MEMILIH IPT SELEPAS SPM


posted by Martinelli Hashim

9 comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Entry kali ini adalah sekadar perkongsian pengalaman menguruskan pengajian anak2 di IPT sekiranya boleh diboleh dimanfaatkan oleh mereka yang melalui proses memlih IPT untuk anak, adik atau diri sendiri. Ia hanya sekadar pengalaman peribadi yang belum tentu sesuai untuk semua orang. Sila perbanyakkan rujukan yang lebih 'reliable'.

Kasihan saya melihat pelajar2 yg tidak mendapat cukup bimbingan untuk memohon IPT mana untuk menyambung pengajian. Salah pilih semasa mengisi borang UPU akan menyebabkan permohonan mereka ditolak atau dihantar ke IPT lain yg tidak sesuai dg kehendak calon. Salah pilih semasa membuat keputusan apabila menerima tawaran boleh menyebabkan cita2 tidak kesampaian.

Ramai yg menyangka dengan deretan A dalam sijil akan menjamin mereka mendapat tempat dg mudah di mana2 u yang dipilih. Tanggapan yang salah dalam keadaan sekarang kerana persaingan adalah sangat tinggi. Ramai juga yg keliru dg tawaran belajar di luar negara.

Tidak banyak sekolah yang memberi pendedahan kepada calon2 SPM u mana yang sesuai untuk anak2 muridnya dan bagaimana cara memlih agar dapat apa yang diharapkan bagi mencapai cita2 mereka sesuai dengan keputusan yang diperolehi.

Mengetahu ‘study path’ adalah sama pentingnya dengan teknik belajar untuk skor A. Apalah guna keputusan baik tetapi salah memilih bidang.

Tambah kasihan lagi mereka mendapat info yang salah dari orang yang tidak mempunyai pengetahuan sebenar. Semalam saya terbaca dalam facebook anak saya tentang kekeliruan rakannya2 terhadapUIA hasil dari info yang salah yang diperolehi dari orang yang kurang arif dengan fakta sebenar.

Seolahnya2 mereka mengatakan, “Jangan masuk UIA. Kalau dapat tawaran luar negeri tolak UIA. Belajar di UIA lambat grad, program susah tapi tak diiktiraf, university tak establish, kena lulus bahasa arab, bahasa inggeris. Graduan tak bermutu dan susah dapat kerja.”
i. Mudah masuk UIA?
Tidak semudah yang disangkakan. Setiap tahun lebih 40,000 pemohon meletakkan UIA pilihan pertama. Pada masa ini beribu2 rayuan sedang diproses oleh bahagian kemasukan.

Pengalaman anak saya, Syakirah, yang mendapat SPM 9A+ dan 2A mengesahkan betapa susahnya untuk mendapat tempat belajar perubatan di UIA kerana dengan kelulusan itu beliau hanya layak untuk mengambil farmasi kerana ramainya pemohon dengan result straight A+ memohon perubatan UIA sebagai pilihan pertama dalam borang UPU . Bagi memastikan syakirah dapat UIA , semua pilihan dari yang pertama hingga ke 8 adalah UIA.

Dia dibolehkan bertukar kepada kursus perubatan nanti sekiranya keputusan semesternya tinggi atau ada yang menarik diri dari tawaran sekarang.
Pada masa yang sama calon lain yang mempunyai keputusan lebih rendah sudahpun mendapat tawaran belajar perubatan di luar negara.

ii. Tempoh belajar di UIA terlalu panjang?

Tidak benar. Program uia sebenarnya sama saja dengan IPTA lain malah lebih fleksibel. Mereka yang rajin dan bijak menentukan ‘study plan’ boleh tamat dengan cepat disebabkan semua pelajar boleh memilih subjek mengikut study plan yang diri sendiri menentukannya. Mereka yang lama grad mungkin kerana terpaksa extend sebab result kurang bagus atau menukar kursus atau sengaja mengurangkan beban dan belajar dengan suasana yang tidak terburu2 supaya pointer lebih cantik di penghujung pengajian.

Umur biasa seorang grad Sarjana Muda (Bachelor degree) dari IPTA adalah antara 23-24 tahun. Di UIA pelajar tamat belajar pada usia yang berbeza2. Pada tahun ini dua orang anak saya dan seorang menantu tamat belajar di UIA pada usia yang berbeza2. Hanafi, mengambil Bachelor in Aerospace Engineering, tamat umur 24 tahun tunangnya, Nurin, tamat Masters dalam Political Scinece umur 24 tahun sementara anak ketiga saya, Hazim mengambil Architecture tamat umur 21 tahun dan ketiganya2 akan convo srentak pada tahun ini.
Sementara menantu pertama saya, Iswandi dijangka grad pada umur 30 tahun kerana belajar di pesantren untuk sijil tahfiz dan kemudian bekerja sebelum masuk ke UIA.

Semasa di matrik Hanafi mengambil 2 tahun tetapi hazim hanya 1 tahun dan adiknya Hasif yg juga mengambil Engineering perlu 1 ½ tahun. Iswandi perlu mengikuti program Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab tinggi selama 2 semester.
iii. Program UIA terlalu berat?

Program UIA mungkin agak berat kepada sesetengah pelajar yang belajar semata-mata untuk mendapat ijazah. Pelajar perlu mengambil beberapa subjek tambahan yang wajib diikuti untuk memastikan mutu graduan UIA lebih terjamin dari segi pemikiran global, agama dan kemahiran hidup. Subjek2 tambahan itu adalah seperti Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran, Fardhu Ain, Usrah, kepimpinan, keibubapaan, BTN, Jatidiri, UNGAS, kemahiran’soft skills’ dll..Inilah sebenarnya subjek yang membantu meningkatkan keterampilan peribadi pelajar. Subjek yang sangat senang untuk score A.

Subjek2 berkenaan walaupun nilai kreditnya hanya antara 0 hingga 0.5 per semester tetapi dari hasil kajian yang dijalankan terbukti semua itu memberi impak yang tinggi kepada kulaiti graduan sebagai nilai tambah untuk bekerja nanti.

Program ko-kurikulum di IPT lain memberi 1 hingga3 kredit untk satu atau 2 semester sahaja tetapi di uia hanya o.5 per semester dengan jumlah 3 kredit untuk 6 semester. Setakat ini belum ada IPT lain yang ada 6 semester untuk ko-kurikulum wajib dan berkredit seperti UIA. Ini bermakna sepanjang tempoh 3 tahun pertama semua pelajar UIA didiik dengan pelbagai kemahiran bagi membina daya fikir mereka.

Walaupun ko-kurikulum berkredit sudah sedia berat kerana mereka perlu mengambinya selama 6 semester i.e 3 tahun, tetapi dari rekod yang ada didapati 88% pelajar juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum tidak wajib dan tidak ber kredit Ini merupakan satu rekod yang sangat tinggi. Ia menunjukkan walaupun dengan pengajian yang sudah sedia berat namun pelajar masih gigih terlibat dalam aktiviti yang tidak memberi tambahan kredit pun untuk ijazah mereka. Mereka melakukan secara sukarela.

iv. Graduan UIA susah dapat kerja?
Tidak benar. Dari rekod SPA didapati bahawa pengambilan gradauan UIA untuk PTD adalah yang tertinggi. Kajian employbility rate untuk menganalisa graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas graduasi, UIA juga memegang rekod yg tinggi pada masa ini.

v. Program UIA tidak bermutu dan tidak dii’tiraf?
Salah sama sekali. Mungkin ada orang luar tidak tahu bahawa semua program akademik UIA sebagai sebuah IPTA dikawal mutunya oleh Kementerian Pengajian Tinggi, LAN dan MQA. Laporan Academic Performance Audit tentang mutu program UIA oleh badan luar baru2 ini amat meba nggakan. Audit itu menilai bukan saja silibus tetapi juga pengurusan, kaedah pengajaran, kemudahan untuk pelajar, peralatan pelajaran, sukan, ko-kurikulum dan kessan pendidikan yg diterima oleh pelajar. UIA, alhamdulillah mendapat laporan yang sangat baik untuk semua itu dan setaraf dengan universiti maju di luar negara. Ini disebut sendiri oleh salah seorang auditor dari New Zealand.
Peralatan yang ada di kulliyyah perubatan dikatakan di antara yang tercanggih agar pelajar dapat belajar dengan baik.

Memang benar, dari segi program akademik, kehebatan universiti2 tertentu dalam bidang2 tertentu tidaklah dinafikan. Mungkin ada program2 tertentu universiti tertentu yang lebih hebat dari universiti lain. Seperti program undang2 sivil mungki UITM adalah bagus dari UIA tetapi program Undang2 Syariah pula UIA lebih bagus. Program tertentu dalam bidang kejuruteraan mungkin Univ. KL mungkin lebih bagus kerana lebih hands-on tetapi ada penilaian lain yang diperlukan badan korporat yang ada pada graduan mengikut penilaian syarikat masing.

Program perubatan UIA yang baru saja mengeluarkan beberapa batch doctor sudah mendapat maklumbalas yang sangat baik dari hospital2 yang menempatkan mereka. Malah pihak pengurusan beberapa buah hospital menyatakan kalau boleh biarlah ramai lagi doktor lepasan UIA yang datang . Maklumat ini dinyatakan sendiri oleh Prof Dr. Nasarudin

Yuran UIA untuk Engineering dan Architecture cuma RM8,700 sepanjang pengajian. Setelah melaluinya selama 4 tahun dengan anak2 belajar di UIA tanpa tajaan, sekarang mereka sudah pun tamat UIA tanpa hutang PTPTN dan tidak terikat dengan mana-mana pihk. Tambahan pula sebagai anak staf mereka dapat ‘discount’ 25% untuk yuran.

Kalau sekiranya mereka mengambil perubatan di luar negara, kerajaan membelanjakan RM1.2 juta dan akan terikat dengan kontrak selama 10 tahun kecuali memulangkan semula jumlah wang RM1.2 juta dan bunga kepada kerajaan apabila melanggar kontrak.

Saya rasa dengan cara ini saya dapat menyelamatkan RM 2.4 juta duit kerajaan dan wang yang sepatutnya dibayar kepada PTPTN setiap bulan oleh anak2 saya sekiranya mereka mengambil PTPTN boleh diberikan kepada adik2 yang masih belajar.

Dengan anak2 belajar di UIA mereka boleh membimbing adiknya2 belajar dan membantu ibubapa apabila diperlukan. Dalam usia yang semakin petang dengan adanya anak2 di sisi amatlah melegakan. Sekarang merekalah anak dan merekalah juga sahabat untuk berkongsi cerita dan membuat suasana rumah riuh rendah. Bila lagi masa untuk melayan ibubapa kerana setelah tamat belajar mereka perlu melayani suami atau isteri masing2 pula. Selama 5 tahun berjauhan dari ibu bapa semasa sekolah menengah asrama penuh rasanya sudah cukup lama, sekarang ditambah lagi belajar di luar negera. akhirnya tidak disedari masa bersama dan berbakti untuk ibubapa amat pendek dan tahu2 mereka pergi begitu saja.

Tidak dinafikan masih ada kekurangan yang ada di UIA dan masih ramai pelajar yang gagal untuk dibentuk dan kakitangan yang tersilap tapis semasa diterima masuk bekerja di UIA tanpa disiplin agama sehingga memburukkan imej Islam university ini, tetapi secara keseluruhan masih ’o.k’ lagi.

Namun saya masih menasihatkan calon-calon IPT supaya berhati2 dengan maklumat yang kurang tepat diberikan oleh mereka yang kurang arif dalam bidang akademik apabila memilih IPT.

Tidak benarlah kenyataan2 yang mengatakan UIA begitu teruk.
Saya katakan kepada anak-anak
"Tujuan utama belajar adalah untuk menuntut ilmu untuk menjadikan diri khalifah Allah yang lebih sempurna. Ilmu perlu dimanfaatkan untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Ilmu lebih sempurna kalau kita punya guru2 yang murabbi, ikhlas dan gigih mendidik. Akhlaq kita akan bertambah baik sekiranya kita dikelilingi orang2 yan berakhlaq baik. Kita akan teruja menambahkan pengetahuan agama apabila sekranya persekitaran kita ada suasana beragama. Insya Allah sedikit sebanyaknya suasana itu ada di UIA

9 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai