posted by Martinelli Hashim
posted by Martinelli Hashim
posted by Martinelli Hashim
Sejenak mencari penawar hati di saat embun menitis.....bertemu dengan link ini tentang kehebatan Ayat Kursiy. Mari kongsi bersama.
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
- Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
- Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
- Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
- Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
posted by Martinelli Hashim
Sesi berakhir selepas 11 mlm dan diteruskan dengan perbincangan merangka projek baru...."QUR'ANIC MENTORING" oleh kelab JKQ untuk remaja di perumahan guru dan perumahan polis. Doakan mereka berjaya.· Lakukan yang terbaik apabila menerima amanah. Usah sia-siakan amanah sebagai pelajar dan usah sia-siakan amanah sebagai ummat Muhammad saw. Bantu mereka yang memerlukan kerana mereka juga ada hak atas kita.· Medan jihad kita adalah di sini dan ketika ini. Medan juang mempertahankan aqidah nak-anak muda di luar sana yang sedang berada diambang kehancuran. Turunlah ke medan ini dan selamatkan mereka. Kalau bukan kita siapa lagi.· Usah terkilan melihat mereka yang sibuk berseronok menikmati habuan dunia sedangkan kita sibuk meniti keperitan membanting tulang membantu orang lain. Pengorbanan masa, tenaga dan nikmat dunia demi agama bukan sedikit ganjarannya dari Allah. Di padang masyar nanti akan ada sekumpulan manusia yang sedang bersenang-lenang pada saat orang lain sibuk mencari perlindungan dari huru-hara masyar. Mereka adalah orang-orang yang semasa di dunia sibuk membantu orang lain pada masa orang lain sibuk mencari nikmat dunia. Moga kita layak berada dalam kumpulan itu.· Ummah memerlukan pemuda yang punya semangat tinggi untuk jadi jurubicara mereka dan membawa obor perubahan.· Masa untuk menabur budi adalah pada semasa badan masih sihat, tenaga masih kuat, masa masih lapang.....masa itu adalah sekarang, bukan besok atau lusa menunggu ilmu penuh di dada atau masa yang lebih lapang.· Orang paling banyak masa adalah orang yang paling sibuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Usah menunggu masa lapang datang menggolek kerana masa itu terus berlari dan kita tidak akan mampu mengejarnya. Sedikit masa lapang yang singgah dalam hidup kita pergunakan sebaiknya supaya dia singgah lagi lebih kerap.· Waktu kita lahir kita diazan/diiqamatkan. Apabila mati kita disolatkan. Hidup kita hanyalah sependek antara azan/iqamat dan solat. Begitu pendek untuk disia-siakan sedangkan tempoh masa yang pendek di dunia inilah penentu nasib kita di akhirat yang masanya tidak berpenghujung.· Jagalah solat kerana itu adalah sebaik disiplin diri dalam menguruskan masa dan diri. Solat adalah kunci kepada kejayaan yang punya barakah. Solat penguat jiwa dan badan orang berjuang. Orang yang solat diawal waktu akan merasa nikmat seolah-olah diberi tambahan masa oleh Allah.· Jagalah al-Quran sementara semasa kita masih memilikinya. Al-quran milik Allah yang dipinjamkan. Sampai masanya ia akan diangkat ke langit dan kita tidak mampu menariknya semula. Tanamkan kitab suci ini di dada anak-anak muda kerana ia adalah benteng paling kukuh bagi mempertahankan dari keganasan dunia."
Sebagai mujahid mereka akur, medan ini tidak menjanjikan jalan yang mudah atau ganjaran dunia. Medan ini hanya layak untuk mereka yang meletakkan diri mereka sentiasa dalam genggaman Allah. Mereka punya hati dan jiwa yang bersih dari sebarang penyakit yang merendahkan martabat insani. Tiada tamak, tiada dengki dan tiada iri hati. Yang dibangun adalah ummatic victory , yang dicari adalah redha Ilahi. Bukan kepentingan peribadi, bukan pula untuk kumpulan sendiri. Tidak takut dan tidak taasub kepada sesiapa kerana mereka tahu itu bukan yang diajar Rasulullah saw.
Di medan jihad ini adakalanya mereka akan kesunyian dari kawan-kawan. Adakalanya rakan-rakan seperjuangan mengundur diri meninggalkan mereka terkapai-kapai di tengah jalan. Mereka akur itu adalah proses tarbiyyah yang tinggi nilainya. Kesunyian dari manusia adalah untuk memberi ruang buat mujahid mendekatkan diri kepada Rabbujalil, Kekasih yang sangat agung cintaNya.
Di medan ini kita akan merasa nikmat yang tidak terucap dengan kata-kata. Badan mungkin letih, saku mungkin tipis, namun di hujungnya nanti mujahid akan tersenyum bangga melihat tapak-tapak yang sudah ditinggalkan dan budi yang sudah ditaburkan. Tiada sijil tiada anugerah. Yang pasti semua akan tercatit di buku agung yang bakal diserahkan sebagai bukti di Mahkamah Allah nanti.
posted by Martinelli Hashim
Titah DiRaja DYMM Raja Nazrin di Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011
Teks penuh:
| Hati yang sebak tidak dapat disembunyikan. |
posted by Martinelli Hashim
"Humanity is the basic element when we deal with other people." Kata saya kepada anak remaja saya sewaktu dia berhadapan dengan masalah salah faham.
"Orang yang ada jiwa keinsanan saja yang boleh beralah dan mengutamakan orang lain. Fahami orang lain dahulu sebelum kita mengharapkan mereka memahami kita.Beralah tidak semestinya kita kalah. " Sambung saya.
"Saya nak minta tukar ke tempat lain. Ada 3 bos atas saya. Mereka tidak pernah pun cuba memahami kesusahan saya. Semua kerja saya yang buat dan mereka hanya mengarah. Kalau gagal program saya yang kena. Kalau berjaya mereka yang dapat nama. Alasan mereka cuma 'mereka adalah academic administrator dan kita kena serve mereka'. Kerja mereka asyik mengumpat dan mencari salah orang admin. Bagi mereka orang admin tak ada 'brains' sebab tak belajar setinggi mereka, so layak buat kerja-kerja remeh saja. Setiap kali orang-orang ini berkumpul topik utama adalah ceirta tak puas hati dengan admin. Promotion saya terbatas bergantung kepada kekosongan tapi mereka boleh capai setinggi mana pun. Kerja kuat dapatlah naik. Tapi saya kerja bagai nak rak pun bertahun-tahun masih pegawai biasa. Sampai bila saya nak jadi hamba orang-orang yang tak berhati perut ini. " Seorang pegawai bercerita sambil menangis.
"Saya geram sangat bila saya minta orang admin buat kerja, mereka soal balik saya." Kata seorang pensyarah yang tidak puas hati dengan pegawainya.
Isu salah faham antara pentadbir dan ahli akademik berlaku di mana-mana universiti. Terutama di kalangan mereka yang masih muda. Orang akademik tidak mahu dibebankan dan orang admin tidak mahu dibuli. Masing-masing cuba mempertahankan status dan melupakan hakikat bahawa status, kedudukan, pengaruh dan jawatan adalah amanah. Kita lupa bahawa kelebihan yang kita miliki hanyalah buat sementara.
Merendahkan dan membuli orang lain sudah tentu mencacatkan status iman. Merasa diri kita lebih dari orang lain sudah pasti petanda orang riya' dan nerakalah tempatnya.
Semakin kita berilmu sudah seharusnya kita semakin tawadhu'.
"Bekerjalah dengan saya bukan untuk saya." Kata Pak Lah.
"Ketua yang baik adalah ketua yang menjaga solatnya." Kata sahabat saya, Khairulzain, yang kaya dengan pengalaman bekerja dengan berbagai kerenah manusia. Kata-kata yang memotivasikan saya untuk lebih menjaga solat agar saya mampu menjadi ketua yang baik itu.
Menyayangi dan menghormati orang lain tidak perlu sebarang bayaran. Merendahkan diri kepada orang lain tidak mengurangkan sesen pun harta kita. Mendengar kesusahan orang lain tidak menuntut apa-apa modal. Menangguhkan marah tidak mengurangkan sedikitpun rezeki kita. Satu-satunya yang diperlukan adalah jiwa yang bersih yang meletakkan Allah di atas segalanya.
Jiwa yang bersih akan kaya dengan sifat penyayang kepada orang lain. Jiwa yang bersih tidak akan sanggup melihat orang lain sengsara apatah lagi menyakiti secara sengaja. Jiwa yang bersih tidak mengejar pangkat dan jawatan dengan memijak orang lain. Jiwa yang bersih membantu orang lain untuk naik bersama. Jiwa yang bersih dapat merasa denyut nadi orang lain yang tidak diperlakukan secara adil.
Ketua adalah imam. Imam membawa makmum mendekati syurga. Ketua yang merasakan dirinya imam akan malu dengan Allah setiap masa sehingga tidak ada lagi rasa besar diri dan riya'dalam dirinya. Ketua yang baik tidak akan sanggup melihat anak buahmya menderita menerima bebanan kerja. Sesuai dengan lebihan gaji yang diterima, ketua adalah pekerja sebenar dan orang bawahannya hanyalah membantu.
Kita perlu mengikut fahaman barat yang mengatakan 'The boss is always right' sehingga kita lupa konsep Islam sebenar tentang amanah besar yang dipikul oleh seorang ketua.
Memang benar, jiwa yang sempurna bersih hanyalah milik orang yang menjaga solatnya. Ketua yang sempurna adalah ketua yang menjaga solatnya kerana barakah solat itu akan melembutkan jiwa yang keras, tamak dan berlagak, penyaki yang menyebabkan hancurnya rasa keinsanan dalam diri kita.
posted by Martinelli Hashim
By Martinelli on Tuesday, January 4, 2011 at 8:36pm
Syurga hanya ada di akhirat dan tidak mungkin kita menciptanya di dunia ini.
Sudah ramai yang sudah tersungkur kerana cuba mencipta syurga di dunia dan sudah tentu dunia akan ketawa dengan kebodohan mereka.Ya Allah! Dari Engkau kami datang. KepadaMulah kami kembali.
ARTIKEL LAIN
Malu Kita Dengan Orang Jepun