Archive for November 2011

Mereka Yang Saya Cemburui


posted by Martinelli Hashim

2 comments



Dulu saya mencemburui nenek saya yang cacat sebelah mata, hidup melalui seribu rintangan tetapi sangat tabah. Setiap hari sentiasa solat 5 waktu di masjid. Malamnya dihidupkan dengan tahajjud. Dengan badan yang sudah bongkok, masih gigih ke masjid lebih awal dari orang lain. Solat di ruang yang sama sejak muda, di belakang sebuah tiang berukir yang menjadi saksi istoqomahnya nenek solat di situ. Kata nenek kalau tiang itu boleh bercakap dia akan bercerita bagaimana saya tidur di balik tiang itu waktu kecil semasa menunggu nenek selesai solat zohor dan asar. Saya cucu yang paling setia mengikut nenek ke masjid masa zaman kana-kanak. 


Waktu siang nenek banyak dihabiskan menjaga cucu dan membantu  pelajar sekolah pondok. Kasih beliau kepada penuntut ilmu cukup luar biasa walaupun beliau tidak pernah sekolah. Walau mempunyai hanya sebelah mata saja beliau amat gigih membaca Qur'an setiap hari. Perkataan yang keluar dari mulutnya hanyalah kata-kata nasihat selain zikir. 

Saya juga mencemburui kenalan saya seorang pegawai tinggi kerajaan yang setiap waktu rehat tengaharinya dipenuhi dengan kerja amal. Dia akan meninggalkan kerja lain dan beralih kepada menguruskan  perancangan kerja da'wah beliau pada saat orang lain berseronok menikmati hidangan makan tengahari. Hujung minggunya dihabiskan untuk berdakwah ke kampung Orang Asli atau melatih remaja hidup sempurna.

Saya mencemburui seorang wanita  yang sejak mudanya sangat bersungguh-sungguh memberi layanan terbaik buat suaminya. Saya masih terbayang melihat beliau menunggu suaminya di luar bilik air sambil memegang baju tidur suami yang siap bergosok licin. Begitulah yang dilakukan setiap hari. Urusan anak-anak adalah kedua selepas urusan melayan makan-minum dan segala keperluan suami. Kelembutan, budi bahasa dan ketenangannya melayan kerenah anak cucu amat luar biasa. Setiap yang datang bertamu ke rumahnya akan dilayan dengan sangat baik tanpa mengira status tetamunya.

Saya juga cemburu dengan seorang anak muda yang pernah saya didik di CENSERVE kini  sangat aktif  melakukan kerja kemanusiaan dengan  penuh semangat, profesional dan bertanggungjawab. Dan yang paling saya kagumi adalah sikapnya yang sentiasa positif dan tidak pernah mengkritik siapa saja atau apa saja. Apabila bercerita tentang kawan-kawannya hanyalah cerita berbentuk pujian. Walaupun sudah banyak pengalaman di arena antarabangsa tetapi masih merendah diri. Kehebatan budinya membuat saya begitu kerdil.


Saya cemburu dengan seorang sahabat saya yang meninggalkan jawatan tinggi semata-mata untuk menjadi aktivis kemanusiaan. Kehebatannya dikagumi orang tetapi beliau akan menjauhkan diri dari orang yang suka menyanjung dirinya. Walaupun sudah melatih ramai orang namun tiada seorangpun anak didiknya yang taksub dengan dirinya.

Saya juga mencemburui anak saya semasa berumur 9 tahun  pergi bertemu gurunya sehari selepas mendapat tahu dia mendapat nombor 1 dan sahabatnya nombor 2 dalam peperiksaan. Dia mendapat tahu ibu sahabatnya itu tidak puas hati dengan kedudukan anaknya mendapat nombor 2 dan meminta guru itu meneliti kertas-kertas anaknya. Anak saya  merayu kepada gurunya menukarkan kedudukannya dari no 1 ke no. 2 dengan mengatakan, "Cikgu bagilah nombor 1 tu pada Arif. Kesian mak dia susah hati Arif tak dapat nombor 1. Biar saya nombor.2 , tak apa, saya tak kisah." 
Cerita ini diberitahu oleh guru tersebut kepada saya. Hari ini dia sudah dewasa dan masih begitu, sentiasa beralah kepada sesiapa saja. Dia yang tidak pernah mengeluh, jauh sekali dari menyusahkan orang lain....subhanaLlah.

