Showing posts with label AGAMA. Show all posts

CARA MUDAH MEMAHAMI ALQUR'AN


posted by Martinelli Hashim on

4 comments


Benarlah kenyataan apabila kita mencari Allah, Dia akan datang dengan segera kepada kita. Kalau kita berjalan kepadaNya, Dia akan datang berlari kepada kita. SubhanaALLAH.

Dalam  mencari-cari sesuatu yang boleh membantu persiapan menyambut kedatangan Ramadhan, hari ini Allah memberi saya suatu yang sangat berharga sebaik saja selesai solat Jumaat di masjid UIA sebentar tadi. Seorang jurutera petroleum  Prof. Dr. Abdul Aziz dari India memberi ceramah yang amat berkesan tentang kaedah memahami al Qur'an bagi orang yang belum pandai berbahasa Arab dan tips bagaimana menghadap Allah dalam solat agar solat itu sempurna.

Kata beliau Allah sudah menjanjikan AlQur'an itu adalah mudah untuk difahami. Rasulullah mengajar isi Alqur'an bukan mengajar cara membacanya. Cara membaca hanyalah keperluan asas untuk memahaminya. Seterusnya ialah usaha kita memahami dan melaksanakan ajarannya bersungguh-sungguh. Tidak mungkin Allah mahu menyusahkan hambaNya untuk memahami ajaranNya. Kalau kita yakin ia mudah, InsyaAllah ia akan benar-benar mudah.

Kata beliau Al-Qur'an mengandungi 78,000 perkataan. Kalau kita memahami setiap perkataan dalam solat kita sudah menguasai 17,000 perkataan. Kalau kita tambahkan lagi memahami perkataan dalam surah-surah pendek dan doa-doa perbendaharaan kita akan bertambah lagi. Kalau kita menggunakan anggota tangan, mulut, mata, telinga warna dan arah gerakan akan membantu kita mengingatnya dengan lebih mudah. MasyaAllah.

Kata beliau, otak kita boleh melakukan sekurang-kurangnya 5 perkara serentak seperti semasa memandu, kita menukar gear, melihat kereta lain, bercakap,  mendengar radio, melihat GPS dan lain-lain kerana setiap satu itu ada ruangnya sendiri dalam otak kita. Semasa solat kita hanya perlu menumpukan kepada satu saja iaitu Allah. Kita akan mampu memberi tumpuan sekiranya ruang-ruang yang dipenuhi untuk perkara-perkara lain ditutup dengan perkara yang hanya berkaitan dengan solat sahaja.

Kata beliau dengan menggunakan teknik yang ditemuinya ini anda insyaAllah mampu memahami 50% alQur'an dalam tempoh 9 jam. Beliau mengajar bahasa Arab dengan mudah menggunakan konsep TPI (Total Physical Interaction) :

  • Masculine (right hand)
  • Shown towards you (2nd person)
  • Four fingers (plural)
  • Raised high (Mudare’ مضارع or imperfect tense)
  • Receiving hand (passive voice)

Saya mencubanya...SubhanAllah sangat berkesan. Anda akan merasa juga, jom sama berkongsi.

Sila Klik di sini dan sebarkannya. Moga kita sama-sama mendapat pahala melalui perkongsian ini.

MASA YANG PENDEK INI....


posted by Martinelli Hashim on

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Kadang2 hati kita merasa sayu, betapa hebatnya manusia mengejar dunia dengan merempuh-roboh nilai2 insani dan membelakangi amaran Allah agar jangan zalim-menzalimi sesama manusia.

Mereka masih bersolat 5 waktu. Tetapi bagaimana agaknya mereka menghadap Allah dalam solat sedangkan mereka baru saja menyakiti hati, memfitnah dan memijak orang lain demi untuk mencari imbuhan pangkat dan pengaruh.

Demi untuk menghalalkan tindakan maka dilakukan penciptaan hujah2 yang seolah2 benar dengan menggunakan kepakaran berbicara sehingga kebenaran terus tenggelam dan kepalsuan diletakkan pada tahap teratas.

Allah mengurniakan kita hati sebagai alat pemberi amaran. Ia akan bergetar keresahan apabila kita melakukan sesuatu dosa, namun amaran2 itu sering tidak kita endahkan. Kita punya akal yang tahu bahawa setiap tindakan kita akan ada balasannya, namun kita biarkan akal itu dinodai sehingga menjadi cetek dan tidak mampu berfikir lagi.

Hadirnya kita ke dunia ini tidak lain, hanyalah bagi memikul amanah sebagai khalifah Allah. Dunia yang dikejar tidak pernah menjamin kepuasan.
Renungkanlah,
Hidup ini terlalu pendek. Waktu kita lahir kita diazankan dan waktu meninggal kita disolatkan. Begitulah panjangnya usia kita....hanya sekadar tempoh antara azan dan solat, tidak lebih dari itu.
Tempoh yang pendek inilah penentu bagaimana nasib kita di 'sana' nanti. Rugilah manusia yang sibuk mencari kepuasan dunia yang terlalu kecil itu.

Beruntunglah orang2 soleh kerana kalau mereka mendapat kebahagian mereka akan mendapat kebaikan dari Allah dan apabila menerima musibahpun mereka mendapat kebaikan dari Allah.
Apabila dianiya doa mereka akan dimakbulkan.

Hatilah2, jangan menganiaya orang lain. Balasannya kalau tidak dapat pada diri sendiri, mungkin akan dapat pada anak cucu kita yang mungkin tidak mampu menanggungnya nanti.....A'uzubillah.
Kita tidak mungkin boleh hidup tanpa orang lain. Setiap orang itu ada haknya atas kita. Sekurangnya2 hak agar mereka tidak disakiti oleh perbuatan kita.

BERWUDHU'LAH


posted by Martinelli Hashim on

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
(post ini ditulis dalam martinelli's blog  pada Jan 2009)

Dimana2 masjid imam membacakan doa untuk saudara kita di Palestin. Menitis air mata kerana terbayang gambar2 mangsa yang kita lihat dalam media setiap hari. Namun, keadaan masih semakin parah. Ummat Islam Palestine semakin teraniya.

Bila direnungkan, terfikir juga dalam diri sendiri mungkinkah doa kita tidak layak untuk terima oleh Allah atas faktor2 yang tidak kita sedari ? Makanan kita yang tidak sah halal atau perbuatan kita yang menjadi dosa mungkin saja membuat doa kita terhalang.

Lemahnya kita bukan untuk ditangisi. Kekurangan kita bukan untuh dirintih. Kita punya akal untuk mencari apa saja untuk memperbaiki yang cacat dan menambah yang kurang.

Perbaiki diri, anak2 dan sahabat2 kita. 

Bersihkan aqidah dan tingkatkan ibadah agar doa kita di makbulkan Allah.

Cerita berikut memberi inspirasi pada saya untuk dikongsi bersama:

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan  
   menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian 
   aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.