TIMUR TENGAH BERGOLAK


posted by Martinelli Hashim

No comments


Rakyat melakukan apa saja menuntut hak
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Timur Tengah bergolak lagi. Jatuhnya rejim Zeyn al -Abidin Ben Ali di Tunisia, kini diikuti pula dengan demonstrasi besaran2 meminta Presiden Hosni Mobarak, Presiden Mesir turun dari kekuasaannya yang sudah mencapai 31 tahun. Presiden Zeyn al -Abidin Ben Ali memerintah selama 23 tahun.
Solat tarawih di Masir yang membuat kita cemburu.
Perang saudara di Sudan pula masih belum selesai. Rakyat menderita kelaparan semata2 kerana isu remeh yg diperbesarkan barat. 

Sudan Utara yang ramai penduduknya berasal dari luar (Arab) yang lebih kaya menjadi fokus kebencian rakyat Sudan Selatan walaupun sama-sama seagama. Maka ditiupkanlah isu nasionalisma sempit. 


Kalaulah pemimpin mereka bijak kekayaan Darfur saja yang buminya penuh dengan minyak, emas dan uranium mampu menampung seluruh warga Afrika dari kelaparan.
Barat menghantar senjata kepada kedua2 kumpulan, maka berperanglah mereka bermatian2 tanpa berfikir mereka sedang diperbodohkan. Kalau anda mengenali orang Sudan, sebenarnya mereka adalah bangsa yang lemah lembut dan penuh sopan santun. Api hasutan mampu merubah kelembutan itu menjadi ganas.


Tunisia yang kaya dengan minyak tetapi rakyatnya miskin dan berpenyakit. Ia hanyalah sebuah negara kecil dengan penduduk 10.5 juta orang. Selepas mendapat kemerdekaan dari Perancis pada tahun1957, Presiden Habib Bourgaboui memerintah sehinggalah disahkan tidak sehat pada 1987. Tunisia berjaya mencapai kemerdekaan atas usaha keras kumpulan Ikhwan Muslimin, namun setelah menang mereka bukan saja dipinggirkan dari kuasa malah ramai yang dibunuh.


Habib  melarang penjawat awam berpuasa kerana mengatakan puasa akan mengurangkan produktiviti mereka dan negara akan rugi.


Zeyn al -Abidin Ben Ali, bekas Perdana Menteri, kemudian merampas kuasa. Walaupun 98% adalah Islam dan Presiden mengaku Islam sebagai agama rasmi, namun wanita tidak dibenarkan memakai hijab kerana menganggap ia adalah satu budaya yang diimport dari Arab  dan membawa kepada kemunduran kaum wanita. 


Zeyn al-Abidin Ben Ali mempunyai isteri yang tamak. Segala keputusan presiden dipengaruhi oleh sang isteri yang suka hidup mewah. 

Para ulama' dipenjarakan dan dibunuh dengan sewenangnya2. Harta negara digunakan tanpa batas oleh keluarga Presiden yang mempunyai rumah2 mewah diluar negara. Nyawa rakyat tidak langsung berharga.

Satu peristiwa kecil akhirnya merubah segalanya. Disember yang  seorang pemuda miskin bernama Abdel Aziz yang sedang menjual makanan telah dibelasah polis. Kerana tidak tahan akhirnya dia membakar dirinya sendiri. Kes ini telah mencetuskan kemarahan rakyat yang akhirnya bertukar menjadi demonstrasi besaran2.

Rakyat Tunisia telah bangkit melawan penindasan, kezaliman dan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah, keluarganya serta pembantu-pembantunya selama suku abad. Mereka berjaya menguasai Tunisia dalam masa beberapa minggu saja. Presiden lari bersama keluarganya ke Saudi untuk mendapatkan perlindungan.

Maklumat terkini mengatakan Rachid Ghnoushi, seorang ulama', aktivist Islam yang telah melarikan diri ke Peranchis kini telah kembali ke Tunisia untuk membantu membangunkan negara itu kearah negara Islam yang lebih sempurna. Adakah dengan adanya Rachid Ganoushi di Tunisia dan Hasan Turabbi di Sudan, 2 orang tokoh ikhwan Muslimin dapat memulihkan semangat rakyat untuk kembali bersatu.

Nasib ummat Islam di bumi Ambiya' Mesir juga sudah lama menjadi korban keadilan. Sejak zaman Jamal Abdul Nasir, rakyat Mesir tidak habis2 ditekan pemerintah yang anti kebangkitan Islam. Namun atas semangat jihad walaupun ribuan ulama' mati disiksa pemerintah, mereka tetap tabah. Munculnya Ikhwan Muslimin yang asaskan oleh Hasan Al-Banna telah membawa satu harapan pada pencinta Islam. Namun akhirnya Hasan Albanna syahid dihujung senjata atas arahan Jamal abdul Nasir.

Anwar Sadat naik takhta Presiden menggantikan Jamal. Nasib orang Islam semakin tersiksa. Beliau menggadaikan maruah ummah  dengan menandatangani perjanjian Kem Davis pada 26 Mac 1979 walaupun ditentang oleh negara2 Islam lain yang akhirnya Mesir disingkirkan dari Liga Arab.
Bagi negara-negara Arab, dengan menandatangani perjanjian tersebut, bererti mereka sebenarnya menyokong Israel dan mengetepikan hak rakyat Palestin yang telah dijajah sejak perang tahun 1948. Buat pertama kali negara2 Arab berfikir secara rasional.
Perjanjian yang diusahakan oleh Jimmy Carter itu terus dilihat sebagai dosa Anwar Sadat terhadap masyarakat Palestin. Tetapi dengan permainan politik barat, Mesir diterima kembali dalam Liga Arab yang tidak membawa apa2 kebaikan pun kepada rakyat Palestin. Yang jelas mereka semakin menderita.
Sejak itu semakin menjadilah2 Yahudi merampas tanah Palestin dan mengurung rakayat Palestine di penjara terpanjang duni, Gaza.
Anwar Sadat mati ditembak oleh rakyatnya sendiri. Penggantnya Hosni Mubarak dilantik sebagai Presiden baru dengan sokongan dan bantuan penuh dari Barat. Dikatakan Mesir adalah penerima ke4 terbesar dana dari Amerika selepas Israel, Pakistan dan Afghanistan.
Memerintah selama 3 dekad, apalah yang boleh diharapkan selain menjadi boneka barat. Khutbah dilarang dari menyentuh isu Palestine. Undang2 dipermainkan. Hukuman dibuat tanpa pengadilan. Kumpulan Ihkwan Muslimin ditindas habis-habisan.
Tiba-tiba ummat Islam dikejutkan dengan tindakan Mesir menutup laluan masuk ke Gaza, satunya2 harapan rakyat Palestin untuk mendapatkan makanan, ubatan dan air bersih dari luar. Ribuan kanak2 dan wanita mati kesakitan dan kelaparan akibat perbuatan Mesir saudara seagama itu.Tiada hati manusia normal yang tidak terhiris melihat penderitaan kanak kecil yang tidak berdosa.
Sekarang rakyat sudah tidak mampu bersabar. Mereka menuntut Hosni turun. Selama ini Hosni cuba melatih anaknya Gamal Mubarak untuk mengambil alih kerusi presiden menukar rancangan dengan melantik pakar inteligensianya, Omar Suleiman, menjadi Timbalan Presiden, jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Rakyat menolak tawaran Hosni. Mereka hanya mahu Hosni berundur segera
Apa kata barat?
Bagi menyembunyikan kerungsingan masing2, satu kenyataan bersama dibuat :
"Kami meminta Presiden Mubarak tidak menggunakan kekerasan dalam menghadapi orang awam, dan hadapi para pemrotes dengan damai," kata Perdana Menteri Britain, David Cameron, Kanselor Jerman Angle Markel dan Presiden Prancis Nicolas Sarkozy, dalam pernyataan bersama.
Mubarak mengarahkan syarikat Vodafone agar semua talian talipon dan laman sosial antara Mesir dan dunia luar diputuskan.  Namun apakah ini mampu menahan gelolmbang kebangkitan rakyat?
Gelombang ini melibatkan seluruh kelompok rakyat termasuk pelajar, para profesional, kumpulan  Ikhwan Muslimin dan lain2. Kejayaan rakyat Tunisa menggulingkan presidennya dan demonstrasi besaran2 di Mesir seolah2 memberi satu isyarat bahawa rakyat semakin berani menentang pemimpin yang korup dan menjadi boneka barat.
Rusuhan di Mesir agak kucar-kacir tanpa pemimpin. Kembalinya Elbaradei, pemegang hadiah nobel ke Mesir dan sama2 berdemonstrasi, apakah ia bakal menjadi pemimpin. Ihkwan Muslim yang bermatian2 berjuang selama ini tidakkah merasakan misi ummatiknya akan terpinggir begitu saja sekiranya Elbaradei berlatarbelakangkan sekular itu memimpin revolusi ini?

Adakah ini permulaan ke arah pelepasan Timur Tengah  dari telunjuk barat.? 
Turkey negara yg   puluhan tahun dicengkam oleh penguasa tentera yang menggunakan konsep circular, kini sudah berubah. Kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan sejak beberapa tahun lalu dengan penuh berhikmah telah melakukan proses Islamisasi di negara itu. Wanita sudah dibenarkan memakai tudung masuk ke pejabat, universiti dan sekolah. Masjid2 dan surau2 mula penuh dan aktif dengan orang2 muda.
Iran sehingga sekarang masih berani mempertahankan projek nuklearnya walaupun diugut barat berkali2.
Sebagai orang Islam yang sudah lama menanti agar berlakunya satu keajaipan di mana semua negara Islam bersatu meneggakkan panji2 Islam, saya merasa semakin positif ianya sedang bergerak ke arah itu. Dunia Islam memerlukan sistem khalifah yang jitu bukan kepresidenan yang ternyata gagal.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai