Feb 23, 2019

NILAI KITA DI MATA ALLAH



Duhai anak
Nilai kita di mata Allah terletak pada kuatnya taqwa kerana di situ penentu iman kita setinggi mana.
Nilai kita di mata manusia terletak pada indahnya akhlaq kerana di situ akan terlihat budi kita seluhur mana.
Hargai mereka yang menyayangi kita, sayangi mereka yang menyantuni kita, santuni mereka yang mendoakan kebaikan untuk kita dan doakan mereka yang pernah berjasa kepada kita.
Yang perlu dibimbangi bukan larinya kesenangan dunia atau sanjungan manusia.... Tetapi hilangnya barakah dan musnahnya kedamaian sehingga hidup tidak lagi mampu dimaknai.
Sayang,
Tidak penting hina atau mulianya kita di mata makhluk bumi asalkan kita mulia di mata makhluk langit.
Teruskan berbuat baik. Orang baik tak kan pernah rugi.
Belajarlah menjadi manusia yang insani dari siapa saja hatta dari semut-semut kecil yang tidak diindahkan manusia.

No comments:

Post a Comment

Pandangan anda amat dihargai