Bajet….!! Setiap
kali selepas pembentangan kita tidak mampu untuk tidak bersuara walau hanya
bersuara kepada teman ....................... bagaimanalah senario penyelidikan
di IPT selepas ini agaknya. Apakah Taman Ilmu dan Budi akan lupakan harapan
untuk menjadi RU dan perkuat T&L.
![]() |
| Mendidik mereka menjadi insan penyayang |
Apapun yang
diperuntukkan kepada IPT, kebijaksanaan merancanglah yang paling penting. Saya
akan bangga kalau UIA tercinta perkuat nilai keinsanan mahasiswa agar menjadi
warga dunia yang hebat di segi:
1.
Kerohanian
2.
Intelek
3.
Fizikal
4.
ketampanan
sosial
5.
kemandirian
Lima aspek utama yang suatu ketika dulu saya jadikan panduan
asas dalam merangka ‘strategic planning’
pembangunan pelajar UIA. Ia diolah untuk
dihadzamkan oleh anak-anak didik yang terasuh minda mereka bagi membawa obor
penerang ummah.
Walaupun sudah berada dipersada penyelidikan, hati tidak mampu
untuk tidak melihat perkembangan anak muda yang bernaung di Taman Ilmu dan Budi
ini. Jauh di sudut hati masih mengharap agar mereka yang dididik di sini
biarlah benar-benar menghasilkan insan berkualiti. Masih mengharap mereka yang
membawa amanah benar-benar sedia mendidik anak-anak muda ini menjadi insan
berjiwa besar yang di dalam diri mereka ada
i. Jiwa bertuhan
ii. Jiwa bermasyarakat
iii. Jiwa berkeluarga
iv. Jiwa berwatan
ii. Jiwa bermasyarakat
iii. Jiwa berkeluarga
iv. Jiwa berwatan
Itualah jiwa yang terasuh dan apabila pulang kepada Rabb,
disambut Allah dengan firmanNya
" Wahai jiwa yang tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dengan
rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhai. Masuklah ke
dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu" ...surah al Fajr.
Sekadar cetusan rasa insan kerdil yang tidak punya apa-apa
selain nostalgia indah 23 tahun bergelumang dalam membangunkan kemahiran
insaniah mahasiswa.

No comments:
Post a Comment
Pandangan anda amat dihargai