![]() |
| gambar dari duniacacamarba.blogspot |
posted by Martinelli Hashim
![]() |
| gambar dari duniacacamarba.blogspot |
posted by Martinelli Hashim
| Di balik jubah ada akal dan budi yg matang |
posted by Martinelli Hashim
posted by Martinelli Hashim
Bukanlah suatu ungkapan sia-sia apabila dikatakan hidup ini penuh ujian. Ujian terus diberi dan diberi selagi hidup dikandung badan. Ujian hidup ini untuk apa kalau bukan ujian untuk meningkatkan iman seseorang dan meninggikan maqam insan di mata Allah yang menciptanya. Itu yang diberitahu dalam ajaran Islam. Lagi susah ujian lagi tinggilah pula maqamnya. Sebagaimana juga dalam ujian peperiksaan yang kita lalui bermula dari yang senang hinggalah yang susah. Dari ujian UPSR hinggalah ujian universiti. Lulusan UPSR sudah tentu lebih rendah tarafnya dari lulusan PMR, SPM malah jauh lebih rendah dari lulusan universiti. Hanya mereka yang sudah lulus setiap ujian saja yang diberi pengiktirafan.
Akal kita akan dikatakan tidak sempurna sekiranya kita gagal meneliti setiap ujian yang diberi. Maka telitilah setiap apa yang tersirat dalam ujian Allah. Tidak mungkin Allah memberi ujian untuk sia-sia.
Ujian tidak terhenti di dunia. Soalan-soalan akan terus dikemukakan Allah melalui malaikatNya apabila saja sampainya kita di dalam kubur. Ianya juga tidak berhenti di situ malah diteruskan lagi di padang Masyar. Allah sendiri yang akan menanyakan kita.
Dalam dunia kita hanya mengetahui soalan ujian itu apabila ia datang dalam hidup kita. Ia datang tanpa diduga. Namun kita masih punya masa untuk berfikir dan memperbaiki diri. Kita menerima ujian mengikut ketabahan jiwa dan kekuatan akal untuk menyelesaikannya.
Tanpa kita sedari cara kita mengendalikan ujian-ujian di dunia ini adalah bekalan kita untuk menjawab soalan-soalan yang lebih hebat setelah dunia fana kita tinggalkan. Pada saat jasad tidak mampu bergerak dan akal tidak mampu lagi berfikir yang tinggal hanya roh yang telah bersama sejak mula penciptaan kita.
Bezanya dalam ujian dunia kita tidak tahu soalan apa yang akan diberikan Allah. Malah kita tidak tahu waktu bila datangnya ujian itu. Tetapi di kubur dan di masyar, dengan kasihnya Allah pada kita, kita sudah diberitahu soalan apa yang akan ditanya. Allah membocorkan soalan yang bakal ditanya demi menyelamatkan kita dari terhumban ke lubang neraka.
Soalan-soalan tentang amanah yang diberikan sering diulang-ulang sebagai peringatan. Harta dari mana didapati, untuk apa dan dengan cara ia digunakan. Muamalah dan ibadah bagaimana ia dilaksanakan. Semua itu adalah soalan wajib untuk setiap insan sudahpun diberitahu dengan jelas oleh Pencipta sebelum kita menemuiNya. Kerana rahmahNya juga maka diturunkan RasulNya, Muhammad saw bagi memberi peringatan untuk kita agar bersiap siaga kerana di sana nanti roh tidak akan mampu berbohong.
Kalaulah lembu dan kambing korban tahu yang dia akan mati disembelih, tentu mereka tidak seenaknya makan rumput lagi. Lembu tidak berakal, walaupun kita sudah menunjukkan pisau yang berkilat yang bakal memutuskan urat lehernya, namun dia tetap enak makan rumput. Tetapi tanda degilnya manusia, dia tahu dia bakal mati, mati itu adalah sangat sakit, azab kubur itu lebih sakit dan kekecohan di masyar itu sangat dahsyat tetapi manusia masih gembira melakukan dosa.