Saya cemburu kerana  mereka punya hati yang sangat mulia, bersih dari hasad dengki dan meletakkan kepentingan orang lain lebih dari diri sendiri. Bayangan mereka memberi motivasi kepada saya pada saat-saat saya tersasar dalam bermuamalah.


Rasul s.a.w. bersabda: Tidak ada cemburu yang dibenarkan kecuali terhadap 2 orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam. (Sahih Muslim)


Siapa yang anda cemburui dalam hidup anda? Jom kongsikan di sini untuk kita sama-sama dapat manfaatnya.

KEMAHIRAN BERFIKIR ANAK MUDA MELAYU


posted by Martinelli Hashim

No comments


Bersama Tony Buzan
Menghadiri International Seminar On Thinking, bidang yang amat menarik dan saya merasa agak asing kerana peserta lain adalah mereka yang berkecimpung di bidang tersebut secara profesi. Kehadiran Edward De Bono, Tony Buzan dan lain-lain tokoh terkenal dunia cukup mengujakan.  Berpuluh-puluh kertas kerja dibentangkan. Semuanya berbicara tentang 'berfifkir', perkara yang sangat penfing  dalam diri setiap manusia tetapi amat jarang diberi tumpuan oleh orang awam terutama orang awam Melayu.

Rata-rata kita hanya berfikir berasaskan pemahaman, ilmu, kemahiran, pengalaman dan suasana yang terbatas. Anak muda kita hanya disogokkan dengan pembelajaran untuk lulus peperiksaan. Keletihan berfikir untuk akademik yang sempit membuatkan mereka  tidak mampu mengalihkan minda berfikir perkara yang lebih mencabar. Ketakutan kepada peraturan menghambat keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru.


Tiadanya budaya membaca membuat kita tertinggal bertahun-tahun ke belakang.   Kurangnya ilmu dan kemahiran, anak muda kita tidak mampu berhujah dengan bernas dalam menangani sesuatu isu. Mereka hanya hebat mengutuk dari belakang atau dalam laman sosial.

Pembentangan oleh Edward  De Bono
Kesannya adalah anak muda Melayu akan terus malas untuk menambah ilmu lalu menjadilah mereka manusia yang mudah taksub kepada seseorang atau kumpulan serya bergaduh sesama sendiri kerana hal-hal yang remeh-temeh.

Dari TADIKA ke Universiti pemikiran anak-anak dikongkong dengan pelabagai peraturan, budaya, politik dan kepercayaan salah yang membantutkan minda. Kita lupa  akan anugerah Allah yang memberi otak yang hebat untuk kita bebas berfikir, tiada langit pembatas kecuali batas shariah dan batas adab kemanusian. 


Kita lupa anugerah pahala dari Allah untuk mereka yang berfikir.

Dikatakan anak muda Israel dan Singapura adalah anak muda yang memiliki 'competency index' tertinggi. Mereka mempunyai daya pemikiran kritis yang tnggi.

Dikatakan bahawa ada sebuah ensiklopedia yang menerangkan Orang Melayu itu adalah satu kaum yang malas berfikir, suka bersenang-senang, suka melatah dan mengamuk sehingga perkataan 'amuk' diterima sebagai perkataan antarabangsa yang berasal dari perkataan Melayu. (Maklumat dari satu rancangan radio). 


Tidak perlu kita melenting apabila orang melihat kita sebegitu rupa, sekalipun ia tidak benar. Kita ada tanggungjawab untuk membina bangsa yang mampu berfikir.


Seharian berdepan dengan pelajar IPT, anak-anak muda yang seharusnya berfikiran terbuka dan maju ke depan, tetapi masih ramai yang hanya menunggu orang lain menyuapkan segala-galanya untuk mereka. Akibatnya mereka tidak mampu berfikir secara orang dewasa yang matang dan berjiwa besar.

Saya terfikir sendiri, sudahkah sebenarnya kita menyediakan:
  • suasana yang mencabar untuk anak muda kita berfikir?
  • suasana yang menyeronokkan untuk mereka berfikir dan berinovasi tanpa kongkongan peraturan, budaya, kepercayaan dan politik sempit?
  • bimbingan teknik berfikir secara bersistem, lateral, kritikal dan analitikal agar mereka ada kemahiran untuk berfikir secara matang dan berkesan?
  • peluang yang luas untuk mereka melaksanakan hasil pemikiran?
  • bimbingan adab melaksanakan apa yang difikirkan?
Hidup yang diselubungi keselesaan tanpa cabaran membuat anak muda kita terlena. 


Jiwa yang rapuh mana mungkin menyelamatkan ummah. Hidup berpuak-puak mana mungkin mampu menghadapi lawan. Hati yang mudah merajuk mana mungkin mampu berdepan dengan cabaran besar. Malangnya itu yang selalu ada pada anak muda Melayu.

PESAN IMAM HASAN AL-BANNA


posted by Martinelli Hashim

1 comment


Sedih melihat banyaknya pertelingkahan antara sesama Islam termasuk mereka yang berada dalam jalan daawah. Kita sering lupa adab  apabila kita berbeza.
Tiba-tiba teringat kembali perkara-perkara yang sering diulang-ulang dalam usrah masa saya muda dulu iaitu wasiat Hassan Al-Banna.

10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak daawah (disalin dari sebuah blog yang saya terhilang alamatnya) :
  1. Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengara adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
  2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau membazirkan  waktumu dalam menyelesaikan masalah yang tidak bermanfaat.
  3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
  4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam  pembicaraan sebab ia tidak akan mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.
  6. Jangan banyak bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh.
  7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang yang mendengar.
  8. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau pertubuhan lain  atau melukai perasaan orang lain dalam bentuk apapun. Usah berbicara kecuali yang baik.
  9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
  10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya kesuntukan waktu, maka manfaatkanlah waktu yang ada dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.

Pesannya lagi:


“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya. 

Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan. 

Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan  pertimbangan akal, sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu. 

Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”

Dari tulisan saya:
Pesan Imam Hasan Al-Banna masih relevan. Anak-anak muda yang bergiat dalam jalan dakwah perlu faham bahawa kita baru saja melewati zaman yang dipanggil ledakan informasi. Kita  lemas apaila tidak pandai berenang di dunia informasi itu. 

Di depan kita kini adalah zaman yang dipanggil, 'The Age of Inteligence." Iaitu zaman Bijak. Ummah akan hancur sekiranya anak muda tidak bersedia. Anak muda kita akan tenggelam dalam Zaman Bodoh sekiranya kita gagal mebawa mereka ke Zaman Bijak itu.

Perpecahan jemaah adalah suatu malapetaka ummah. Taksub kepada kumpulan akan menutup minda, membunuh jiwa merdeka dan menghiris ukhwah sebenar sesama seagama. Kita tidak mengejar 'group victory' tetapi membina 'ummatic victory'. Apakah bukan dosa namanya berlaku tidak adil kepada rakan seagama dengan mengenepikan mereka yang berlainan fikrah semata-mata dia dari jemaah berbeza. Kita terlalai dari memahami erti sebenar taaruf dan ukhwah. Daawah itu inclusive bukan exclusive. Kita mendekati bukan membina jurang. Kita lupa wahdatul aqidah lebih utama dari wahdatul fikr.  Jemaah yang berbagai nama itu hanya uslub, tunjangnya adalah  shariat. Berbaik sangka, mencintai sahabat itu termasuk dalam shariat dan berdosa jika dilanggar.

ARTIKEL BERKAITAN

1. DI MEDAN JIHAD INI
2. JANGAN GADAI UMMAH
3. DUNIA BUKAN MILIK KITA
4. MENJEJAK MUJAHID TULIN DI TAMAN ILMU DAN BUDI
5. KITA YANG DIANCAM DOSA
6. SEBUAH KESAYUAN
7. MAHASISWA YANG TIDAK DAYUS
8. KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?
9. MINDA YANG TERKUNCI
10. PEJUANG MUDA DI TAMAN ILMU DAN BUDI
11. BERDAAWAH DI SINI KETIKA INI
12. DI SAAT MEREKA BERGELUMANG DOSA
13. BUANG BAYI?
14. LAUNGAN AZAN DI RUMAH PANJANG
15. ZINA YANG BERLELUASA
16. JIWA YANG TENANG

Benci Malaysia ? Siri 1: Tercalarnya Ukhwah Antara Dua Bangsa Serumpun


posted by Martinelli Hashim

3 comments


Kesal yang tidak terhingga melihat media Indonesia menghasut rakyat membenci Malaysia. Malang sekali mereka yang berpelajaran tinggi juga turut terhasut. Setiap hari tv dan akhbar tidak henti-hentinya memprovokasi rakyat dengan cerita-cerita sensasi yang mengapi-apikan perasaan . Tidak ada siapa yang  muncul memberikan fakta sebenar. Berita-berita berat sebelah yang tidak memberi  peluang langsung untuk mengajak minda rakyat agar berfikir secara rasional. Kesemuanya dikatakan atas semangat patriotik.

Kalaulah Pak Hamka masih hidup
Usah ditanya penghinaan kata cerca di dalam blog, facebook dan laman sosial yang lain. Kalau rakyat Malaysia ikut emosional, Allah saja yang tahu apa akan terjadi.




Perlukah sebenarnya kita saling membenci?
Siapakah yang kita benci itu? Siapa lagi kalau bukan saudara seagama, serumpun yang wajib disayangi. Allah Maha Penyayang, siapa kita untuk membenci makhlukNya?


Siapa yang menghasut kita menjadi benci? Siapa lagi kalau bukan  musuh agama yang tidak mahu orang Islam itu aman damai.


Apakah yang membuat kita jadi benci? Isunya adalah isu terpinggir yang dilakukan individu bukan dilakukan oleh seluruh masyarakat atau wakil mereka. Bencilah individu itu kenapa semua yang perlu kita benci?


Kerana apa kita membenci? Tidak lain kerana fikiran kita dimanupulasi dan jiwa kita dikotori oleh iblis laknatullah.


Apakah kesan dari kebencian kita itu? Ummah akan hancur dan kita diselubungi dosa yang amat besar. Di mana akan kita letakkan generasi pewaris kita nantinya apabila tidak ada lagi tempat yang selamat untuk mereka.  
.
Amat dikesalkan apabila para budayawan, cendikiawan dan pendakwah Indonesia yang hebat-hebat hanya membisu dari menyatakan fakta sebenar. Mereka tenang saja melihat orang awam terus dihasut sehingga semangat kebencian semakin berapi-api atas  nama patriotisma. Di manakah  mereka untuk menyuruh ummah mengingat kembali ajaran agama bahawa saudara seIslam itu adalah satu badan. Kalau satu anggota sakit, seluruh badan akan merasa sakitnya. Kenapakah mereka tidak berusaha untuk melakukan sesuatu bagi menghalang dua bangsa serumpun ini hancur? 


Amat mudah membakar semangat kebencian menggunakan sentimen bangsa atau negara tetapi terlalu sukar memperbaikinya apabila sudah hancur.


Siapakah yang untung apabila keduanya berantakkan kalau bukan orang kafir yang mahu kita berpecah.


Kalaulah Buya Hamka masih hidup sudah tentu beliau akan menangis melihat kita begini.

Sebagai rakyat biasa siapa yang tidak sayangkan negaranya.  Namun sayang kepada negara tidak harus mendahului sayang kepada agama dan saudara seIslam. Kita sebangsa yang hanya dipisahkan oleh geopolitik tetapi masih terikat dengan kalimah Lailahaillah. Kalimah suci ini seharusnya mengingatkan kita agar sentiasa berpegang di tali Allah. Kalimah ini juga yang membantu kita agar berhati-hati dengan hasutan iblis yang mahu kita bermusuhan sesama sendiri.


pengalaman saya di Jakarta dan Bandung di mana saja akan ada suara yang begitu lantang mencerca Malaysia. Kalau mereka yang sudah matang juga ikut terhasut apalagi anak muda yang berdarah panas. Bagaimana mungkin rakyat biasa tidak termakan dengan hasutan kalau setiap detik ia dimainkan di tv, radio dan akhbar. Secara psikologinya dikatakan sebuah cerita bohong akan saja dipercayai benar apabila ia diulang-ulang lebih 10 kali. Ini bukan lagi 10 kali tetapi beratus-ratus kali sehari. 


Tanyalah diri kita begitu rapuhkah iman kita sehingga menerima saja fitnah yang ditaburkan agar kita bertelingkah?


Kalau anda ke Indonesia anda akan melihat sendiri bagaimana jahatnya tindakan media-media ini. Setiap kali membuka tv  akan ada provokasi benci Malaysia melalui sentimen seperti pembantu rumah didera, lagu dicuri, tarian dicuri, pulau dicuri dan segala cerita yang tidak masuk akal saya sebagai orang yang sudah hidup lebih 40 tahun di Malaysia. Malangnya semua itu masuk ke dalam fikiran rakyat Indonesia yang rata-rata tertipu dengan media yang begitu jahat dan tidak beretika. Provokasi sebegini tidak pernah ada di tv Malaysia.


Perang Iran Iraq...inikah yang kita mahu?


Kebebasan bersuara disalahgunakan. Media mungkin bebas tetapi fikiran rakyat menjadi tidak bebas untuk berfikir secara rasional. Minda mereka dikuasai oleh media yang tidak beretika.


Buat mereka yang masih ada sedikit pertimbangan,tanyalah diri anda  secara jujur apakah kebencian yang cuba ditanamkan oleh musuh ummah itu harus anda terima semuanya? 

Syukur Alhamdulillah, rakyat Malaysia rata-rata masih bertahan bersabar dengan segala penghinaan yang dilakukan ke atas negara tecinta.  Syukur Alhamdulillah media Malaysia tidak pernah mengapi-apikan minda rakyat Malaysia bagi menyerang balas. Bayangkanlah sekiranya sekali saja  bendera Indonesia dibakar atau lagu Indonesia Raya dicerca seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Indonesia terhadap bendera Malaysia dan lagu Negaraku, apakah yang akan dilakukan oleh rakyat Indonesia?


Rakyat Malaysia amat yakin bahawa rakyat Indonesia tidak bersalah dan yang bersalah adalah media tali barut Yahudi yang mahu menghancurkan kita.


Bayangkanlah pada saat kedutaan Malaysia di Jakarta dilempari najis pada bulan Ramadhan, lebih sejuta rakyat Indonesia menikmati kehidupan yang aman mencari rezeki di Malaysia dan mereka sama-sama dengan rakyat Malaysia solat tarawih di masjid-masjid di negara yang dituduh jahat ini. Tiada lemparan balas najis oleh mana-mana rakyat Malaysia ke atas kedutaan Indonesia. Tiada Sang Saka Merah Putih yang dibakar. Tiada sweeping Indonesia. Tiada satu pun media Malaysia yang memburukkan Indonesia. Orang Malaysia hanya menggelengkan kepala dan paling kuat pun sekadar melepaskan perasaan dalam media sosial. Sayangnya suasana begini dan kesabaran orang Malaysia tidak diketahui oleh mereka di sana.


Tuduhan orang Malaysia angkuh, sombong, maling itu saja yang diulang-ulang. Soalnya orang Malaysia yang mana yang angkuh, sombong dan maling itu. Kalau ada itu adalah invidual dan sifat itu ada pada semua bangsa di dunia. Masih ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia.


