posted by Martinelli Hashim
Berbicara melalui skype dengan anak yang bertanya tentang
kelompok-kelompok yang menamakan kelompok mereka sebagai jemaah Islam, saya katakan, "Masuklah
ke dalam jemaah Islam kerana itu adalah tuntutan agama dan ia membantu kita
menjalani kehidupan yang terpimpin. Bergaulah dan berbicara dengan hikmah
tetapi usah taksub kepada kelompok.
Kematangan menentukan peribadi kita. Kalau
kelompok itu ketuanya mendidik ahlinya melalui indoktrinasi dan ahli menerima
segalanya penuh taksub, memburukkan kumpulan lain, mereka adalah kelompok yang
tidak matang yang tidak akan mampu menjadi penyelesai masalah ummah.
Kelompok yang matang akan memandang kelompok lain dengan penuh penghormatan, sama-sama bersyukur dengan kejayaan mereka, tidak cemburu dan tidak memburukkan.
Tugas kita adalah memanggil orang ke jalan Allah. Kalau
mereka sudah lembut hati untuk datang kenapa perlu membatasi fikiran mereka
kepada kefahaman kita sahaja?
Rasulullah saw menyatukan manusia dengan meraikan pelbagai
sifat ummatnya sehingga semua merasa bahagia dan tiada yang merasa terpinggir
di bawah lembayung kasih baginda. Ikatan ukhwah itu ikatan jiwa mempertautkan kasih
sayang sesama manusia yang melafazkan shahadah. Ia melangkaui kelompok jemaah.
Berhati-hatilah dengan label-label 'orang kita' kerana ia boleh saja membuat orang lain rasa
terpinggir dan hak mereka sebagai saudara se Islam kita nafikan tanpa
sengaja. Layanan kepada 'orang kita' akan dilebihkan berbanding dengan bukan 'orang kita'. Bukankah itu berdosa namanya?"
posted by Martinelli Hashim
Pertemuan seketika dengan guru saya, Datin Ustazah Aminah Zakaria yang sudah kelihatan agak uzur, beliau sempat menyampaikan ilmu di meja makan. Kata beliau, "Neli, tolong tuliskan 9 wasiat Allah kepada Rasulullah saw.:
1. Ikhlaslah dalam masa sunyi atau bersama khalayak
2. Berlaku adil lah pada masa suka atau pada masa marah, pada masa sayang atau pada masa benci
3. Beriqtisad lah (berjimat) pada masa kaya atau pada miskin
4. Hubungkan orang yang memutuskan tali persaudaraan.
5. Maafkanlah orang yang menzalimi kita.
6. Berilah kepada orang yang tidak mahu memberi
7. Jadikanlah diam untuk berfikir
8. Jadikanlah bicara sebagai zikir
9. Jadikanlah penglihatan untuk mencari i'tibar"
Sebelum itu beliau mengingatkan tentang dua kunci perjuangan iaitu sabar dan taqwa. Dengan kunci itu ada 500 orang malaikat akan menjaga kita. Kunci itu sangat berguna terutama semasa menghadapi keperitan ujian menjalankan daawah. Kita akan ditemukan dengan sakitnya apabila teman sendiri menikam dari belakang.
Saya masih ingat tazkirah beliau lebih 20 tahun yang lepas di surau Kolej Khadijah UIA PJ :
"Di padang Masyar nanti Allah akan tunjukan curahan pahala kita yang sedang melakukan ibadah. Contohnya pahala yang Allah bagi untuk kita baca AlQuran. Pada masa tertentu pahala itu putus-putus. Yang putus-putus itu adalah apabila semasa membaca ada orang lalu kita pun memperelokkan bacaan kita. Begitu juga pahala solat kita terputus-putus kerana semasa sedang kita solat setiap kali ada orang lalu, kita memperelokkan solat kita. "
Saya mengkagumi beliau kerana tazkirah beliau yang sangat berkesan. Sekarang beliau adalah wanita yang sangat sabar menjaga suami, Datok Ustaz Hashim Yahya bekas Mufti Wilayah yang sedang koma sejak setahun yang lalu. Ustaz Hashim adalah naqib saya sewaktu di Universiti Malaya dulu. Semoga beliau segera sembuh dan kembali mencurahkan ilmu..