Soalan bocor untuk peperiksaan adalah tuah yang ditunggu oleh calon peperiksaan dan ia akan berusaha untuk menyediakan jawapannya sesempurna mungkin.
Solan bocor oleh Allah sudahkah kita perhatikan agar kita berjaya menjawabnya apabila sampai masanya nanti di mana tiada lagi ibu, ayah, anak atau kekasih untuk membantu.menjawabnya untuk kita?
posted by Martinelli Hashim
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Setelah bertahun-tahun terlibat dalam kerja-kerja khidmat masyarakat saya cuba memegang etika bahawa membantu orang tidak dibatasi oleh ras, faham politik atau ideologi. Sesiapa saja makhluk Allah yang memerlukan perlu dibantu selagi mampu.
posted by Martinelli Hashim on ummah
| Tempat yg saya sayangi, Masjid UIA |
“Ya Allah. Kami memikul amanah yang berat ini. Kurniakanlah kami hati-hati yang teguh bersatu tanpa sengketa. Bekerja seikhlasnya. Kurniakan kami pemimpin yang soleh dan bijaksana membawa universiti ini ke puncak jaya. Teguhkanlah iman kami dan tingkatkanlah ibadah kami agar kami menjadi insan-insan soleh dan solehah yang berjuang menyelamatkan ummah.
Ya Allah, bantulah kami agar kami mampu mendidik dengan sempurna. Jadikanlah anak-anak didik lami menjadi insan soleh dan solehah yang penuh berilmu dan berpekerti mulia.Bantulah kami menarik saudara-saudara kami mendekatkan diri padaMu ya Rabbi.Selamatkan diri kami, keluarga kami, saudara kami dari fitnah dunia dan bencana yang tidak mampu kami menanggungnya.....AMIN....AMIN ...PERKENANKANLAH YA ALLAH RABUL ‘ALAMIN.”
Bukan sedikit di antara kita sedar dan merasa wajah suci dan budaya murni UIA perlu dipertahankan demi ummah. Namun bukan sedikit pula di kalangan kita yang memilih untuk berada sekadar di pinggiran.
Bukan terlalu besar sumbangan yang diperlukan dan bukan terlalu banyak masa perlu dikorbankan. Sedikit sumbangan tenaga boleh menggerakkan segunung kekuatan. Sedikit sumbangan fikiran akan melonjakkan selangit kejyaan. Sedikit sumbangan masa akan mengundang seribu keberkatan.
Kalau bukan kita, warga universiti tercinta ini melakukannya, siapa lagi?
posted by Martinelli Hashim
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Kehebatan masyarakat Jepun, adab terjaga walau dalam musibah....Sebuah renungan buat kita semua.
Published on ShanghaiDaily.com (http://www.shanghaidaily.com/
http://www.shanghaidaily.com/
EDITOR'S note:
| from http://wuxinghongqi.blogspot.com/ |
Martinelli Hashim
Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi
Martinelli Hashim
"Cantik anakgadis itu pada budi bahasanya. Segak anak bujang juga pada budi bahasanya. Berbicaralah dengan bahasa yang indah dari hati yang bersih kerana ia adalah gambaran budi pekerti yang luhur dan maruah diri yang tinggi"
Martinelli Hashim
Apabila bergaul sesama insan..
Bukalah hati untuk menyantuni mereka , insyaAllah, ianya akan tertutup dari tamak haloba. Tutuplah hati dari menagih dunia, insyaAllah ia akan terbuka untuk diisi dengan rahmatNya.
Martinelli Hashim
""Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah sebutir zarah yang kecil di alam cakrawala. Pada zarah yang kecil inilah ramai yang mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui. Semakin kita membina syurga di dunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita."
Martinelli Hashim
"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"
Dari artikel Di suatu Pagi Yang Dingin
Martinelli Hashim
Wahai anak muda....Kalian adalah milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Kalian adalahpembawa amanah, amanah itu amat berat, jangan sekali-kali ia dikhianati. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kejarlah masa, usah menunggunya kerana masa itu sentiasa berlari dan tidak akan pernah menunggu kita. Martinelli Hashim
Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir mereka dapat berbicara bahasa ummah.
Martinelli Hashim
200. Harga Rumah Yang Melampau
199. Apabila Bergaul Sesama Insan
198. Carilah Ilmu Agar Kita Tidak Ditipu Dunia
196. Cantik
195.
194. Doa Ulama' Dan Qunut Nazilah Untuk Palestine
193. Rezeki Penuh Barakah
192. Jangan Biarkan Diri Rasa Hebat
190. Buat Yang Bergelar Atau Bakal Bergelar Doktor
189. Mencari Damai Yang Tersembunyi
188. Apabila Kenaikan Pangkat Bukan Milik Kita
187. Pilihanraya Kampus
186. Nasihat Buat Anak-Anak Uia
183. Islam, Democracy And Human Rights Oleh Prof Tariq ...
182. Doa Di Tanah Suci
181. Cerita-Cerita Mereka Yang Dermawan : Sulaiman Al-Rajhi...
180. 5 Tips In A Job Interview
179. Second Class Citizen
178. Semalam Di Dubai
177. Resilia
176. Little House On The Prairie Di Maghribi
175. Hatinya Bukan Milik Keluarga Lagi..
174. Elak Barah
173. Kampung Susu Dan Pelajar Uia
172. Memperluas Salur Darah Yang Tersumbat
171. Ana Uhibbukum Fillah..
170. Anak Aceh Luar Biasa
169. Kerja Sebagai Ibadah
168. Kelahiran
167. Lebih Banyak Bersungut Dari Berdoa?
166. Tulisan Jawi Ke Rumi Merubah Peribahasa
165. Kebesaran Jiwa Bukanlah Warisan
164. "Sampaikanlah Walau Satu Ayat." Ayat Allah Untuk ...
163. Mereka Yang Saya Cemburuii
162. Kemahiran Berfikir Anak Muda Melayu
161. Pesan Imam Hasan Al-Banna
160. Benci Malaysia ? Siri 1: Tercalarnya Ukhwah Antara..
159. Sebuah Monolog
158. Di Suatu Pagi Yang Dingin
157. Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah
156. My Wife Wants Me To Carry Her
155. Bibik Oh Bibik
154. Ayah Jual Saya
151. Jangan Gadai Ummah....Titah Raja Nazrin
150. Semakin Berilmu Semakin Tawadhu'
149. Kebenaran Ini
148. Bibik Oh Bibik
147. Wartawan Malaysia Ditembak Di Somalia
146. Malam Perpisahan
145. Maafkan Ibu, Nak.
144. Kelaparan Di Somalia
143. Sesuap Gandum Sebuah Injil
141.Pelajar Afrika Meninggal Di Bilik Asrama Uia
140. Cara Mudah Memahami Alqur'an
137. Indahnya Senja Di Banting
136. Menjejaki Mujahid Tulin Dari Taman Ilmu Dan Budi
135. "Saya Anak Tak Guna....?!!."
134. Imam Muda Hassan Adli Dan Kisah Uia
133. Nilai Kemanusiaan
131. Reunion Selepas Lebih 30 Tahun
130. Anak Anugerah Allah
129. Tiang Yang Roboh.
128. "Mana Mak?'
127. Memuji
126. Khasiat Buah, Sayur Dan Bijirin
125. Mengajar Anak Tentang Alam Dan Kehidupan
122. Terbunuhnya Osama Ben Laden
121. Sebuah Kesayuan
120. Mahasiswa Yang Tidak Dayus?
119. Imam Muda
118. Soalan Bocor
117. Adat Yang Dilupakan
116. Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?
115. Malu Kita Dengan Orang Jepun
114. Teman Sejati
113. Tsunami Ummah Di Malaysia?
112. Kalau Hati Tidak Merasa Apa-Apa
111. Minda Yang Terkunci
110. Kahwin Masa Belajar.....?
110. Apa Ertinya Saya Sebagai Pelajar Uia
109. Budi Terakhir Buat Sahabat
108. Gugurnya Seorang Pahalawan Censerve
107. Dari Penulis
106. Pejuang Muda Di Taman Ilmu Dan Budi105. Sebuah Perjalanan Pendek
104. Saya Pilih Awak Sebagai Suri Hidup Saya
103. Warren Buffett Si Kaya Yang Hidup Sederhana
100. Israel Ketakutan
98. Kehebatan Doa Menolak Angin Ahmar
97. Berdaawah Di Sini Ketika Ini.
96. Di Saat Mereka Bergelumang Dosa..
94 Kasih Allah Dihujung Redho .
92. Akhirnya Om Dan Tante Pergi Jua...
91. Apa Hadiah Yang Ibu Inginkan?
90. Menuju Solat Menghadap Allah
89. Buang Bayi ? "...Moh Wadon, Kata Wali Songo"
87. Lesen Hidup
85. Laungan Azan Di Rumah Panjang
80. Jiwa Yang Tenang
78. Qur'anic Generation, Qur'anic Wave
77. Bekas Pensyarah Uia Mangsa Pengganas Yahudi
76. Perjalanan Yang Terhalang ..
75. Di Hari Ibu Ini
72. Menanamkan Jiwa Bertuhan Dalam Diri Anak
71. Menguruskan Kejayaan Atau Kegagalan Remaja
62. Ciri-Ciri Lelaki Suka Berpoligami
61. Cerita Raja...."Baguslah!!"
60. Langkah-Langkah Ke Rumah Allah
58. Memanjakan Diri Di Hari Tua
55. Harga Yang Perlu Dibayar Dengan Perpecahan Ummah
53. Warna-Warni Pelangi Kehidupan
51. Menara Gading,Menara Ilmu...Al Azhar, Havard Dan U...
50. Pengalaman Pahit Itu Mahal Harganya
49. Iium Is An Islamic Territory, No Dating!!!!
48. Sebatang Rotan, Secawan Milo
46. Dendam Seorang Gadis Sunti
45. Terdampar Di Pusat Pemulihan Akhlak
44.Graduan Uiam Syahid Di Palestine
41. Pengajaran Sepanjang Hayat
40. Pergi Tak Kembali Ustaz Asri Rabbani
39. Nik Nor Ermiza Yang Istimewa
38. Kearah Warga Uia Yang Lebih Islamik Dan Beretika
37. Mereka Yang Istiqomah Di Jalan Da'wah
35. Budaya Al Ma'thurat Di UIAM
34. Mengendalikan Anak2 Generasi Z
30. Maafkan Cikgu
29. Perbualan Saya Baru2 Ini Dengan Seorang Ustaz Uiam..
28. Mencari Masa Untuk Membaca
27. Membaca Di Kalangan Orang Islam
23. Nikmat Dan Derita Menjadi Ibu
21. Pengiktirafan Dan Harga Diri
20. Bos Perempuan
18. Khutbah Untuk Anak Muda Di Uia
17. Kita Umpama Sebatang Pensel
16. Demi Perjuangan!!!!15. Bila Prof Sano Terisak2 Kerana Ummah
14. Pride And Prejudice Budaya Siapa?
13. Graduan Uia Yang Berjiwa Mulia
12. Berwudhu'lah
11. Mengerat Ukhwah Dengan Masyarakat Melayu Champa
10. Antara Venice Dan Tonle Sap
9. "Antara Rome Dan Phnom Pehn"
8. Towards Heaven Class University...
6. “Mak…Mak… Adik Nak Dokong Lagi..!!”
5. Membantu Mereka Yang Memerlukan
1. Rindu Si Kecil Pada Ibu Yang Sudah Tiada
Copyright Bila Embun Menitis 2011
Powered by Your Inspiration Web
Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com