Archive for October 2010

BERWUDHU'LAH


posted by Martinelli Hashim on

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
(post ini ditulis dalam martinelli's blog  pada Jan 2009)

Dimana2 masjid imam membacakan doa untuk saudara kita di Palestin. Menitis air mata kerana terbayang gambar2 mangsa yang kita lihat dalam media setiap hari. Namun, keadaan masih semakin parah. Ummat Islam Palestine semakin teraniya.

Bila direnungkan, terfikir juga dalam diri sendiri mungkinkah doa kita tidak layak untuk terima oleh Allah atas faktor2 yang tidak kita sedari ? Makanan kita yang tidak sah halal atau perbuatan kita yang menjadi dosa mungkin saja membuat doa kita terhalang.

Lemahnya kita bukan untuk ditangisi. Kekurangan kita bukan untuh dirintih. Kita punya akal untuk mencari apa saja untuk memperbaiki yang cacat dan menambah yang kurang.

Perbaiki diri, anak2 dan sahabat2 kita. 

Bersihkan aqidah dan tingkatkan ibadah agar doa kita di makbulkan Allah.

Cerita berikut memberi inspirasi pada saya untuk dikongsi bersama:

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan  
   menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian 
   aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Mengerat Ukhwah Dengan Masyarakat Melayu Champa


posted by Martinelli Hashim

No comments


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Akitiviti di Kampung Chrop Mentrai amat meletihkan ditambah lagi dengan udara yang penuh debu pasir yang berwarna kuning. Kampung ini didiami oleh orang Melayu Champa beragama Islam. Seramai 24 pelajar yang menyertai misi ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ada kumpulan yang membantu berkhatan, ada yang mengajar matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah, ada yang mrnjalankan aktiviti keagamaan, ada yang memasak dan ada yang berziarah rumah ke rumah penduduk kampung. Ziarah dilakukan untuk mengenalpasti siapa yang sesuai diberi bantuan sambil membina ukhwah dengan orang2 kampung. Kumpulan2 ini akan bertukar tugas setiap hari.


Kampung ini berhampiran dengan kompleks Cambodian Islamic Centre, CIC. Ianya agak lebih maju sedikit dari kampung2 lain yang pernah kami lawati. Di CIC ini diadakan pengajian sekolah menengah tetapi hanya untuk pelajar lelaki. Pelajar perempuan belajar di Kg Chroi Mentrai tempat kami menjalankan aktiviti.


Mengikut Mufti Kemboja, sejak peluang diberikan kepada pelajar perempuan, pencapaian mereka jauh lebih baik dari pelajar lelaki walaupun fasilitas tempat belajar mereka adalah kurang dari pelajar lelaki.
Ini adalah tragedi ummah di mana saja termasuk UIA……brothers makin terkebelakang.


Sempat jugalah saya bercakap kepada pelajar2 di CIC mempromosikan UIA kepada mereka.


Setiap hari kami menjalankan aktiviti di surau. Selepas maghrib diadakan penghayatan Al-Quran untuk kaum ibu di surau wanita. Agak aneh di sini wanita dilarang ke masjid kecuali solat Hari Raya. Maka dibinalah sebuah surau untuk wanita saja untuk mereka bersolat jemaah yang imamnya juga wanita. Kata mereka surau itu pun sumbangan orang2 Malaysia. Ia terletak di seberang jalan masjid untuk lelaki yang jarak antara keduanya tidak lebih 70 meter.


Sepanjang kami berada di sana kaum wanita dan kanak-kanak perempuan berduyun2 datang ke surau. Kami membawakan aktiviti zikir2 berlagu dan mengajak mereka membaca surah2 secara beramai2, satu kaedah yang berkesan untuk menarik kaum ibu. Suara Fatin yang mendayu2 menyanyikan lagu doa khatam Al-Quran dan membaca surah semasa mengimami solat menarik hati mereka. Sesuatu yang mengkagumkan saya, walaupun ramai yang miskin tetapi bacaan Al-Quran mereka, masyaAllah….bagus betul. Saya rasa secara umumnya kaum ibu di sini lebih menitikberatkan bacaan Al-Quran berbanding dengan kaum ibu Malaysia.


Akitiviti surau diselang-seli dengan tazkirah dengan bantuan seorang penterjemah.Bukan mudah memberi tazkirah terputus2 kerana menunggu orang menterjemah…..tetapi gagahkan jugalah. Mufti ada berpesan supaya diadakan aktiviti yang boleh memperbaiki pemikiran kaum wanita di sini.
Para jemaah yang wajah mereka sama dengan wajah2 orang Malaysia dibezakan hanya oleh warna kain telekung. Telekung orang Malaysia putih bersih dan indah bersulam. Tetapi di sini telekung mereka sama warnanya dengan air sungai Mekong, kecuali sebahagian yang baru dapat telekung. Hadiah telekung dari rombongan kami amat berharga bagi mereka. Yang pastinya warna dan keindahan kain telekung tidak menentukan solat siapa yang lebih diterima oleh Allah yang maha berkuasa.



Disebabkan dana yang kecil kami cuma mampu membeli 2 kayu kain dan dengannya cukup untuk membuat 26 pasang telekung yang dijahit sendiri oleh pelajar2 di S-DEV. Ada juga sedekah dari bekas pelajar UIA memberi 60 pasang lagi telekung serta kain pelekat. Ramai yang mahu memberi baju terpakai tetapi disebabkan kos yang tinggi untuk penerbangan kami tidak dapat membawanya.
Pulang dari surau selepas solat Isya’ untuk kembali ke rumah tempat tinggal dengan berjalan kaki lebih kurang 500m. Kami terpaksa melalui lorong yang gelap gulita. Inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kalau nasib tidak baik terpijaklah najis lembu yang banyak sepanjang jalan.


Kata mereka sebelum inipun kampung ini sudah selalu dilawti oleh orang2 Malaysia tetapi mereka sekadar singgah melawat dan ada yang sembelih lembu, menyerahkan sumbangan dan lepas tu terus balik. Rombongan kamilah yang pertama tinggal bersama orang kampung dan membuat aktiviti merapati mereka.


Aktiviti berkhatan mendapat sambutan yang sangat hebat. Dr. Dinon sempat mengkhatankan 2 orang mualaf yang baru masuk Islam.


Setiap malam sebelum tidur kami adakan muhassabah untuk semua peserta. Inilah sesi mengimbas kembali apa yang dilakukan sepanjang hari dan apa yang perlu dilakukan besoknya. Alhamdulillah pelajar2 UIA ini akur dengan semua peraturan dan melaksanakan tugas masing2 dengan cemerlang. Memang benar pelajar2 ini merupakan pelajar yang memilih CENSERVE Niche Area pacakage untuk memenuhi Credited co-cu.


Untuk pengetahuan pembaca, semua pelajar tahun 2 UIA perlu memilih samada Leadership and Parenting package atau apa2 skills package lain sebagai subjek wajib untuk Ko-ku berkredit. Mereka yang aktif dalam CENSERVE ditawarkan CENSERVE Niche Area pacakage dan dikecualikan dari mengambil package lain.


Setelah mengikuti kursus ini selama 3 semester dengan saya, ini adalah semester terakhir bagi kumpulan ini dan mereka perlu menjalankan international humanitarian work. Saya pasti sepanjang mereka dalam projek ini mereka melakukannya bukannya semata2 memenuhi tugasan kursus tetapi lebih kepada atas nilai kemanusiaan yang kuat tertanam setelah menyaksikan sendiri kehidupan di sini.
Seminggu menjadi ibu dan guru kepada pelajar2 ini saya penuhi dengan meberikan segalanya2 agar mereka faham bahawa kehadiran mereka di UIA ini membawa misi yang besar sebagai agen perubah ummah. 


Kami sama2 tidur dilantai keras, makan mee maggi sama2 di pinggan retak dan bangun jam 3 pagi untuk persediaan sebelum beertugas. Mandi dengan air Sungai Mekong yang sejuk dan berwarna coklat sudah jadi rutin harian. Peserta perempuan tidur di atas papan tetapi lelaki terpaksa tidur atas simen yang sejuk. Tabik hormat kepada Dr. Dinon dan Dr. Shuib yang ikut sama tidur atas simen.
Setiap selesai solat subuh mereka dimurnikan dengan tazkirah. Maaf ibu mungkin agak kejam membasuh mereka dalam tazkirah pagi.


Terlalu pendek masa berjalan dan kami terpaksa pulang. Kepulangan kami diiring dengan linangan air mata oleh orang kampung dan pelajar2 sekolah yang kami berjaya dekati selama seminggu. Beberapa buah kampung lain meminta kami datang untuk menjalankan projek yang sama di kampung mereka. Sayang sekali kami tidak dapat memenuhinya. InsyaAllah kalau ada tajaan di masa akan datang kita akan laksanakan lagi dan menjadikannya sebagai tradisi UIA dalam mencapai ’heaven class university“

“Antara Venice dan Tonle Sap”


posted by Martinelli Hashim

No comments


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
(Pengalaman penulis menyaksikan nilai kemanusiaan)

Buat kali kedua memijak tanah Itali, inilah pertama kali saya dapat meneroka pelusuk bandar2 yg sebelum ini hanya didengar dan dilihat di kaca tv. Keindahan pemandangan anugerah Ilahi yang tidak disyukuri oleh penduduknya. Berjalan dalam cuaca sejuk dibawah 0 darjah celcius mungkin bukan untuk orang Malaysia bernama Martinelli walaupun nama itu milik orang Itali..... Eh, di sinilah terjumpa kembar-kembar senama saya.

Dari Rome ke Florence menaiki keretapi sama dengan pengalaman menaiki komuter KTM tetapi gerabaknya lebih usang di sini. Orang Itali memiliki wajah ‘tak nak kawan’ yang memang sangat ketara apabila kita berusan di kaunter…..tidak ada ‘customer service’....  Kata orang lelaki Itali sangat romantik….. Yang nampak disana-sini hanyalah manusia-manusia yg tidak tahu malu menunjukkan aksi-aksi ghairah pasangan muda yg sudah runtuh budaya kemanusiaannya.

Pisa kota pelancongan terkenal dg menara condong tetapi rasanya tidaklah sehebat manapun.

Dua malam di Venice menguja ingatan saya semasa membawa misi kemanusiaan ke Tasik Tonle Sap. Dua tempat yang dicipta Allah tetapi keadaannya teramat jauh berbeza.

Menyusuri bukit-bukau dari Florence ke Venice udaranya nyaman dan sesekali dilitupi kabus sejuk. Khabarnya sehari selepas kami tinggalkan venice menuju ke Rome, Venice dilimpahi salji tebal. Sepanjang jalan dipenuhi kebun buahan2 dan sayuran yang sangat luas milik tuan ladang yang kaya-raya. Di tengah2 kebun sayup2 kelihatan rumah tuan ladang dan kandang kuda. Kereta mewah meluncur satu demi satu melintasi van kami tanpa kedengaran horn walau sekalipun..

Perjalanan dari Siem Reap ke Tasik Tonle Sap hanyalah tanah pamah. Di kiri-kanan sawah terbentang luas tapi rakyat masih kebuluran. Jalan dipenuhi debu kuning dan suhunya panas. Di sepanjang jalan akan kelihatan bas, lori dan motor yg diubahsuai jadi gerabak yang sendat dengan penumpang. Bunyi horn kenderaan tidak putus2. Topeng muka tidak boleh terlepas bagi mengelak debu masuk ke hidung. Sepanjang jalan rumah orang miskin berderetan dengan keadaan yang sangat daif, lebih daif dari kandang ayam orang kampung Malaysia.

Untuk sampai ke Venice perlu menaiki bot. Untuk sampai ke kampung air di Tonle Sap juga naik bot tetapi bot kita akan diikuti oleh bot2 kecil milik penjaja yang menggunakan kanak2 kecil yang melompat dari satu bot ke satu bot yang sedang bergerak laju untuk memujuk pengunjung membeli barang mereka. Hasilnya entah berapa sen sehari.
Seluruh tanah Venice dipenuhi rumah batu antara 3 hingga 5 tingkat yang kebanyakannya adalah hotel atau rumah tumpangan. Pintu rumah terus bertemu bibir air. Tingkap2 rumah dihiasi indah dengan bunga2. Rumah2 di Tonle Sap hanya sampan2 yang terapung2 mengikut arus, Tiada apa2 hiasan kecuali wajah syahdu penghuni yang hidup penuh keperitan.

Venice atau Venezia penuh dg kemegahan tempat orang2 kaya berehat. Setiap jam akan ada cruise2 mewah melintasi Grand Canal membawa si kaya berhibur. Kampung air di Tonle Sap hanyalah kampung nelayan miskin yang hiburannya hanya deru gelombang dari tasik. Pelancong yang datang hanyalah mereka yang ingin menyaksikan sendiri penderitaan mereka yang mungkin hanya dapat makan nasi sekali dalam 2 hari. Tiada cruise mewah, tiada gondola untuk pasangan memadu kasih seperti di Venice.

Cuma….. di Tasik Tonle Sap ada azan berkumandang dari masjid terapung walaupun penduduk Islam hanyalah minoriti kecil. Di Venice ada orang Islam tapi azan tidak mungkin dibenarkan. Di Tonle Sap air mata kita jatuh penuh keinsafan….Di Venice pandangan mata perlu selalu dikalihkan dan mulut sentiasa beristighfar.
Orang kafir di Venice sangat menjaga kebersihan sehingga kalau anjing yang dibawa berjalan, apabila mencicirkan najis di tengah jalan tuannya akan mengambil kertas tisu dan membersihkannya sehingga tidak berbekas. Tetapi orang Islam samada di Tonle Sap hatta hingga ke masjidil haram Mekah sekali pun bab kebersihan masih dipertikaikan cara mereka menjaganya.

Subhanallah…..maha suci Allah yang mencipta semua ini untuk dijadikan i’tibar buat mendekatkan diri padaNya.

"Antara Rome dan Phnom Pehn"


posted by Martinelli Hashim

No comments

Dua kotaraya yang jauh berbeza tetapi ada satu kesamaan yang tak mungkin luput dari lipatan sejarah.


Rakyat Phnom Pehn pernah dizalimi penguasa dibawah rejim Pol Pot yang asalnya adalah seorang guru sekolah yang sangat penyayang tetapi kemudian bertukar menjadi makhluk yang amat ganas. Diceritakan bahawa kalau seorang lelaki disyaki sebagai penentang, keseluruhan keluarganya akan dikumpulkan ditempat penyiksaan. Yang lelaki akan diikat dan dibaringkan di atas simen, kalau bergerak walaupun sedikit akan dipukul dengan besi. Orang perempuan akan ditebuk dahinya dengan alat seperti drill sehingga tembus ke belakang kepala di depan suami mereka. Anak kecil akan dibaling ke atas dan ditembak di depan ibubapa mereka. Sehingga kini masih ramai yang trauma akibat perang saudara. …..leburnya nilai kemanusiaan di bumi Allah kerana kerakusan manusia pada kuasa.


Di Rome sebuah panggung besar yang boleh memuatkan beribu2 penonton dibina khas dipanggil Coleseo untuk perlawanan manusia sesama manusia yang dipanggil gladiators atau perlawanan antara manusia dengan binatang buas yang dibawa dari Afrika. Bangunan itu dibina selama 30tahun oleh hamba yang dikerah bekerja tanpa apa2 alat bantuan. Setiap perlawanan akan berakhir dengan kematian. Sang Raja dan juaknya2 serta rakyat Rome akan merasa terhibur melihat hamba sahaya yang dijadikan bahan tontonan mati berlumuran darah. Budaya ini berterusan lebih 200 tahun. Dikatakan berjuta2 hamba telah mati dalam acara ini…..leburnya nilai kemanusiaan kerana limpahan kemewahan dan kuasa.


Kejatuhan empayar Rom ke tangan pemerintah Uthmaniyyah adalah satu rahmat bagi mengembalikan nilai2 kemanusiaan ini. Tapi sayang cuma sekejap..

Rome yang terkenal dengan seni tetapi lukisan dan ukiran2 yang dihasilkan lucah2 belaka. Patung orang berbogel dianggap seni yang ternilai. Seni orang Kemboja lebih bersopan.

Secawan kopi di Phnom Pehn cuma 50 sen tetapi di Rome harganya dalam RM20, itupun cawan kecil yang sangat kecil.


Orang2 di Rome megah dengan pakaian mahal. Orang Malaysia akan merasa hebat membawa jenama2 seperti Prada, Guci, Guess ...made in Italy. Orang Phnom Pehn memakai baju yang diulangpakai entah berapa kali. Kaum wanita Islam Phnom Pehn ada yang berkongsi satu telekung untuk 2 atau 3 keluarga. Di lorong2 Phnom Pehn ramai orang tidur bergelempangan di bahu jalan….di lorong Rome….eh rupanya ada juga yang tidur ditepi2 jalan kerana tiada rumah. ….tidur dalam cuaca sejuk rasanya lebih derita berbanding di Phnom Pehn.


Sembilan hari di Italy bersama suami amatlah bermakna untuk menilai kehidupan yang dianugerahkan Allah swt. Di sini sudah ada masjid yang dibina oleh Pusat Islam Rome. Kewujudannya banyak ditentang oleh orang Rome, sehingga ada yang mengusulkan supaya gereja juga dibina di Mekah. Lebih kurang 25,000 penduduk beragama Islam di kota suci orang Katholik ini. Salah seorang yang aktif adalah bekas paderi yang masuk Islam….AlhamduliLlah.