Nasihat buat anak-anak CENSERVE yang saya tinggalkan:
Teruskan berdaawah memartabatkan ummah.
1. Jadilah insan yang selalu menyenangkan
orang lain bukan menyusahkan,
membahagiakan bukan menyedihkan,
mendamaikan bukan mengeruhkan,
melindungi bukan menyakiti agar
kehadiran kita dinanti-nanti bukan dibenci
.jpg)

2. Jagalah solat sebaik-baiknya kerana itu
saja penyelamat kita dunia dan akhirat,
3. Sebarkan kasih sayang ke seluruh makhluk Allah kerana kita dicipta dengan sifat
Rahim Allah yang amat menenangkan
4. Tawadhu' lah kerana ia memuliakan manusia di mata Allah
5.Jiwa yang insani meletakkan redha Allah di atas segalanya, peganglah amanah, jangan
khianati
6. Kita adalah daie bukan penghukum, sabarlah dengan kerenah mereka yang menyakitkan
7. Berhikmahlah dalam menegur dan bersyukurlah bila ditegur sahabat kerana itu kunci
ukhwah sejati
8. Carilah ilmu dan muliakan orang yang lebih berilmu, namun usah hina mereka yang
kita sangka tidak berilmu. Santunilah mereka kerana kita tidak tahu apa maqam mereka
di sisi Allah.
9. Jinakkanlah hati dengan ayat al-Quran dan zikir agar kita terus mendapat limpahan
rahmat Allah.
10. Bertahajjudlah malam hari tanda kehambaan kita kepada Rabbuljaleel dan ia juga
adalah sumber tenaga untuk siang hari.
11. Berdoalah agar kita diberi hikmah dalam menjalankan da'wah kerana ia amat penting
agar risalah Allah ini sampai ke hati mad'u sebaik-baiknya
12. Jauhkan dari sifat sombong, angkuh dan merasa diri lebih dari orang lain.
13. Hormatilah semua jemaah Islam walau mereka mungkin berbeza cara dengan kita.
14. Jadilah penyatu yang bertelingkah bukan pemisah yang sedang berdamai
15. Tumpuan kita adalah untuk mencapai kejayaan ummah, bukan kejayaan kelompok bukan juga kejayaan peribadi.........

