Kata-katanya yang kukuh tersemat di hati bonda, "Ibu, sabar pada saat menerima dugaan dengan tidak mengadu kepada sesiapa serta menyembunyikannya adalah salah satu kunci ke syurga."
Ia diucapkan ketika saya bertanya kenapa beliau tidak memberitahu pensyarahnya yang anaknya baru saja meninggal dan minta izin tidak masuk kelas. Allah mengambil puteri kesayangannya dan cucu pertama kami yang baru pandai menyebut "umi" dan "abi" pada saat beliau sedang bertarung menyiapkan diri untuk peperiksaan.Semalam langkah kakinya menaiki dewan CAC menerima segulung ijazah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh cukup membuat bonda menitis air mata. Kejayaannya cukup bererti buat kami sekeluarga kerana jalan yang ditempuh penuh ranjau dan pengorbanan luar biasa. Tahniah, anakku ….. juga SELAMAT HARI JADI moga umur panjang penuh barakah… terus berjuang dan berbakti kepada ummah.......
I am sure such a touching story is not uncommon in a university environment. Nor is it uncommon at school level as well.