Archive for February 2011

Kahwin Semasa Belajar.....?


posted by Martinelli Hashim

10 comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ



“Maaf, saya panggil Awin (bukan nama sebenar) ke sini sebagai menjalankan tanggungjawab sebagai Principal bagi membantu mana yang boleh. Awin pun mungkin dah tahu kenapa.” Saya memulakan bicara berhadapan dengan seorang anak gadis yang dilaporkan sudah agak tersasar dalam pergaulan dengan teman lelakinya.

Sebagai pengetua Mahallah (Asrama)  Ameenah waktu itu, saya terpaksa menangani kes-kes disiplin pelajar.

Awin hanya tunduk sambil menyapu air mata. Seorang pelajar tahun akhir IRK yang mengaku gambar seorang lelaki dan perempuan dalam keadaan yang sangat menjolok mata adalah gambarnya. Dia juga mengaku pernah tidur di rumah teman lelakinya.

“Saya tahu saya salah. Saya dah banyak buat dosa. Saya tak layak jadi budak IRK. Saya malu dengan keluarga. Saya malu dengan kawan-kawan. Maafkan saya, puan. Saya tak tahu apa patut saya buat. Saya sayangkan dia tapi keluarga tak bagi kami kahwin sebab saya belum habis belajar. Dia tak ada degree dan keluarga pandang rendah kat dia. Keluarga saya minta hantaran sampai RM10 ribu. Kami tak mampu.” Dia menjawab dengan airmata yang semakin laju.

Awin hanyalah salah seorang pelajar dari ribuan pelajar IPT yang berada dalam persimpangan antara cinta dan keluarga. Ramai yang menjadi mangsa halangan keluarga untuk berkahwin semasa belajar sehingga akirnya terjerumus ke lembah dosa. Pengajian agama yang dihadapinya hari-hari tidak mampu menghalang dirinya dari mengikut nafsu syahwat. Sebagai remaja yang datang dari kampung, perpindahannya ke kota menemukannya dengan pemuda yang longgar iman. Akhirnya dia tidak mampu lagi mempertahankan prinsip agama yang melarangnya dari mendekati zina.

Sebagai gadis yang biasa tunduk patuh kepada orang tua yang terlalu keras dengan pendapatnya, dia tidak mampu bersuara apalagi mendesak ibubapanya walaupun keadaan sudah sangat parah.

Beberapa fakta yang perlu diketahui oelh ibubapa
  • Peringkat kematangan setiap anak adalah berbeza-beza
  • Kerana budaya, anak tidak akan memberitahu ibubapa yang mereka sudah wajib kahwin.    
  • Adalah haram melarang nak yang sudah merasa wajib berkahwin.
  • Tugas kita  menjaga dan mengawal anak-anak adakalanya perlu dilepaskan lebih awal dari   yang kita jangkakan
  • Pandangan kita belum tentu semuanya benar dan pandangan mereka belum tentu semuanya salah.
  • Jangan kerana silap pengiraan, akhirnya anak yang kita sayangi selama ini hidup menderita sedangkan mereka tidak mampu bersuara.
  • Secalit marah kita kepada anak mungkin saja membawa bala kepada masa depan anak kita
  • Anak kita hanya ada satu ibu dan satu bapa dan  kitalah  sumber kebahagiaan mereka
  • Anak hanya akan bahagia apabila kita mampu mendengar luahan mereka dengan baik.
  • Kita sering tersilap dengan mendahulukan adat dari syariat dalam urusan perkahwinan anak
  • Berbanggalah dengan mahalnya nilai agama anak bukan nilai hantarannya.
  • Bersyukurlah dengan anak yang menyahut seruan agama untuk berkahwin secara sah. Betapa gusarnya kita sekiranya anak tidak mahu berkahwin malah lebih malang lagi kalau pasangan yg mengisi nafsunya adalah sejantina dengannya.


