Andai ada sebuah kebaikan di hatimu, suburkanlah ia menjadi penawar yang menyenangkan setiap insan yang kamu temui. Kebaikan yang jitu yang sudah terukir di jiwa tidak dibatasi oleh mereka yang membencimu dan tidak pula terjejas dengan kejahatan yang dilakukan oleh mereka. Sabar dengan sikap manusia petanda kita menerima apa saja yang ditakdirkan oleh Yang Maha Agung yang mencipta manusia.
Rasa kasih dan belas kepada insan lain adalah anugerah Allah swt. Maka jagalah anugerah itu kerana ia adalah senjata yang mampu memadam dendam yang membara, melembut hati yang membatu, meruntuh ego yang melangit, membakar tamak haloba. Di saat kamu memiliki rasa kasih dan belas itu dunia tidak lagi menunjuk lagak menyuruh kamu mengejarnya.
Kata ulama orang yang baik hati itu pewaris syurga, inshaAllah.
Bersama mereka yang fakir di Kemboja |