Archive for August 2011

Maafkan ibu, nak.


posted by Martinelli Hashim

4 comments



Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu, berjalan kaki selama 2 minggu dari kampungnya di pedalaman Somalia menuju Dabaab untuk mencari tempat perlindungan dari kemarau yang semakin mencengkam. Anak perempuannya berumur 2 tahun didokong di belakang dan anak lelaki berumur 4 tahun dipimpin berjalan. 

Apalah daya yang ada pada si kecil ini untuk berjalan berpuluh batu di tengah padang pasir. Perjalanan yang bukan saja panas tetapi juga berdepan dengan ribut pasir, perompak dan binatang buas. Badannya semakin lemah. Tiba-tiba dia rebah tidak sedarkan diri.. Wardo memberikan beberapa titik air yang masih tinggal kepada anaknya. Namun si kecil tidak lagi mampu menelan titisan air itu. Wardo meminta bantuan dari keluarga lain yang bersama dalam rombongannya. Tidak siapa berani memberikan air masing-masing kerana mereka juga perlu menyelamatkan diri dari kebuluran.

Rombongan meneruskan perjalanan. Wardo tidak mampu lagi membawa anaknya yang sudah terlalu lemah itu lalu meletakkan saja anaknya di pasir. Anak itu terpaksa ditingggalkan di tengah padang pasir panas itu demi menyelamatkan anak kecilnya yang seorang lagi. Dengan linangan air mata Warda berserah kepada Allah untuk apa saja yang akan ditakdirkan terhadap anaknya. Dia yakin kalau nyawa anaknya diambil Allah, tempat anaknya adalah lebih baik di sana.

Faduma Sakow Abdullahi, seorang janda beurusia 29 tahun membawa bayinya dan 4 orang anak lain yang berusia 2, 3, 4 dan 5 tahun berjalan kaki ke Dadaab pusat perlindungan terbesar di dunia itu. Sehari sebelum sampai di Dadaab, anak sulung dan anak kedua sakit tenat. Kedua-dua anak itu tidak mampu lagi bangun selepas berhenti rehat. Air bekalan yang dibawa sudah hampir habis. 


Sebagaimana Wardo, Faduma terpaksa mengambil keputusan yang menghiris hati setiap ibu, iaitu meninggalkan anak yang sedang kesakitan di tengah padang pasir. Sambil mendokong bayi dan memimpin anak lain, Faduma mengheret kaki yang sudah lemah bersama airmata yang hanya Allah memahami.

Beberapa kali Faduma pergi dan balik selepas beberapa langkah sebab tidak sanggup meninggalkan si anak begitu saja. Tetapi demi menyelamatkan 3 orang anak yang masih kecil, dia akhirnya meneruskan perjalanan dengan meninggalkan kedua anaknya di bawah sebatang pokok. Kalau ditunggu lebih lama, anak-anak yang lain juga akan mati. Biarlah Allah menentukan nasib anak-anaknya.


Hatinya hanya mampu berbisik,"Maafkan ibu, anak-anakku. Ibu serahkan kamu dalam penjagaan Allah. Ibu tidak mampu menjagamu lagi..."


Sii ibu meneruskan langkah dengan deraian air mata demi menyelamatkan nyawa anak-anak yang lain mennuju khemah perlindungan dengan harapan menggunung agar semua ini akan segera berakhir.

Wardo dan Faduma adalah di antara ribuan ibu yang berperang dengan perasaan bersalah di khemah pelarian. Mereka akan meraung tiba-tiba, apabila teringat anak yang mereka tinggalkan terutama apabila melihat kanak-kanak lain yang sebaya dengan anak mereka









ARTIKEL LAIN
Malu Kita Dengan Orang Jepun

Kelaparan di Somalia


posted by Martinelli Hashim on

3 comments


Sudah 2 tahun kemarau melanda negara Tanduk Afrika. Kemarau terburuk sejak 6 dekad yang lalu. Somalia negara paling menderita dengan ribuan rakyatnya mati kelaparan setiap bulan.

Sahabat!
Seramai 99% rakyat Somalia adalah beragama Islam. Mereka adalah saudara kita yang wajib dibantu.

PBB mengisytiharkan  beberapa daerah selatan Somalia sebagai zon penderitaan di mana beribu-ribu rakyat Somalia mati kelaparan akibat kemarau dan konflik politik. Separuh dari 9 juta rakyat Somalia dalam keadaan yang amat tenat dan memerlukan bantuan segera. Seramai 640 ribu kanak-kanak menderita kebuluran tahap tegar di selatan Somalia. Sebelum ini ibukota Somalia, Mogadishu menjadi salah satu tempat pelarian, tetapi bandar ini juga semakin tenat.

Mereka perlu berjalan ke Kenya, pusat pelarian terbesar di dunia. Perajalanan sehingga sejauh beratus kilometer di tengah padang pasir tidak menjanjikan perjalanan yang mudah untuk kanak-kanak, wanita dan mereka yang uzur.Sebahagian besar saudara kita itu mati dalam perjalanan sebelum sampai ke destinasi. Mereka juga terdedah kepada penyamun sepanjang perjalanan.

Amat menyedihkan, ramai kanak-kanak yang sampai di khemah pelarian adalah tanpa ibubapa. Sebahagian ibubapa meninggal dalam perjalanan. Ada kanak-kanak kecil ini  mengikut  siapa saja  apabila ibubapa tidak mampu lagi menjaga dan memberi makan. Mayat kanak-kanak  dan bayi ditemui mati bergelimpangan kerana kelaparan.

Dikatakan juga bahawa kes buang bayi juga tinggi akibat gejala sosial atau wanita dirogol oleh pengganas.

Dikatakan angkara keganasan pihak militan menyebabkan bantuan makanan dari luar sukar untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Sahabat!
Somalia adalah negara Islam yang sangat hebat pada suatu ketika dahulu.  Hijrah pertama para sahabat yang di arahkan Rasulullah saw  ke Habsyah (Ethiopia)  telah membawa cahaya iman kepada datuk nenek mereka dan mereka ingin mempertahankannya hingga sekarang.

Somalia sebenarnya negara kaya kerana memiliki uraniam dan minyak yang banyak dan pantai terpanjang yang sangat strategik untuk perdagangan dan pengkalan tentera. Kelebihan ini telah membuat barat ingin menguasainya. Maka diciptakanlah huru-hara dan perpecahan dikalangan mereka sebagaimana yang mereka lakukan ke atas umat Islam di negara-negara Islam yang lain.

Perang saudara yang begitu lama menjadikan rakyat menderita di tambah lagi dengan dugaan kemarau yang berpanjangan. Rakyat ingin bersatu tetapi barat tidak mahu itu berlaku  kerana mereka tahu orang Somalia kuat beragama. Mereka dihasut dan terus dihasut agar bermusuhan.

Keadaan yang sangat tragis di Somalia kini menarik ramai aktivis kemanusiaan.  Siapa yang paling responsif untuk membantu kalau bukan  negara dan NGO bukan Islam? Apakah kita pasti yang bantuan mereka adalah bantuan kemanusiaan tulin tanpa agenda tersendiri?

HanyaTurkey, satu-satunya negara Islam yang sangat serius membantu dengan penghantaran 2 buah kapal makanan dan keperluan ubatan buat saudara kita.  Negara-negara Arab masih dalam ketakutan.

Sahabat!
Kini nyawa dan iman rakyat Somalia menjadi percaturan. Serangan taun dan kebuluran menyebabkan setiap 100 saat seorang kanak-kanak mati. Kanak-kanak adalah pewaris kepimpinan ummat masa depan. Kebuluran dan penyakit akan melumpuhkan otak mereka.....bagaimana mungkin Somalia mampu meneruskan  perjuangan tanpa orang-orang muda yang sihat. Kemiskinan akan menggugat iman mereka juga kerana Rasulullah saw pernah menyebut kefakiran boleh membawa kepada kekafiran. Bantulah mereka.

Sahabat!
Berita yang kita dengar hanya dari sumber barat. Kita tidak banyak mendengar dari  sumber media Islam. Saudara kita di Somalia sedang menderita tanpa hebahan meluas. Negara jiran, Ethiopia dengan kejamnya sanggup melakukan jenayah  dengan menghantar askar-askar menembak kumpulan yang ingin mempertahankan kesatuan negara tetapi dituduh pengganas. Mereka melakukannya atas hasutan barat.

Kini rakyat biasa menjadi mangsa sedangkan mereka hanya ingin setitik air untuk membasahkan tekak.

Anda boleh membantu mereka melalui tabung CENSERVE ....KLIK



.




Sesuap gandum sebuah Injil


posted by Martinelli Hashim on

3 comments


Dikatakan seramai 7 juta rakyat Amerika Syarikat beragama Islam. Islam berkembang dengan pesat di barat. Kita merasa gembira. Namun tahukah anda seramai 6 juta penduduk Afrika beragama Islam murtad setiap tahun? Rasa amat terkejut mendengar berita dari AlJazeera ini.

Dimanakah silapnya?

Amerika dan Afrika dua buah benua yang jauh berbeza.

1. Ilmu yang dimiliki orang barat membawa mereka ke jalan yang benar dan kekurangan pendidikan di Afrika membawa mereka kepada kesesatan.
.
2.Kemiskinan membawa kekafiran

3. Perpecahan sesama Islam membuat kita  lemah dalam ekonomi, politik, pendidikan dll yag akhirnya orang lain mengambil kesempatan mengusai kita. Kita sudah hilang kuasa ekonomi dan kuasa politik sekarang saudara seagama kita hilang iman dalam keperitan hidup.

4. Saudara kita di Afrika menggadaikan iman mereka apabila melihat bagaimana orang bukan seagama mereka datang memberi bantuan pada saat perut mereka kelaparan dan anak-anak mengerang kesakitan. Sesuap gandum dan sebuah injil sudah cukup buat mereka menyerahkan iman setelah penantian begitu lama agar ada saudara se Islam  datang membawa sesuap gandum dan sebuah Qur'an tidak kunjung tiba.

Mereka juga dulu rindu pada kaabah tetapi sekarang rindu mereka bertukar kepada rindu kepada Vatican City.

Orang barat maju dan mereka kaya. Mereka maju kerana berilmu,  mereka kaya  kerana berilmu dan mereka kurang bergaduh juga kerana mereka berilmu. Dengan ilmu mereka menguasai dunia. Dengan ilmu yang benar mereka menerima hidayah.

Kekayaan dunia  membunuh rasa prihatin kita. Keserakahan berebut kuasa melupakan kita kepada mengutamakan  ilmu. Akhirnya ilmu bukan untuk membangunkan ummah tetapi untuk mengejar kekayaan, kemegahan dan kuasa politik sehingga tidak ada lagi beza antara seorang profesor dan seorang penoreh getah yang tidak sekolah tinggi.

Dunia bukan milik kita


posted by Martinelli Hashim

2 comments


Bersama menyertai solat  jenazah untuk bro. Mamadou Aliou Diallo    yang meninggal dalam bilik mahallah Bilal UIA Gombak. Terasa kesyahduannya. Abangnya yang bekerja di Malaysia, juga bekas pelajar UIA adalah satu-satunya keluarga yang hadir di pengkebumiannya. Ibubapanya jauh di Papua New Guinea. Solat jenazah di bulan Ramadhan. Moga suatu keberuntungan buat rohnya.

Manusia lahir dan kemudian kembali menghadap Tuhannya. Kawan-kawan, keluarga atau mereka yang sangat hampir dengan kita boleh saja hilang dari mata kita, namun kita jangan hilang pengajaran yang kita dapat dari melihat kematian mereka.

Tuhan boleh mengambil nyawa manusia bila-bila masa, dalam keadaan apa pun dan di mana saja mengikut kehendakNya.

Mereka yang kita sayangi, diri, rezeki, kesihatan dan umur panjang hanyalah pinjaman. Allah pemilik mutlak dan Dia berhak memberi dan mengambilnya mengikut kehendakNya. Siapalah  kita untuk menyoal apabila ia tidak lagi berada dalam genggaman kita.

Rasa selesa dan bahagia adalah juga milik Allah.

Bahagia mendapat anak. suami dan keluarga yang menyenangkan hati, pekerjaan yang menyeronokkan, ketua yang bertimbangrasa, saudara-mara dan rakan-rakan yang menggembirakan, gaji yang banyak dan pangkat yang tinggi atau layanan dari orang sekeliling yang baik adalah pinjaman. Ia diberikan kepada siapa saja hatta kepada mereka yang mungkar sekali pun tetapi pemberian itu hanyalah  berbentuk sementara.

Tidak ada yang menjadi  milik mutlak kita. Kita tidak punya kuasa apa-apa untuk menentukan bila ia datang dan bila pula akan hilang dari kita. Allah ada sebab kenapa Dia memberinya dan kenapa diambil kembali sewaktu kita sedang enak menikmatinya.

Sering kali apabila kita bertemu perkara yang tidak menyenangkan kita akan bersungut, marah-marah atau kadang-kadang berdendam hingga tanpa disedari kita menganiaya sesama manusia. Sering saja kita menyalahkan orang lain sebagai penyebabnya. Kita sering lupa walaupun manusia yang menyebabkan perkara yang tidak menyenangkan itu berlaku, hakikatnya itu adalah hak Allah untuk menentukannya. Kalau Allah mahu boleh saja Dia menjadikan semua orang menjadi baik dengan kita. Tetapi Allah tidak melakukannya kerana Dia lebih tahu apa yang harus diberikan kepada makhluukNya. Dunia ini dan seisinya adalah milikNya bukan milik kita.

Taraf kita hanyalah sebagai hamba. Hamba lazimnya mengikut saja tanpa persoalan, tanpa sungutan.

Harta yang dalam genggaman kita masih bukan milik kita. Ia menjadi milik kita hanya apabila kita memberikannya sebagai sedakah...itu yang diajarkan  oleh Rasulullah saw.

Kembali melihat diri.....subhanallah...memang sesungguhnya kita tidak punya apa-apa. Semua hanyalah pinjaman dari Dia yang kasihNya mengatasi segalanya. Dunia ini milik Allah bukan milik kita.

Ya Allah, kalau Engkau mengambil kembali nikmat dunia dari kami, tinggalkanlah cinta agungMu buat kami kerana kami tidak  mampu hidup tanpa yang satu ini, cinta agungMu.

CINTA AGUNG

Ya Allah Engkau Tuhanku 
Tiada Tuhan melainkan Engkau 
Engkau cinta Agungku 
Nabi Muhammad pesuruh-Mu 

Ya Allah Engkau sumber bahagia 
Engkaulah Sumber keselamatan 
Ya Allah Engkau sumber keamanan 
Engkaulah segalanya 

Ya Allah Engkaulah pelindungku 
Engkaulah sumber rizkiku 
Di waktu sakit Kau sembuhkan 
Di waktu lapar Kau beri makan 

Ya Allah Engkau Cinta Agungku 
Cintaku haraplah dibalas 
Ya Allah Engkau Cinta Agungku 
Janganlah cintaku tidak dibalas 

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan 
Pimpinlah aku ke jalan yang benar 
Kepada Engkaulah harapanku 
Janganlah hampakan perasaanku

(lagu latar blog ini)

PELAJAR AFRIKA MENINGGAL DI BILIK ASRAMA UIA


posted by Martinelli Hashim

4 comments


Gambar dari http://www.flickr.com/

Kekecohan pagi ini di pejabat apabila diberitakan seorang pelajar Ekonomi dari Afrika ditemui meninggal dunia di biliknya di Mahallah Bilal, UIA Gombak. Dikatakan bahawa jurucuci asrama mensyaki sesuatu berlaku apabila melihat dari luar, tingkap cermin bilik  di penuhi lalat. Pelajar itu, Mamadou Aliou Diallo, 25 tahun   sudah seminggu meninggal dunia tanpa diketahui kerana tinggal bersendirian setelah teman sebilik balik kampung untuk cuti semester.

Gambar dari putrarocker.blogspot.com
Pelajar berkenaan sebelum ini penghuni mahallah Uthman ditukarkan ke Bilal disebabkan pengubahsuaian Mahalah Uthman. Beliau mendapat serangan epilepsy semasa ketiadaan rakan sebilik.

Sekali lagi Mahalah Bilal menukilkan sejarah dengan kematian seorang lagi pelajar selepas kejadian beberapa  tahun lalu.

Kesedihan buat keluarga beliau di Nigeria yang sudah tentu mengharapkan kepulangannya membawa ijazah tetapi beliau pergi menghadap Tuhannya semasa  ilmu di bumi bertuah ini. Moga roh beliau ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh di bulan yang penuh rahmah ini.