KES BULI DI KALANGAN
DOKTOR
Mungkin pelik tajuk ini. Dulu apabila melihat doktor2 di
hospital kerajaan menengking-nengking para pelatihnya serasa mahu saja bersuara
menasihatkan doktor berkenaan.
Bagi kita
setiap orang ada maruah, apatah lagi doktor…. Dan
yang ditengking itu adalah yang sedang
dididik. Mendidik secara keras dan kasar tidak menghasilkan apa2 kecuali
kekerasan dan kekasaran yang lebih teruk…. Alasan yang menengking ‘aku pun dulu
kena teruk dengan senior sebab tu aku tough’. Sehingga berlakulah HO yang baru
jadi senior belumpun jadi MO sudah mula membuli junior.
Dalam hati berkata ‘hospital gomen!!’…… ‘mental harrasment’
oleh orang kumpulan orang paling bijak di Malaysia terhadap orang bawahan yang
juga kumpulan paling bijak di Malaysia.
Menjadi doctor adalah pilihan manusia yang ‘gila’ saja. Mereka tahu pengajiannya amat susah….. untuk
dapat tempat Kulliyyah Perubatan di UIA contohnya perlu sekurang-kurangnya SPM
9 A+. Untuk biasiswa MARA sebelum belajar di luar negara perlu buat diploma
dulu…… maka belajarlah bertahun-tahun dididik oleh pendidik Orang Putih yang
sangat berakhlak dalam suasana yang menitik beratkan perikemanusiaan…. Tetapi bila pulang ke
tanahair terkejut dengan budaya buli semasa housemanship.
Mereka tahu menjadi doktor pelatih atau HO kerjanya luar
biasa berat. Mereka tahu gaji bukanlah sebesar mana berbanding dengan beban
kerja. Mereka tahu setiap saat mereka berhadapan dengan pelbagai risiko yang
mengancam nyawa. Mereka tahu betapa mereka terpaksa mengorbankan ‘family
life’….. namun mereka yang ‘gila’ ini terus juga menjalankan amanah
menyelamatkan nyawa manusia ……. Ya, mereka GILA PAHALA.
Namun siapakah yang melindungi mereka dari keadaan serba
menekan ini….. mereka ini adalah penjawat awam yang sangat malang. Malah mereka
diperingatkan bahawa usai housemanship masa depan kerjaya mereka tiada jaminan
apa-apa.
Sepanjang pengajian berapa ramai yang gugur tidak sanggup
meneruskan. Yang sudah lulus dan menjalani latihan sebagai HO di hospital
tempatan berapa ramai yang meninggalkan saja kerjayakerana merasakan mereka
melalui ‘neraka kerja’.
Yang sedihnya ‘neraka’ ini dicipta oleh doctor senior, bukan
oleh pesakit. Mereka masih mampu bertahan dengan tugas melebihi 14 jam sehari
tanpa henti. Masih mampu senyum bila sepatutnya cuti tapi perlu bertugas atas
arahan. Namun kata2 kesat seperti “bodoh”, “bengap” oleh MO dan specialist yang
sepatutnya manusia yang paling berperikemanusiaan di dunia kepada HO menjadi
makan harian menambah kesengsaraan kerja yang sudah sedia berat.
Diceritakan kisah2 HO yang keguguran kandungan akibat
‘neraka kerja’ ini. Diceritakan juga kisah2 doktor pelatih kemalangan jalanraya
akibat tekanan ‘neraka kerja’. Belum lagi cerita2 mereka yang terpaksa melalui ‘mental
depression’ hingga mahu bunuh diri.
Semalam tiba-tiba anakanda saya menelepon sambil terisak2, “
Tak sangguplah nak teruskan ….. specialist tengking lagi depan pesakit sambil sebut
‘aku tampar karang’ …”
Kata2 nasihat keibuan,”Sabarlah,
cabaran buat kita. Perbaiki diri sendiri, inshaAllah keadaan akan lebih baik.
Perbaiki hubungan dengan Allah, inshaAllah hubungan kita dengan manusia akan
terjaga.” mungin sudah terlalu terbiasa didengarnya dari mulut hamba, sedangkan
keadaan ‘neraka kerja’ tetap begitu.
Rasa tersiat jantung bukan hanya kerana ia kena pada anak
sendiri tetapi suasana melampau yang tidak berkesudahan oleh manusia2 ber IQ
tinggi tetapi bermoral rendah.
Ya, kita faham tugas para
doctor ini berat. Mereka beralasan mahu
melatih supaya HO jadi ‘tough’ ……. Eh, Islam tidak mendidik cara begitu, doc.
Islam mendidik dengan rahmah dan kasih sayang. Kalau di negara barat yang tidak
Islam, mereka boleh mewujudkan suasana harmoni tanpa buli dan doctor yang
dihasilkan masih tetap kompeten tetapi kenapa di Malaysia para doctor begitu
kejam.
Menjatuhkan maruah orang di depan pesakit adalah perkara yang sangat tidak bermoral.
Bayangkanlah aib yang terpaksa ditanggung oleh doctor yang sedang menjalani
latihan. Mereka tidak punya masa untuk menulis dan melaporkan. Hatta kalau ada
masa pun mereka bimbang markah penilaian mereka akan terjejas jika diketahui
mereka membuat aduan. Malah untuk menolong kawan yang dibulipun mereka
ketakutan ….. akibatnya timbullah suasana yang tidak sihat meruntuhkan rasa
setiakawan dikalangan mereka yang bekerja keras untuk membuat orang lain sihat.
Buli membawa kesan yang sangat tidak baik
1.
Doktor pelatih hilang motivasi dan harga diri
2.
Peningkatan tekanan yang menjejaskan kesihatan
doctor pelatih
3.
Gangguan emosi yang boleh menjejaskan tugas
dalam merawat pesakit
4.
Para doctor pelatih akan takut bertanya bagi
mengelak dibodohkan di depan para pesakit lalu terhambatlah ilmu yang
sepatutnya diterima
5.
Kerugian wang negara yang menyara biasiswa atas
perletakan jawatan oleh doctor pelatih yang merasa demoralised angkara doctor
senior yang sepatutnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik
6.
Pengalaman pahit dibuli akan membuat mereka menjadi
kaki buli apabila sudah menjadi senior dan pusingan akan diulang dan bertambah
parah.
7.
Kejadian buli ini memburukkan nama baik hospital
kerajaan dan memalukan Kementerian
Kesihatan Malaysia serta negara amnya.
Kajian menunjukkan 80% HO mengaku pernah dibuli.
Dalam usaha kerajaan menigkatkan prestasi jabatan2 kerajaan di
bawah pemerintahan Malaysia Baru apatah lagi PM dan TPM keduanya adalah doktor perubatan,
sudah seharusnyalah pihak KKM menyeselesaikan isu ini secara serius.