MEMILIH PEMIMPIN


posted by Martinelli Hashim

No comments


Kita diberi peluang memilih pemimpin sekali lagi.


Sudah tentu akal yang tajam akan memilih hidup bersyariat. Mereka yang hidup bersyariat sudah tentu memilih pemimpin yang berusaha untuk menegakkan syariat. Pemimpin yang menegakkan syariat itu sudah tentu mempunyai sifat yang menghampiri peribadi Baginda Rasulullah saw pembawa syariat. 

Baginda saw. itu amanah dalam tugas  bukan menipu. Baginda benar dalam berkata bukan berdusta.  Baginda saw. menyampaikan ajaran yang benar kepada orang yang dipimpinnya dan membongkarkan kemungkaran yang merosakkan ummat. Baginda saw. memerintah penuh hikmah dan bijaksana membawa kemakmuran ke seluruh alam. 

Hikmah dan kebijaksanaan yang hakiki hanya dimiliki oleh pemimpin yang mengutamakan sujud dan tunduk kepada Allah lebih dari apa saja habuan dunia. Ia berani kerana benar takut kerana Allah. 

Amanah, siddiq, tabligh dan fathonah sifat pemimpin yang akan mampu memimpin kita selamat dunia dan akhirat. Negara selamat rakyat sejahtera.

Dengan istikharoh yang ikhlas dan doa memohon dikurniakan hikmah melihat kebenaran, InsyaAllah kita mampu membuat pilihan yang dengan pilihan itu kita tidak menanggung dosa yang akan dipersoalkan di padang masyar nanti.

Bersihkan hati, tajamkan akal, kuatkan iman ... dengan penuh kesedaran tentang tanggungjawab ummatik yang besar ini melangkahlah mengundi bakal pemimpin yang bakal membawa generasi kepada kehidupan yang dipenuhi rahmah Allah. 

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai