Di balik jubah ada akal dan budi yg matang |
Dahulu mereka yang masuk universiti dikagumi kerana dianggap orang bijak.Satu kampung akan mengiring keberangkatan mereka ke kampus untuk mendaftar. Saudara-mara akan turut merasa bertuah ada ahli keluarga yang masuk universiti.
Kualiti apa yang ada pada mahasiswa hari ini?
Bukan untuk kembali ke zaman lampau dan memaksa suasana itu diulangtayang. Dalam memacu kemajuan pendidikan negara, kemampuan kita menerapkan nilai kemahasiswaan dan keinsanan kepada anak didik kita di pusat pengajiantinggi menjadi persoalan.
Kerana mereka mahasiswa, mereka bukan sekadar belajar di bilik kuliyyah tetapi turun ke lapangan menjadi jurubicara ummah.
Mereka adalah mahasiswa bukan pelajar sekolah. Mereka harus mampu menganalisa secara kritikal dan merancang secara strategik.
Universiti adalah medan untuk belajar dan gelanggang untuk mencuba kemahiran. Sekurangnya ada 7 kemahiran yang perlu ditimba:
- kemahiran berfikir secara kritikal
- kemahiran berkomunikasi secara berkesan
- kemahiran bekerja secara berpasukan
- kemahiran meneroka ilmu dan maklumat
- kemahiran mengurus
- kemahiran kepengikutan dan kepimpinan
- kemahiran menyampaikan ilmu (berdakwah)
Mahasiswakah kita apabila melihat kemungkaran di depan mata, kita bukan setakat berdiam diri tetapi masih tersenyum tanda redha ?
Itu mahasiwa dayus namanya.
Bukan mahasiswa namanya kalau hanya berani mengkritik tetapi tidak mampu memberi penyelesaian.
Bukan mahasiswa juga kalau diri tidak punya prinsip untuk dipegang.
Seorang mahasiswa tahu meletakkan dirinya di tempat yang sepatutnya. Dia tidak dibawa arus tetapi mencipta arus agar orang sekelilinginya merasa selesa dan damai.
Seorang mahasiswa kehidupannya dibahagiakan mengikut keutamaan kerana dia sedar dirinya adalah milik masyarakat dan orang lain juga ada hak atas dirinya. Ia menghadiri kuliyyah dan membuat tugasan pengajian tetapi masih ada waktu untuk aktiviti mengisi tanggungjawab sosial.
- Perbincangan ilmiah tentang agama, masyarakat, politik dll bersama rakan-rakan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menajamkan minda (berusrah)
- Menghadiri forum, ceramah, bengkel bagi menambah pengetahuan dan maklumat.
- solat berjemaah di surau atau masjid
- membaca buku selain buku subjek akademik.
- Menulis untuk disebarkan
- menjadi ahli persatuan yang aktif
- mendekati masyarakat
- menggunakan facebook untuk berkongsi maklumat bernilai
- mementingkan "ketampanan sosial" dari ketampanan fizikal
- mereka tidak sibuk mengkritik tetapi berusaha mencari penyelesaian
- perbincangan tentang bola, futsal, camping, wayang, trend-trend terbaru dll
- menghadiri konsert, temujanji dengan pasangan (dating)
- solat bersendirian di bilik setiap hari 365 hari setahun
- membaca bahan hiburan
- menghafal lirik-lirik lagu
- tidak mahu masuk persatuan tetapi aktif lepak dengan kawan-kawan
- Tidak ada minat untuk mendekati masyarakat
- menggunakan facebook untuk sekadar berseronok.
- mementingkan ketampanan fizikal dan mengambil tahu apa itu "ketampanan sosial"
- mereka sibuk mengkritik tetapi tidak pernah cuba membantu menyelesaikannya.
Bila lapar ada wang PTPTN dalam saku. Bila ingin bergembira ada konsert dan panggung wayang merata-rata. Sekurang-kurangnya ada youtube yang menyediakan apa saja yang ingin ditonton.
Adakah anda seorang mahasiswa atau pelajar? Adakah anda sudah memnunaikan tanggungjawab ummatic yang diberikan?
Cuba tanyakan lagi diri anda dengan soalan-soalan berikut:
- Bagaimanakah anda memulakan hari anda setiap pagi? Solat di awal waktu? Solat berjemaah dimasjid?Membaca Qur'an/zikir?
- Aktivit yang paling banyak anda lakukan apakah aktiviti sebagai mahasiswa ataukah aktiviti sebagai pelajar biasa?
- Berapa kalikah anda turun ke lapangan membantu masyarakat sejak belajar di universiti?
- Siapakah sahabat-sahabat yang mengelilingi anda dalam kebanyakan ketika, mereka yang melalaikan atau mereka yang mengingatkan tanggungjawab ?
- Apakah topik yang paling banyak dibicarakan setiap hari, hal dunia atau hal akhirat?
- Bilakah kali terakhir anda bercakap kepada khalayak dengan keyakinan yang tinggi?