Masa zaman kanak-kanak berkejar ke rumah jiran untuk tumpang
tengok tv sudah menjadi kebiasaan saya kerana ayah tidak mampu memiliki tv
sendiri. Cuma 2 kali seminggu yang ayah izinkan.
Little House on the Prairie, cerita kegemaran saya yang sukar untuk dilepaskan. Kisah kekuatan
sebuah keluarga dan pemandangan yang sangat cantik membuat saya mengimpikan
berada di tempat lapang sebegitu kerana kawasan tempat saya membesar begitu sesak tidak ada
tempat berlari macam dalam cerita itu.
|
Laura Ingals dalam Little House on the Prairie |
|
Ini bukan Nelli Oleson yg jahat, tapi Nelli Hashim yg baik, |
Watak Laura Ingals yang selalu dibuli Nelli Oleson yang jahat amat memberi kesan.
Tiba-tiba kali ini dalam perjalanan dari Cassablanca ke Marakech, Taufiq, jurupandu kami menawarkan untuk singgah di rumah
keluarganya di tengah ladang gandum dan barli di Astatte, tidak jauh dari Cassablanca……
Dari jauh sayup-sayup kelihatan rumah kecil dikelilingi ladang yang sangat luas..... masyaAllah, hati saya melonjak
kegembiraan. Tempat yang saling tak tumpah macam dalam cerita Little House On
the Prairie.
|
Banjaran Atlas yang indah |
Kami disambut oleh keluarga Taufiq yang begitu mesra. Rumah munggil berdididingkan simen berbumbungkan zing yang diletakkan jerami di atasnya. Lantainya tidak rata, tinggi rendah beralaskan karpet nipis. Rumah orang Islam desa Maghribi yang sebenarnya berasal dari Arab. Ia amat sederhana tetapi sangat bersih walaupun anak kambing biri-biri bernama Kamal dibiarkan saja keluar masuk ruang tamu.
Tiada hiasan-hiasan rumah yang menyemakkan mata kecuali
kerusi-kerusi sofa panjang yang digunakan juga sebagai katil.
|
Hamparan bunga daisy |
|
Lembu tenusu keluarga Taufiq |
Sebuah rumah yang mungkin sudah berusia lebih dari 100 tahun
dihuni oleh 4 generasi. Nenek Taufiq,Fatimah berusia 75 tahun, Ibubapa taufiq
yang mengerjakan ladang, Mustafa dan Asma', adik-adik Taufiq, isteri mustafa
dan anak comel mereka Rania tinggal se rumah dalam keadaan yang sangat harmoni.
Keadaan keluarga ini menggamit rindu keluarga sendiri di Malaysia yang hampir
sama kerana di rumah saya juga ada 4 generasi dengan 2 menantu tinggal bersama
kami.
Kami dijamu dengan roti dan ayam masak Tangine yang sangat enak....semua dari ladang. SubhanaLllah tidak pernah saya merasa roti sesedap ini.
Roti buatan sendiri yang gandumnya dari ladang sendiri. Minyak masak dari buah zaitun juga dari ladang sendiri yang dibuat oleh ibu Taufiq. Pokoknya makanan mereka hampir kesemuanya yang benar-benar terbaik dari ladang sendiri. ……aghhhh cemburunya saya. Subhanallah.
|
Ternakan biri-biri yang jinak |
Di rumah keluarga Taufiq ini ada ladang gandum, barli, ladang
zaitun dan tin. Ada lembu, kuda, biri-biri, ayam dan burung merpati. Di ladang
yang baru dituai ditumbuhi pokok bunga daisy putih dan kuning yang sangat
cantik.
Lembu tenusu yang gemuk-gemuk keluarga Taufiq boleh menghasilkan lebih 25 liter setiap perahan yang dijual ke koperasi pusat mengumpul susu tidak jauh dari ladangnya
|
Kamal kematian ibu sangat jinak |
Si kecil Rania, anak saudara Taufiq yang menjadi buah hati keluarga ini bebas berlari di
tengah-tangah ladang dengan anak biri-biri kesayangannya Kamal dan Salah yang
cukup setia dengan Rania. Terbayang cucunda Naufal dan Aslim yang tidak
berpeluang hidup sebebas ini di rumah kami.
Inilah pengembaraan yang paling menyeronokkan.
|
Si kecil Rania bermain dengan anak biri-biri kesayangannya bernama Salah |
|
Kamal yang tidak merasa dirinya biri-biri |
|
Ruang dapur yang kemas |
|
Kandang lembu |
|
Nenek Fatimah yang gembira menyambut kami |
|
Kamal minum susu, Salah tunggu giliran |
|
Nenek Fatimah mengidap oesthoporosis |
|
Ayah Taufiq baru pulang membawa biri-biri dari ladang |