Berapa bilion ringgit yang mengalir dari Malaysia ke Indonesia saban tahun? Berapa ramaikah rakyat Indonesia yang berpeluang menjadi orang kaya di Malaysia? Pokoknya kita saling memenuhi. Indonesia ada tenaga kerja yang bagus dan Malaysia ada peluang kerja untuk diisi. Indonesia ada kepakaran dalam berbagai bidang tertentu dan Malaysia ada kepakaran dalam bidang tertentu yang lain. Musuh yang mana bisa senang dengan keadaan ini...maka mereka terus meniupkan kebencian sesama kita.

Kita dapat merasakan adanya  agenda jahat musuh yang mahukan kedua negara seagama bersengketa seperti yang mereka lakukan terhadap Iran dan Iraq, seperti Sudan Utara dan Sudan Selatan dan negara-negara Islam yang lain yang akhirnya hancur sehancur-hancurnya. Indonesia negara Islam terbesar dan perkembangan dakwahnya semakin rancak. Malaysia negara jiran yang paling rapat dari segi sosio-budaya serta ekonomi. Mereka adalah saudara sebudaya yang saling bantu-membantu. Keutuhan perpaduan mereka akan menghalang agenda jahat musuh Islam.


Mana mungkin Yahudi boleh membiarkan saja keharmonian ini.


Bersatulah kerana kita saling memerlukan.

BERSAMBUNG DI ARTIKEL YANG AKAN DATANG.....

Sebuah monolog


posted by Martinelli Hashim

No comments


Sudah beberapa hari saya semakin membayangkan untuk bersara dari tugas. Keinginan untuk menjadi aktivis bebas semakin menggamit. Adakalanya saya malu sendiri dengan kawan-kawan yang lebih aktif berdakwah sedangkan saya masih berada di menara gading dengan kekangan yang kadang-kadang terasa begitu menyesakkan nafas.
Adakalanya saya terfikir untuk berundur dan memberi peluang orang lain untuk menggerakkan CENSERVE dengan lebih sempurna. Mungkin saya sudah terlalu lama dan idea sudah usang sedangkan CENSERVE perlu  diberi nafas baru.
Namun apabila melihat anak-anak didik gigih bekerja atau ada situasi yang menyuntik semangat, keinginan untuk berkhidmat untuk universiti demi ummah datang semula.
Pengalaman hari ini telah  mengetuk sedikit hati saya. Pagi tadi saya diminta bertugas sebagai ahli panel temuduga kenaikan pangkat kakitangan UIA Kuantan. Tugas yang tidaklah begitu berat tetapi tanggungjawabnya amat besar...memberi peluang untuk kakitangan yang paling  layak untuk naik pangkat. Ya Allah bantu kami menjalankan tugas seadil-adilnya.
Saya tergamam, calon-calon yang ditemuduga adalah kakitangan yang  hebat-hebat belaka, MasyaAllah. Hebat  bukan saja  kemahiran kerja, tetapi juga sahsiah,  komunikasi, kesetiaan terhadap universiti malah yang lebih memeranjatkan apabila saya bertanya tentang kelebihan masing-masing berbanding dengan calon lain, semuanya memberi jawapan yang sama iaitu  kawannya lebih baik dari dirinya.


Saya kagum dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Keikhlasan mereka bekerja cukup terserlah. Mereka datang temuduga kerana arahan ketua. Malah ketua yang membawa mereka dengan kereta sendiri ke Gombak untuk menjalani temuduga. Subhanallah...ketua yang hebat menghasilkan kakitangan yang hebat.


Mereka hanya kakitangan biasa yang tidak dikenali, tetapi jiwa mereka sangat luar biasa. Inilah di antara faktor  kenapa pelajar yang dihasilkan oleh kulliyah perubatan UIA Kuantan begitu hebat. Dari kakitangan bawahan hinggalah ke Dekan, semua menjaga amanah tugas dengan sebaiknya.


Selepas sesi temuduga selesai, saya malu dengan diri sendiri ....saya bermonolog.... Sudah cukup sempurnakah diri yang kerdil ini menjalankan tugas selama ini? Berapa banyakkah amanah yang tidak tertunaikan? 


Allahu akbar!!!!Faghfirli ya Allah.



Di Suatu Pagi Yang Dingin


posted by Martinelli Hashim

2 comments



Dari jendela kamar
Sudah 6 tahun tinggal di Ulu Gombak ini. Sebuah rumah yang masih dikelilingi hutan. Di depan bukit, di belakang sungai yang kadang-kadang  airnya amat deras dan kadang-kadang lembut mengalir membawa daun-daun kayu. Tidak jauh dari rumah kami ada kampung Orang Asli.







Rumah yang dihuni oleh 4 generasi termasuk ibu, kami suami isteri, anak-anak, menantu dan 2 orang cucu adalah pondok impian kami sejak mendirikan rumahtangga 28 tahun yang lalu. Ia merupakan  lambang kasih yang dibina selepas perkahwinan. Kami masih yakin dengan 'extended family' dan anak menantu masih rasa selesa tinggal bersama menikmati siuasana riuh rendah apabila semua pulang ke rumah. Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa.

Halaman rumah kami sering diziarahi mergastua yang tidak diundang. Ada monyet, ada burung dan sesekali 'pak B' hutan menyelongkar ubi kayu di belakang rumah. Ini tempat mereka dan kami adalah pendatang. Kicauan burung dan semerbak bau bunga jasmin amat menyegarkan pagi-pagi kami di sini.  
Dari anjung belakang

Pagi ini selepas pulang dari surau, kedengaran bunyi hujan yang tiba-tiba turun mencurah-curah. Moga-moga ini adalah hujan rahmat buat seisi bumi. 


Sudah lama tidak punya kesempatan merenung keluar jendela agak lama. Di sana ada bukit dan pokok-pokok yang menyejukkan pandangan. Pemandangan yang indah ini adalah anugerah Allah yang tidak semua orang dapat nikmati.  


Dinginnya pagi ini mencucuk hingga ke tulang. SubhanaLllah.. 


Pokok jasmin
Teringat kata-kata ustaz dalam tazkirah subuh minggu lepas. Manusia disuruh berfikir tentang alam dan penciptaannya, tetapi kita penuhi fikiran dengan dunia dan kemanisannya. Kita tinggalkan suruhan Allah dan terikut suruhan nafsu dan iblis.




Curahan hujan dan kedinginan pagi ini membuat saya berfikir sebentar.

Bagaimana mungkin kita boleh berfikir seperti yang disuruh sekiranya kehidupan kita hanya sekadar untuk diri sendiri. Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah zarah yang kecil di alam cakrawala. Pada zarah yang kecil inilah kita mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui. Semakin kita membina syurga di dunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita.

Kita juga sering lupa bahwawa pada zarah yang kecil ini dan masa yang begitu pendek inilah titik penentu di mana tempat kita yang kekal nanti.

Kita sering lupa walaupun dunia ini begitu kecil tetapi ianya tidak terlalu kecil untuk mendidik diri menjadi manusia berjiwa besar….hanya kita saja yang sengaja menyempitkan jiwa dengan urusan dunia melalui sifat tamak haloba.

Masa yang Allah beri begitu pendek untuk kita hidup di dunia, tetapi ianya tidaklah terlalu pendek untuk kita menabur budi kepada mereka yang memerlukan.Terlintas dalam fikiran saya,   
"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"


matahari hanya sebesar zarah di sini, apalagi bumi

Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah


posted by Martinelli Hashim

No comments


gambar dari http://www.freakingnews.com

Ruginya kita yang sering menjadi mangsa  "sekali air bah, sekali pasir berubah…"
Bahnya sangat kerap sehingga habis pasir yg bagus turut hanyut. Tinggallah hamba rakyat  terkapai-kapai menyelamatkan sisa-sisa bah itu.

