentang alam sekitar yang dihadiri para pemimpin seluruh dunia anjuran Bangsa2 Bersatu. Severn dan rakannya2 mengumpulkan dana sendiri untuk membeli tiket kapalterbang. Dunia dikatakan terdiam seketika dengan kepetahan si kecil itu berbicara  tanpa sedikitpun rasa takut.

Severn dididik menjadi kanak2 luar biasa di tengah kanak2 lain yang biasa. Kehidupan remajanya jauh lebih maju dari remaja lain. Umur 14 tahun telah menghasilkan bukunya sendiri dan rancangan tvnya sendiri mengajak kanak2 menyayangi alam sekitar.

Severn benar2 anak ayah yang terhasil dari acuan yang disediakan sang ayah melalui pendedahan terhadap alam dan kehidupan orang lain yang berdepan dengan keperitan hidup. Walaupun dalam kehudpannya sendiri dikelilingi kesenangan sebagai anak seorang profesor, tetapi mindanya dipenuhkan dengan maklumat tentang alam dan kehidupan. Hasilnya dalam usia muda beliau lebih hebat dari ayahnya.

Ibu Obama dan ayah Severn memberi suntikan minda kepada anak masing2 melalui pendedahan kepada kehidupan luar biasa supaya anak mereka tidak hanya menjadi anak yang biasa-biasa. Kedua2 mereka sentiasa berdialog dengan anak2 mereka dengan hujah2 yang membuat anak mereka berfikir.

Semua anak dibekalkan dengan minda kritis (crtical mind). Ibubapalah yang mengasahnya supaya dapat berkembang dengan sempurna melalui penerokaan terhadap benda2 baru setiap hari. Saya masih ingat membawa anak2 saya bermain di padang bola UIA P.J. Saya mengajak mereka duduk dan bercerita tentang rumput. Sebelumnya saya membekalkan diri dengan maklumat tentang rumput dari buku sains. Saya masih terbayang bagaimana mulut anak2 saya yang belum pun usia tadika terlopong dengan cerita rumput saya dan melompat2 seronok melakukan apa yang saya suruh untuk aktiviti selanjutnya untuk mengenali jenis2 rumput.

Saya mungkin tidak sehebat ibu2 Melayu lain menyediakan masakan yang enak2 untuk anak setiap hari. Mungkin kerana kesusahan hidup waktu kecil, mengisi perut dengan makanan enak bukan keutamaan saya. Maka  saya lebih banyak memperuntukkan masa untu  memasak minda anak-anak dengan aktiviti luar dari memasak makanan untuk perut mereka. Mungkin juga kerana saya terlalu ketakutan dengan kandungan makanan  untuk anak menyebabkan pilihan makanan untuk anak juga terhad. Milo tidak bergula dan sayur yang daunnya berulat mungkin saja agak pelik bagi orang lain tetapi itu adalah menifestasi dari ketakutan saya tentang kandungan kimia bahaya yang masuk ke perut anak2.

Saya yakin bahawa aktiviti berdialog dengan anak sejak mereka kecil dan semakin kerap apabila mereka semakin dewasa memberi impak yang besar terhadap pemikiran anak-anak dan hubungan mereka dengan keluarga.

Saya masih ingat bagaimana mata anak kecil saya memancar2 mendengar saya menjawab soalannya 'macam mana kita boleh melihat benda-benda'. Mata yang sama juga memancar2 apabila dalam usia 22 tahun saya menjawab soalannya tentang wanita. Tetapi saya terdiam apabila dia berkata,"... nak cari isteri macam ibu."

Ibubapa sering melakukan kesilapan dengan membiarkan komunikasi terhenti apabila anak2 meningkat remaja kerana mereka melihat anak mereka sudah mempunyai dunia mereka sendiri yang tidak selari dengan citarasa ibubapa.

Memberi suntikan minda melalui pendedahan kepada pengalaman hidup tidak memerlukan ijazah yang tinggi2. Ia  hanya memerlukan sedikit kekuatan minda, usaha dan pengorbanan dari ibubapa untuk membukakan mata anak2 bahawa alam ini penuh dengan pengajaran. Memanjakan diri dengan segala kesenangan tanpa memberi peluang untuk diri berfikir hanya akan membantutkan otak dari menerima pengajaran itu.

Hadiah untuk abah.


posted by Martinelli Hashim on

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 
Sabtu, 3hb. Oktober 2010, tarikh yang ditunggu-tunggu namun dia datang dalam seribu kesyahduan buat kami sekeluarga.
kasih abah tidak mengenal sakit
“Insya Allah ibu akan datang tapi lambat sikit. Abah desak suruh ibu pergi.” SMS saya kepada anak2 yang sudah lama menunggu di dalam dewan CAC.

Langkah longlai anak2 menerima skrol jelas ketara walapun masing2 cuba tunjuk kuat untuk menerima hakikat bahawa ‘abah tidak hadir bersama’ dan sedang terbaring dihospital.

Selesai acara, tinggal kawan, tinggal sahabat, yang nampak di mata hanya wajah ayahanda tercinta. Kereta dipecut terus menuju hospital dalam jubah graduan.

“Abah, buka mata abah. Ini hadiah untuk abah. ”Kata si anak sambil mengambil tangan ayah untuk menyentuh skrol yang baru diterima. Ayah mereka membuka mata dan meminta untuk disandarkan,
“Alhamdulillah...... Anak2 abah lebih hebat dari abah. Tahniah. Maafkan abah tak dapat pergi konvo tadi.”

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang

Dalam duka Kau hiburkan. Dalam gembira Kau peringatkan. Kasih dan rahmatMu jua yang kami dambakan.

Bagi mereka abah adalah icon dan model kehebatan yang merangsang mereka untuk memacu ke puncak kejayaan. Di luar abah seorang  yang sibuk tetapi di rumah abah mereka adalah bapa yg sangat pemurah,  teman baik yang masih ada masa untuk  menikmati rancangan tv bersama setiap malam. Abah mereka masih peminat cerita ultraman walaupun anak2 sudah tidak meminatinya. Abah masih banyak masa untuk untuk sama2 ketawa terbahak2 berkongsi cerita anak2 waktu petang.

Abah mereka seorang profesor matematik tetapi tidak pernah mengerahkan supaya anak belajar walaupun hampir waktu ujian. Kecuali naka yang sulung, semua anak2 mewarisi otak matematik si ayah yang setiap bicaranya akan dikaitkan dengan nombor. Abah mereka lebih gemar mengajak mereka pergi makan-makan dari duduk belajar, suatu kelemahan abah tetapi menjadi kelegaan anak-anak. Namun anak2 tidak pernah mengambil kesempatan atas kelonggaran abah kerana ada ibu yang ketat disiplinnya.

Sekarang abah mereka terbaring lemah diserang angin ahmar. Sayu yang amat sayu memenuhi kehidupan kami sekeluarga.

Anak kami, Syakirah yg sedang berusaha untuk menjadi doktor menjadi asakan,"Cepatlah jadi doktor, boleh tolong abah."