Cerita Raja...."Baguslah!!"


posted by Martinelli Hashim

1 comment

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Suatu yang membuat saya seronok mendekati pelajar ialah kerana mereka masih berfikiran bersih dan belum terdedah dengan isu2 jatuh-menjatuhkan seperti yang berlaku di dunia pekerjaan. Hubungan kami sebagai ibu dan anak2 menyebabkan ramai yang tidak cuak untuk menegur saya hatta perkara2 personal sekalipun.

Juliana Rashid yang dikenali sebagai JR, bekas pelajar yang sudah bekerja tetapi masih rajin menghantar sms kata2 hikmah dan peringatan2 seperti "jom tahajud", "jom puasa sunat" hinggalah sekarang walaupun beliau sudah lama meninggalkan uia.

Rowin, seorang pelajar yang selalu datang atas urusan kelabnya, sudah menjadi kebiasaannya menjengok saya ke bilik dan bertanya, "Mdm dah solat dhuha, ke?"
Katanya apabila melihat saya, dia teringat arwah ibunya.

Baru2 ini saya bersama bersama ahli2 Kelab IIUM BP Gemilang lama dan baru pergi ke Langkawi atas tajaan BP Asia Pcific. Semasa berbual2 di meja makan, Ehsan, juga bekas seorang pelajar yang rapat dengan saya menceritakan sebuah cerita motivasi untuk saya mengambil i'tibar darinya. Ceritanya tentang kisah seorang raja yang patus jari tangannya kerana tertembak senapang sendiri. Begini ceritanya;

Apabila melihat raja mengerang kesakitan, pembantu raja berkata, "Baguslah jari tuanku putus."
Raja murka yang teramat sangat lalu memerintahkan agar si pembantu itu dipenjarakan.
Selang beberapa lama, pada suatu hari sang raja pergi berburu seorang diri tanpa pembantunya yang setia itu. Tiba2 segerombolan orang asli menangkapnya untuk dibunuh dan dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka. Semasa hendak menyembelihnya, mereka dapati dia bukan seorang mangsa yang sempurna kerana jarinya cacat, oleh itu tidak boleh dijadikan korban. Sang raja dilepaskan dan baginda terus berlari pulang. Baginda mula berasa kesal atas perbuatannya memenjarakan pembantunya yang setia selama ini hanya kerana berkata, "Baguslah jari tuanku putus".

Kalau bukan kerana jarinya putus sudah tentulah dia sudah menjadi korban orang asli itu.
Sang raja terus pergi ke penjara untuk meminta maaf kepada si pembantu. Baginda menceritakan pengalamannya yang hampir dibunuh di dalam hutan. Baginda hairan kerana pembantunya itu hanya berkata, "Baguslah tuanku penjarakan saya."

"Eh, kenapa kamu sentiasa menyebut 'baguslah' pada setiap apa yang berlaku?"
"Kalau patik tak katakan 'baguslah' semasa tuanku putus jari dulu, tuanku tidak akan memenjarakan patik dan patik akan ikut bersama tuanku memburu. Kita akan sama2 kena tangkap. Tuanku akan dilepaskan oleh orang asli itu kerana jari tuanku cacat tetapi patik akan dikorbankan kerana patik tidak cacat."

Ehsan terus bercerita dan bercerita dan akhirnya dia berkata, "Kak Neli, apa pun berlaku kak neli kena sebut 'baguslah' sebab akan ada hikmah pada setiap yang berlaku itu."
Saya tersenyum dan bersyukur mendapat anak2 didik yang mempunyai pemikiran seperti mereka .....terus menerus memberi peringatan pada orang lain tanpa mengira kedudukan mereka.
Dulu saya yang sering memberi kata2 nasihat pada mereka. Sekarang mereka sudah berjaya dan tidak lokek memberi kata2 perangsang pada saya.

1 comment

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai