Archive for November 2012

KEZALIMAN SHIAH DAN ANAK MUDA SUNI YANG MASIH LENA


posted by Martinelli Hashim

1 comment

Petang tadi teruja dengan perbualan dengan seorang pensyarah dari Turkey yang sudi berkongsi pengetahuannya dengan saya tentang Shiah:

  • Shiah adalah agama missionary yang gigih menghancur sunni sedang sunni tidak mengajar pengikutnya untuk memburukkan shiah dan menganggap ia amat sensitif.
  • Ulama shiah mempelajari taktik daawah ulama sunni  tetapi ulama sunni tidak berusaha  untuk mempelajari fahaman shiah maka kita tidak hirau dengan perancangan mereka.
  • Di dinding masjid-masjid shiah ditulis doa-doa kutukan kepada para sahabat dan kutukan kepada mereka yang tidak mahu mengutuk para sahabat. Doa ini perlu dibaca oleh setiap yang datang.
  • Semasa Andulisia hampir jatuh, pemimpin Andalusia memohon bantuan dari pemerintah Uthmaniyah. Semasa bala tentera Islam sedang bersiap-siaga untuk bertolak ke Andalusia, pihak shiah bertindak menyerang tentera Uthmaniyyah dengan tujuan agar tentera Uthmaniyyah  tidak jadi membantu Andalusia kerana ditakuti kemenangan Andalusia akan menyebabkan seluruh Eropah akan memeluk Islam sunni. Mereka lebih rela Eropah menjadi kafir dari menjadi Islam sunni.
  • Isu Syria dan Palestine amat sukar diselesaikan tanpa menangani isu shiah yang sekarang adalah musuh besar Islam.
  • Satu-satunya faktor penyatu orang Islam di Malaysia adalah agama. Perpecahan politik akan lebih parah dengan bertambahnya pengaruh shiah di kalangan Orang Melayu.
  • Terdapat 150 juta orang shiah yang berada di seluruh tanah Arab dan mereka giat mengembangkan fahaman salah mereka.

Rakyat Syria masih dizalimi angkara Shiah. Iran tidak akan membantu Palestine dan kalau membantu pun ia adalah untuk kepentingan perkembangan shiah.

Sayu rasanya kerana saya pernah mengkagumi peribadi presiden Ahmaddin Nijat. Kita pernah mengharapkan Iran sebagai wira dunia Islam. Kenangan pengalaman manis di Iran beberapa tahun dahulu masih terbayang. Orang-orang mereka sangat baik dan peramah. Wanita samada Islam atau kafir diwajibkan pakai tudung apabila keluar. Penumpang bas lelaki dan perempuan duduk terpisah melalui pintu yang berlainan. Mereka berzikir beramai-ramai dalam bas. Suasana yang sangat jauh berbeza dengan negara sendiri. 

Kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat syria menghapuskan segala gambaran baik terhadap mereka.

Siapalah lagi yang boleh kita harapkan sebagai wira negara Islam?
Mampukah kita menjadi wira sedang anak-anak muda kita masih liat ke masjid, sedangkan musuh kita tahu yang mereka akan kalah hanya apabila masjid-masjid akan dipenuhi waktu solat subuh sebagaimana solat jumaat.

Apakah usaha kita sudah cukup setakat menulis doa dalam status facebook dan twitter sedangkan  doa yang banyak kita pohon adalah untuk diri sendiri. Mana mungkin anak muda kita mampu mengangkat senjata sedangkan untuk mengangkat selimut untuk solat subuh pun sudah tidak mampu.

Saksikan video ini. Anda akan mengalirkan air mata.

Perlahankan muzik di sebelah kanan atas muka surat ini untuk mendengar suara dari video ini.




Mereka menyambut panggilan Allah untuk berjihad..... "labbaik labbaik labbaik ya Allahu labbaik!!!" 

DOA ULAMA DAN QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTINE


posted by Martinelli Hashim

2 comments




Hati mana yang dapat menahan kesedihan melihat kezaliman Yahudi terhadap saudara kita di Palestine. Kita tidak mampu bersama mereka mengangkat senjata atau mengubat luka mereka yang dilumuri darah.  Namun kita masih mampu berdoa buat mereka. Kesakitan mereka adalah kesakitan kita juga. SEMOGA MEREKA TERUS TABAH DAN KUAT di medan jihad.    Aminkanlah doa ini dan sebarkannya. Tutup muzik di ruang sebelah kanan blog ini.






QUNUT NAZILAH
Bacaan qunut nazilah yang biasa di baca di masjid-masjid Malaysia

Dari blog Ust. Zaharuddin.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Dari blog Ustz Zaharuddin

Rezeki penuh barakah


posted by Martinelli Hashim

No comments



Pesan bonda buat anakanda yang mula bekerja hari ini, "Bila mula duduk di kerusi sebelum buat apa-apa, berdoalah mohon bimbingan dari Allah, mohon hikmah, mohon barakah dari rezeki dan lindungi dari segala yang menjejaskan barakah. Usah lawan ketua walau rasa benci ... kalau tak boleh bincang just tarik diri. 

Usah ambil hak orang lain, usah hasut orang lain untuk kepentingan diri.

Bantu dan senangkan orang lain bila ada peluang. Jangan sakiti orang lain. ... itu adalah asas kepada nilai insani. Moga usaha kita membantu ke arah kecemerlangan ummah

JANGAN BIARKAN DIRI RASA HEBAT


posted by Martinelli Hashim

2 comments

Pesan  buat anak-anak ibu , "Jangan biarkan merasa diri hebat, kerana ia akan membuat 
kita rasa sakit bila di nasihati; ilmu akan menjauh sejauh-jauhnya; manisnya ibadah tidak
akan terasa dan Allah amat mengutuk sikap itu.... akhirnya hidup sunyi tanpa teman, hati 
gelisah tanpa hidayah"

"Jangan biar diri rasa serba tahu, ia akan membuat orang lain terhenti membantu walau 
mereka tahu mudharat ada di depan kamu."

Mengkritik Dan Dikritik


posted by Martinelli Hashim

1 comment

Menerima kritikan bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri selalu memarahi diri setiap kali selepas menunjukan reaksi apabila dikritik.....  kritikan yang tidak betul tentunya.   Reaksi yang sememangnya berniat untuk mempertahankan diri  dan mahu memperbetulkan, tetapi kadangkala tanpa sengaja ia menjadi ter’over’.  ....mulut mengeluarkan keluhan panjang. Tanpa disedari terbawa-bawa menjadi umpatan. Akhirnya khusyu' dalam ibadah terganggu apabila merasa diri disaluti dosa sesama manusia.

Ah..... sikap yang perlu dihakis yang perlu banyak praktis.

Kata orang mereka yang sering dikritik itu adalah orang yang bekerja dan berfikir kerana orang yang diam tidak ada orang yang  peduli pun. Orang yang suka mengkritik pula adalah orang yang punya terlalu banyak masa maka dia menghabiskannya untuk mengkritik orang.

Kata orang wanita paling reaktif apabila dikritik maka kalau lelaki yang bersifat terlalu reaktif mungkin perlu meneliti kembali dirinya.

Kata pepatah Cina orang yang memuji itu adalah musuh kamu dan orang yang mengkritik itu adalah teman sebenar.

Kata ulama syukurlah apabila kita dikritik kerana mungkin itu adalah cara Allah menyampaikan pengajarannya  untuk mendidik hati kita. Sekurang-kurangnya didikan untuk bersabar sekiranya kritikan itu tidak betul.

Kata ulama kritikan adalah teguran yang hanya boleh dibuat setelah membersihkan niat dan lakukannya dengan penuh hikmah dengan tidak merasa diri lebih baik dari orang yang ditegur.

Kata pakar motivasi pemusnah utama dalam sesuatu hubungan dengan orang lain ialah kritikan. Teknik untuk memenangi hati orang lain ialah dengan mengelakkan dari mengkritik. Sakit yang paling menyakitkan oleh orang yang sensitif adalah apabila dikritik. Sifat yang paling sukar untuk ditanamkan adalah menerima kritikan dengan positif. Kemahiran dan ilmu yang sangat penting untuk kita miliki adalah teknik berkesan memberi dan menerima kritikan.

Kritikan sebahagiannya berasal dari prasangka maka kata Rasulullah saw.

 “Berhati-hatilah kamu dari berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Apabila melihat sesuatu perkara, manusia yang berjiwa kecil lebih cenderong menafsirnya daripada sudut negatif, maka menjadilah ia sebagai prasangka. Prasangka buruk melahirkan sikap buruk yang lain iaitu riak, ego dan pemarah yang membawa kepada perbuatan fitnah dan mengumpat. 


Peringatan Rasulullah saw:

"Sebaik-baik manusia ialah yang menahan lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain." 


Bagi mempertahankan diri, kita sering melanggar apa saja termasuk hak sahabat yang perlu dijaga maruahnya. Kita mengintai-intai perlakuan dan percakapan pihak lawan dan membuat gambaran dalam kepala yang dia sedang mengutuk kita. Lalu kita mengubah dan menokok tambah kata-kata sebenar dari pihak lawan tanpa menyedari kita sedang mencipta kebohongan dan fitnah. 

Hati menjadi panas dan fikiran dibodohi oleh diri sendiri. Jiwa menjadi kelam kerana terhijab dari cahaya kebenaran. Jiwa yang kelam mana mungkin dapat menerima hidayah Allah. 

Kita biasa orang menyebut, “Panas aku dibuatnya.”

Dari mana panas itu datang kalau  bukan dari iblis yang memang bersifat panas masuk ke dalam pembuluh darah kita. Kalau kita dapat bayangkan iblis itu wajahnya buruk dan menakutkan sudah tentu kita mahu dia keluar. Namun dengan jiwa yang sudah dikelami  bukan saja takut kepada Allah terpadam malah takut dengan gambaran  wajah buruk iblis yang yang sedang menggila dalam badan kita pun tidak ada. Ia ditukar dengan rasa enak melihat lawan kita lemah dan tersungkur dengan kata-kata kita. 

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”


Saya yakin sehebat manapun ilmu seseorang itu ia akan tersasar juga apabila orang lain takut mengkritiknya.  Setiap kritikan walau mungkin tidak benar perlu difikirkan sebaik mungkin tanpa menyerang orang yang mengkritik sehingga ia takut menegur lagi yang akhirnya kita kerugian. Belum tentu apabila kita berjaya bertegang urat dengan orang yang mengkritik kita  sebenarnya kita sudah menang. Apalah maknanya kemenangan yang begitu, Kita tidak tahu dalam kemenangan itu sebenarnya adalah malang yang ditimpakan apabila  Allah berhenti memberi pengajaranNya buat kita.

Apalah yang ada pada ego kerana dengan kepintaran iblis ia disering disalah gambarkan sebagai  maruah diri. Hakikatnya ia adalah riak yang menghapus amalan anak cucu Adam s.a.

Memang benar kritikan yang diterima dengan positf menjadi kunci utama bagi mencapai kejayaan dalam sebuah kehidupan.