Ciri-ciri lelaki suka berpoligami


posted by Martinelli Hashim

7 comments

Di antara nikmat menjadi lelaki adalah mereka boleh berpoligami sehingga 4 isteri dan isteri wajib patuh pada arahannya selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Selalu saja lelaki berkata bahwa semua lelaki memiliki keinginan untuk punya isteri lebih dari satu. Cuma kemampuan masing2 yang menentukan samada mereka akan melakukannya atau tidak.

Kalau topik ini ditimbulkan semasa perbualan dengan lelaki akan keluarlah seribu satu hujah untuk menyatakan yang mereka perlu kahwin lebih dari satu. Antara perlu dan ingin adalah dua perkara berbeza. Selalunya mereka bercakap kurang berhikmah dan menggores perasaan wanita yang mendengar walaupun mungkin sekadar bergurau. Saya sendiri sering hairan kenapa itu yang menjadi gurauan paling popular di kalangan lelaki. Kalau mendengar rancangan Sinarpagi di radio, itulah juga yang dijadikan bahan lawak setiap pagi.

Sebagaimana dengan perkara lain dalam Islam, poligami ada juga wajib, sunat, harus atau haram hukumnya. Yang selalu tidak disedari oleh lelaki ialah pentingnaya menjaga kesetabilan perasaan dan emosi isteri agar isteri boleh menjaga kandungan, bersalin dan mendidik anak dengan sempurna supaya anak2 menjadi manusia sejati bila dewasa nanti.

Tugas itu amat berat. Wanita yang sering murung dan tidak bahagia bagaimana mungkin boleh mendidik anak dengan baik.

Kalau perkahwinan tambahan itu semata2 kerana tuntutan nafsu, apalah gunanya jika nafsu kita dipenuhi sedangkan anak2 kita terbiar tanpa layanan sempurna dari ibu akibat dari tekanan perasaan si ibu yang tidak mampu menerima kenyataan berkongsi suami dengan wanita lain.
Berkahwinlah 2, 3 atau 4 jika keadaan amat memerlukan, selagi mampu dan boleh berlaku adil dan isteri dapat menerimanya dengan sabar tanpa menjejaskan anak2. Jika tidak jagalah yang seorang itu dan sempurnakan amanah Allah dengan baik.

Walaupun saya sendiri kurang berminat berbicara tentang poligami tetapi kadang2 mendengar juga kawan2 bercerita tentang ini. Bukan membenci poligami, jauh sekali dari menolak hukum Islam, saya sekadar ingin berkongsi apa yang pernah saya dengar tentang ciri2 lelaki yang berpotensi besar untuk melakukan poligami. Ia diceritakan oleh seorang kenalan yang membuat suatu kajian akademik. Katanya ciri2 itu adalah biasanya lelaki itu;

1. Bersikap sentimental dan suka dimanja dan dibelai
2. Sangat bergantung kepada isteri tentang urusan harian di rumah seperti makan, minum dan pakaian.
3. Suka berfikir secara mendalam perkara yang tidak begitu penting.
4. Suka membuat keputusan terburu-buru,
5. Keputusannya selalu berubah-ubah
6. Suka bertukar kereta
7. Pandai dan bersopan bila berbicara terutama dengan wanita dan orang tua.

Apabila saya ceritakan pada suami saya, beliau menambah ciri ke 8 iaitu "berhati kering". Saya sendiri tidak tahu apa maksudnya.

Kalau ada lelaki yang tidak mempunyai ciri2 di atas tetapi punya isteri lebih dari satu, mungkin dia adalah suami yang benar2 mempunyai alasan yang sangat baik untuk berpoligami bukan kerana nafsu semata2.

Apapun pernilaian kita, yang halal adalah halal dan yang haram tetap haram dan pada setiap yang ditentukan Allah itu pasti ada hikmahnya.
Nikmat yang dirasai oleh lelaki itu, sebagaimana juga nikmat2 dunia yang lain hanyalah untuk sementara dan keperitan hidup bermadu juga untuk sementara. Yang kekal hanyalah kehidupan di akhirat dengan kebahagian yang dijanjikan untuk mereka yang bertaqwa.
Letakkan Allah di atas dan di depan bukan di belakang atau di sisi sewaktu merancang sesuatu tindakan.
Letakkan Allah sentiasa dalam hati sewaktu melaksanakan perancangan.
Kita akan merasa nikmat dipimpin oleh Yang Maha Agung dan hidup tidak tersasar dari jalan yang lurus.

7 comments

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai