- Peringkat kematangan setiap anak adalah berbeza-beza
- Kerana budaya, anak tidak akan memberitahu ibubapa yang mereka sudah wajib kahwin.
- Adalah haram melarang nak yang sudah merasa wajib berkahwin.
- Tugas kita menjaga dan mengawal anak-anak adakalanya perlu dilepaskan lebih awal dari yang kita jangkakan
- Pandangan kita belum tentu semuanya benar dan pandangan mereka belum tentu semuanya salah.
- Jangan kerana silap pengiraan, akhirnya anak yang kita sayangi selama ini hidup menderita sedangkan mereka tidak mampu bersuara.
- Secalit marah kita kepada anak mungkin saja membawa bala kepada masa depan anak kita
- Anak kita hanya ada satu ibu dan satu bapa dan kitalah sumber kebahagiaan mereka
- Anak hanya akan bahagia apabila kita mampu mendengar luahan mereka dengan baik.
- Kita sering tersilap dengan mendahulukan adat dari syariat dalam urusan perkahwinan anak
- Berbanggalah dengan mahalnya nilai agama anak bukan nilai hantarannya.
- Bersyukurlah dengan anak yang menyahut seruan agama untuk berkahwin secara sah. Betapa gusarnya kita sekiranya anak tidak mahu berkahwin malah lebih malang lagi kalau pasangan yg mengisi nafsunya adalah sejantina dengannya.
Beberapa fakta yang perlu diketahui oleh anak:
- Tidak ada ibubapa yang normal tidak mahu anaknya bahagia. Jangan salahkan ibubapa apabila keputusannya tidak kita senangi kerana anak dan ibubapa mempunyai paradigma yang berbeza.
- Paradigma ibubapa boleh saja diubah melalui teknik komunikasi berkesan dan doa yang ikhlas. Percanggahan pendapat dengan ibubapa kebanyakannya berpunca dari teknik berkomunikasi yang salah.
- Ibubapa juga malu berbicara secara terus terang dengan anaknya hal-hal berkaitan perkahwinan sebagamana anak malu berbicara perkara yang sama denga ibubapanya.
- Ibubapa juga punya ego yang sukar dilentur kecuali mereka yang punya ilmu agama, pengalaman dan informasi yang cukup mendepani anak yang sudah dewasa.
- Tindakan kita tidak semestinya betul dan ibubapa tidak semestinya salah
- Walaupun anak itu sudah besar, pada perasaan ibubapa anaknya masih anak yang dibawa bertatih yang sentiasa perlu dilindungi
- Perkahwinan bukan semata-mata untuk memenuhi nafsu kerana itu hanyalah perkara yang teramat kecil jika dibandingkan dengan tanggungjawab ketuhanan, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang ada di hadapan nanti.
- Mengawal nafsu sebenarnya lebih mudah dari mengelakkan diri dari menjadi anak derhaka
- Peratus kegagalan rumahtangga mereka yang berkahwin semasa belajar adalah agak tinggi terutama mereka dalam aliran sains.
- Kita hanya punya satu ibu dan satu bapa. Bahagiakanlah mereka dengan perkahwinan anak yang sempurna pada pandangan mata mereka. Sempurna dari segi masa, cara dan suasana yang membuat mereka merasa bangga dengan anak yang dididik selama ini.
- Ibubapa tidak pernah lupa dari memikirkan kebahagian anak merka. Hadiahkan mereka dengan calon menantu yang baik, beragama dan bersopan-santun yang menambah keyakinan mereka bahawa anaknya akan hidup bahagia dan masa tua mereka tidak akan kita sia-siakan.
- Mengalah sebentar dengan kehendak ibubapa mungkin saja membawa kejayaan yang lebih baik di depan nanti.
- Allah sudah menjanjikan akan membalas segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan terhadap ibubapa dan berhat-hatilah dengannya.
- Melakukan puasa bagi menahan nafsu amat besar kesannya. Redhakanlah pernikahan anak apabila mereka sudah bersedia. Usah dilarang kecuali atas alasan shar'ie.
Karya asal oleh Martinelli Hashim