Orang bertanya kenapa saya terlalu 'obsess' dengan
CENSERVE, pusat yang sudah saya terajui selama 17 tahun. Oh, tidak. Saya hanya ingin menukar sikap
anak muda yang obsess dengan cerita korea, 'social media', aktiviti gila-gila
kepada kerja yang lebih mulia. Semua itu hanya untuk khidmat diri, dan saya
maengajak mereka untuk khidmat masyarakat. Hidup ini kosong dan ia perlu
dimaknakan. Mati itu pasti dan ia perlu diperbekalkan.
Alhamdulillah ramai yang menyahutnya dan kini mereka bertebaran di bumi Allah menyebarkan risalah
suci hidup beragama, berakal dan berbudi
, memartabatkan ummah agar tidak dipandang lemah.
Di CENSERVE mereka diasuh menggilap potensi diri, dan
keluar memacu kejayaan tetapi tidak lupa rumput di bumi. Tiada yang istimewa di CENSERVE, kecuali
sebuah ruang kecil yang diisi dan dikunjungi oleh insan-insan berjiwa besar.
Pejabat pun masih menggunakan kipas, mesyuarat beralaskan tikar tetapi mereka
yang cukup tawadhu' ini mampu mengendalikan 20 projek besar yang dengan lebih
400 program tahun lepas.
Mereka
faham dengan konsep Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu,
berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang
miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang
berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah
budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian
yang abadi.
Saya
amat menyayangi mereka kerana Allah swt.
posted by Martinelli Hashim
Saya selalu ingat pesan Dato' Sidek Fadhil dalam ucapan terakhir sebagai presiden ABIM beberapa tahun yang lepas sambil air mata beliau menitis, "Peluang yang luas untuk berdaawah yang Allah beri ini belum tentu akan diberi lagi sesudah ini. Gunakanlah semaksimanya sebelum kita dihalang melakukannya. Kita tidak tahu suasana poltik yang bagaimana yang akan kita tempuh selepas ini."
Saya pegang kata-katanya sebagai peringatan pada saat-saat semangat juang menurun. Saya akur masa terus berlari, tak mungkin ia menanti kita kalau kita lambat. Sesekali bimbang juga akan ada tangan yang akan menghalang atas alasan apa pun.
Menggunakan sepenuh peluang dan masa yang ada yang Allah beri walau ada sedikit sebanyak kesulitan, ia tetap berjalan.... alhamdulillah ia cukup memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan. Manisnya berdaawah hanya dapat dirasakan apabila turun ke medan bukan duduk dikerusi empuk atau bicara dicorong pembesar suara saja.
Kini, dalam situasi yang penuh persoalan kata-kata ustz Fadhil terngiang-ngiang di fikiran. Memohon bimbingan yang sempurna dari Allah Yang Maha Pemberi Hidayah ... agar tiada tindakan yang tersasar menjadi fitnah. Masih mencari destinasi mencurah bakti menyempurnakan misi yang masih jauh .... masih merayu kepada Ilahi agar diberi peluang sekali lagi.
Allah penentu segalanya.... kita perlu menjadi air sungai yang tetap lalu walau dihalang batu. Menjadi penghaus dahaga, mendinginkan kepanasan. Tidak seperti air laut yang sering bertukar menjadi badai. Allahuakbar. Rabbi yassir wala tu'assir.

Bermusafir di musim sejuk. Bawa sambal tumis, rendang, serunding, beras, periuk nasi dll. Dari pengalaman bermusafir di benua asing ini, semua itu amat berguna terutama bagi keluarga ramai seperti kami. Maka anak-anak makanlah dengan lahapnya seolah-olah sudah bertahun tidak makan sambal dan rendang ……. tiba-tiba pada hari kedua sambal tumis basi …… wah sedih bukan kepalang kelihatan di wajah masing-masing terutama Syakirah yang sudah berbulan di perantauan teringin makan sambal tumis ibu.
Keenakan sambal hasil tangan ibu, rendang hasil tangan nenek dan kesedihan apabila tidak dapat menikmati keenakan sambal... di situ ada sesuatu untuk direnungkan.
Tangan yang membuat sambal, tangan itu jugalah yang sentiasa menadah doa ke langit untuk kebahagiaan anak-anak. Biarlah terputus sambal asal jangan terputus doa. Kalau kita sudah merasa sedih kehabisan sambal hasil tangan ibu, bagaimanalah rasanya kalau kehabisan doa apabila tangan itu sudah tiada.
Hargailah insan yang memiliki tangan yang membuat sambal itu, bukan semata-mata kerana sambal yang dibuatnya tetapi kerana tadahan tangan itu memohon doa untuk anak-anak tercinta. Sambal boleh dicari di mana-mana, tetapi ibu kita tiada galang gantinya….. ibu sayang anak-anak ibu.

Alhamdulillah, impian sejak kecil menjejak banjaran Alps tercapai juga hari ini.... Bersama anak-anak, Hazim, Syakirah dan Hanif di puncak Rochers-de-naye, sempadan Switzerland dan perancis... Maha. Suci Allah yang menciptakan semua ini.

Begitulah hidup di dunia. Setinggi mana kita mendaki puncak kehidupan ia tidak menjanjikan segalanya. Mungkin saja ia hanya sebuah kekosongan. Pangkat yang tinggi dan harta yang banyak belum tentu membuat kita bahagia.
Setinggi manapun kedudukan kita, yang lebih bererti hanyalah ketika dahi menyentuh bumi bersujud kepada Ilahi tanda kita akur Dialah Yang Maha tinggi.... Ya, Rabb, tiada nikmat yang mampu kami nafikan.