Sedih mendengar rakan-rakan yang mendapat jawatan baru berkata,”Now under my leadership, I want to change everything. It’s going to be a complete change. If they are not happy they can go….Aku nak ubah semua. …” 

Bukankah itu bongkak namanya. Dengan  rasa bangga dan tidak prihatin mereka melakukan 'tsunami' organisasi.

Tanpa mereka sedari mereka sedikit sebanyak melayan rasa bangga diri yang merosakkan iman. Mungkin saja ramai hati-hati yang terluka kerana sudah tentu di antara mereka ada yang yakin bahawa tidak semua yang lama itu tidak baik berdasarkan pengalaman yang sudah dilalui. Tetapi siapa yang berani melawan ketua? Tidak semua ketua boleh menerima teguran tanpa prejudis.

Tetapi itulah sikap rata-rata pemimpin Islam yang dapat jawatan baru. Perubahan tanpa kajian terperinci amat memudharatkan organisasi. Mengenepikan padangan orang lain tanpa cuba memahami adalah satu kerugian. Berlagak pendekar tanpa hikmah adalah bencana. Bertindak untuk mendapat pujian adalah ria'.

Saya kadang-kadang cemburu dengan orang putih yang percaya “rolling stones gather no moss” dan mereka lebih matang dalam menguruskan perubahan.

Sedikit perubahanpun sudah menjejaskan bajet dan perasaan kakitangan. Apalagi kalau perubahan itu melibatkan struktur dan operasi. Tujuan untuk menambakbaik menjadi mengurangrosak apabila ia dibuat secara terburu-buru tanpa perbincangan dan kajian teliti dengan mengambil kira kesan-kesan lain yang boleh menggugat keseimbangan organisasi. Bayangkanlah kalau perubahan itu secara besar-besaran dan hampir setiap tahun dilakukan. Kakitangan akan hilang keyakinan dan kewangan akan dibazirkan begitu saja.

Baru-baru ini saya sempat berbual dengan seorang pensyarah dari universiti Thailand. Saya kagum dengan cara Thailand memacu ekonominya walaupun pimpinan negara sentiasa bergolak. Bagi rakyat, yang berubah hanyalah pemimpin tetapi operasi ekonomi rakyat dan sistem-sistem negara yang lain tidak diubah.

Orang Jepun mempunyai cara yang amat teliti dalam membuat keputusan untuk melakukan perubahan. Perubahan dilakukan setelah pakar-pakar dalam organisasi sudah mengkaji segala kemungkinan.
Presiden Amerika bertukar-tukar tetapi sistem operasi, agenda, budaya kerja mereka tetap sama.


Tetapi kita takut dituduh lemah jika tidak melakukan sebuah perubahan besar. Lebih besar lebih dianggap hebat. Kita merasa begitu megah apabila dapat mengarahkan orang bawahan untuk merubah segala yang ada. Orang bawahan yang berbeza pandangan digolongkan sebagai penentang yang ada "resistance to change" dan perlu ditangani dengan cara apa saja.


Tanpa rasa bersalah kita mengatakan "Sistem lama adalah milik orang lama yang perlu dipadamkan semuanya" kerana kita tidak mahu dibayanginya. 



Sayang seribu kali sayang, kita suka merubah perkara yang tidak perlu diubah tetapi masih tidak mampu mengubah sikap menjadi lebih matang, memahami, wara', zuhud, prihatin, bertimbangrasa dan menyayangi orang lain kerana Allah. Sedangkan perubahan itulah yang paling penting untuk kita hidup bahagia di dunia dan akhirat.


Kita dikaburi dengan bayangan 'aku  profesional' mengikut fahaman kita sendiri.


My wife wants me to carry her


posted by Martinelli Hashim

No comments



A story from a man ....I got this from facebook.





When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes..

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.
— At least, in the eyes of our son — I’m a loving husband...

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.

So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!

If you don’t share this, nothing will happen to you.

If you do, you just might save a marriage. Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.. ...」