Archive for February 2012

Kerja sebagai ibadah


posted by Martinelli Hashim

No comments


Kata-kata biasa dari kakitangan saya, "Sedihnya..."

Kata-kata itu merujuk kepada cabaran yang sering kami hadapi menggerakkan projek dakwah CENSERVE. Selepas berpindah ke pejabat baru, amat terasa kekangan yang terpaksa diharungi. Pejabat yang sempit yang penuh sesak apabila ramai pelajar datang. 

Pelajar-pelajar ini adalah para sukarelawan CENSERVE yang menggerakkan projek-projek daawah di merata tempat. Pejabat ini tempat mereka berkumpul, berbincang dan mendapat maklumat terkini tentang projek masing-masing. Adakalanya sehingga 5 atau 6 kumpulan berbincang dalam satu masa yang kadang-kadang membawa hingga ke malam.

Di pejabat inilah juga tempat mereka membuat taklimat atau latihan pada hujung minggu.

Malangnya dengan pejabat yang kecil sekarang tidak membenarkan mereka melakukan seperti dulu.
Kemudahan pejabat yang terlalu sederhana, hanya kemudahan yang amat asas.

Sayu rasanya apabila melihat mereka sama-sama mengangkat meja dan kerusi yang tidak dipakai oleh pejabat lain. Namun semua itu tidak melemahkan semangat mereka bekerja.

Semasa saya menyatakan rasa sedih melihat pegawai saya yang terpaksa duduk di ruang pejabat yang sempit, tidak setaraf dengan jawatannya, beliau hanya senyum,"Kalau bilik lebih kecil dari ini pun saya boleh." Inilah pegawai saya yang memang layak dianugerahkan 'Best Staff of the Year 2011", anugerah tahunan UIA semasa Quality Day.

Saya merasa amat bertuah mempunyai kakitangan yang sangat setia dan tidak berkira tenaga dan masa. Alhamdulillah, sejak bertahun-tahun, saya belum pernah mendengar kakitangan saya mengeluh dan tidak ada yang minta ditukarkan ke jabatan lain. Keceriaan mereka bekerja walaupun tugas yang bertimbun membuat saya kuat. Semangat berpasukan luar biasa dan saling memahami ini bagi saya faktor terpenting untuk menggerakkan projek dakwah kerana semangat itu turut mengalir kepada pelajar-pelajar yang kami didik.

Saya teringat, lebih sepuluh tahun dahulu sahabat saya, seorang pegawai di pejabat Amanah Ikhtiar  yang agak tinggi juga jawatannya meminta saya kalau UIA ada kerusi, meja yang 'tak pakai' dia mahu ambil untuk digunakan dipejabatnya. Seorang yang sangat zuhud yang tidak sewenang-wenangnya menggunakan wang pejabat untuk membeli barang walaupun untuk keperluan pejabat membuat saya amat kagum. Beliau selesa dengan ruang pejabat yang kecil tanpa perabot-perabot mahal. 

Mereka adalah insan-insan yang memegang konsep bekerja sebagai ibadah bukan bermegah-megah.. 

Ada nilai yang begitu berharga di sebalik semua itu.
  • Harta pejabat bukanlah harta kita kerana dia dibeli dengan wang milik awam yang diamanahkan untuk kita menggunakannya dengan baik.
  • Kadang-kadang kita dikaburi oleh iblis yang menyuruh bermewah-mewah dengan hiasan pejabat  atas alasan "jaga imej" sedangkan kita lupa imej kita akan musnah dengan kesombongan menunjukkan kemewahan hasil menggunakan duit rakyat.
  • Kita akan merasa lebih kuat apabila sering melalui kesulitan.
  • Usah menganiya orang lain dengan kekasaran kata-kata atau perbuatan kerana kita tidak tahu mungkin orang yang kita aniaya itu adalah kekasih Allah
  • Bersabar dengan penganiyaan orang lain mempunyai hikmah yang sangat besar.
Tulisan ini bukan untuk menagih simpati tetapi sebagai sebuah i'tibar.

Kelahiran


posted by Martinelli Hashim

No comments


Tulisan yang saya ambil dari facebook.

10 Fakta Tentang Kelahiran

1.    Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2.      Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3.      Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4.      80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5.      Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6.      Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7.      Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8.      Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9.      Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10.  Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

p/s : Sanggupkah kita masih mempunyai niat utk membuang anak? Sesungguhnya Allah maha penyayang dan mengasihani umatnye. Betapa pengorbanan ibu/isteri yg melahirkan bayi itu besar ganjaranya.