Beberapa fakta yang perlu diketahui oleh anak:
  • Tidak ada ibubapa yang normal tidak mahu anaknya bahagia. Jangan salahkan ibubapa apabila keputusannya tidak kita senangi kerana anak dan ibubapa mempunyai paradigma yang berbeza.
  • Paradigma ibubapa boleh saja diubah melalui teknik komunikasi berkesan dan doa yang ikhlas. Percanggahan pendapat dengan ibubapa kebanyakannya berpunca dari teknik berkomunikasi yang salah.
  • Ibubapa juga malu berbicara secara terus terang dengan anaknya hal-hal berkaitan perkahwinan sebagamana anak malu berbicara perkara yang sama denga ibubapanya.
  • Ibubapa juga punya ego yang sukar dilentur kecuali mereka yang punya ilmu agama, pengalaman dan informasi yang cukup mendepani anak yang  sudah dewasa.
  • Tindakan kita tidak semestinya betul dan ibubapa tidak semestinya salah
  • Walaupun anak itu sudah besar, pada perasaan ibubapa anaknya masih anak yang dibawa bertatih yang sentiasa perlu dilindungi
  • Perkahwinan bukan  semata-mata untuk memenuhi nafsu kerana itu hanyalah perkara yang teramat kecil jika dibandingkan dengan tanggungjawab ketuhanan, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang ada di hadapan nanti.
  • Mengawal nafsu sebenarnya lebih mudah dari mengelakkan diri dari menjadi anak derhaka
  • Peratus kegagalan rumahtangga mereka yang berkahwin semasa belajar adalah agak tinggi terutama mereka dalam aliran sains.
  • Kita hanya punya satu ibu dan satu bapa. Bahagiakanlah mereka dengan perkahwinan anak yang sempurna pada pandangan mata mereka. Sempurna dari segi masa, cara dan suasana yang membuat mereka merasa bangga dengan anak yang dididik selama ini.
  • Ibubapa tidak pernah lupa dari memikirkan kebahagian anak merka. Hadiahkan mereka dengan calon menantu yang baik, beragama dan bersopan-santun yang menambah keyakinan mereka bahawa anaknya akan hidup bahagia dan masa tua mereka tidak akan kita sia-siakan.  
  • Mengalah sebentar dengan kehendak ibubapa mungkin saja membawa kejayaan yang lebih baik di depan nanti.
  • Allah sudah menjanjikan akan membalas segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan terhadap ibubapa dan berhat-hatilah dengannya.
  • Melakukan puasa bagi menahan nafsu amat besar kesannya. Redhakanlah pernikahan anak apabila mereka sudah bersedia. Usah dilarang kecuali atas alasan shar'ie.



Karya asal oleh Martinelli Hashim

    Apa Ertinya Saya Sebagai Pelajar UIA?


    posted by Martinelli Hashim on

    31 comments

    Penyerahan amanah ummah
    بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


    "Saya masuk UIA bukan saya minta pun. UPU yang pilih. Masa sekolah dulu bila kawan-kawan sibuk nak masuk UIA saya selalu kata pada mereka.....alaaaa, apa barang masuk UIA. Tapi sekarang dah di penghujung ni, saya syukur jadi student UIA." Kata Ismail Jaafar.

    "Ayah saya dulu polis. Selepas tamat pengajian UIA, dia buat keputusan berhenti jadi polis kerana UIA mengubah pandangan hidupnya. Ayah bertekad supaya semua anaknya masuk sekolah agama kemudian masuk UIA. " Kata Raziq.

    "Saya dulu dari sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Penang. Masuk UIA tanpa ilmu agama yang cukup. Saya minat muzik dan pandai main piano. Bila masuk UIA rasa asing sangat. Entah macam mana masa menyanyi  Asma’ ul Husna ramai-ramai dalam Taaruf Week, saya rasa sayu sangat-sangat, ada sesuatu yg cukup menyentuh hati saya..........it was so beautiful" Kata Dr. Aldila Ishak.

    Di atas adalah sebahagian dari kenyataan-kenyataan yang saya dengar dari mulut beberapa orang bekas pelajar UIA yang cemerlang sejak zaman pelajar sehinggalah sekarang dalam dunia karier masing-masing.

    Mereka mewakili kumpulan graduan yang bukan saja  cemerlang dalam akademik tetapi tetap aktif dalam aktiviti daawah dan kemanusiaan. Pelajar-pelajar ini dapat menerapkan misi ummatik dalam diri mereka setelah melalui tarbiyyah uia selama 3,4, 5 atau 6 tahun di UIA. 

    Kalau UKM tertubuh selepas desakan anak-anak muda Melayu yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu, UIA pula tertubuh selepas desakan anak-anak muda Melayu yang ingin memartabatkan ilmu Islam. 

    Bicara untuk menubuhkan sebuah universiti sudah bermula sejak zaman Pendita Zaaba lagi. Ia berterusan dengan bicara-bicara pelajar pondok dan mereka yang memang mengimpikan kemunculannya. Pada tahun 1971 sekumpulan anak-anak muda Melayu dari Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) mengadakan seminar membicarakan perlunya sebuah universiti Islam di Malaysia. Ungku Omar membentangkan kertas konsep, Selepas itu desakan demi desakan dilakukan agar kerajaan menubuhkan universiti tersebut. Kumpulan-kumpulan seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, ABIM dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia adalah kumpulan yang konsisten memperjuangkannya. Desakan juga datang dari World Association of Muslim Youth (WAMY), Tokoh tempatan seperti Anwar Ibrahim mendesak melalui ABIM. Tokoh gerakan Islam antarabangsa  Ismail Farouqi pula sangat giat memujuk Perdana Menteri Dr. Mahathir. 


    Bengkel Da'wah  di CENSERVE oleh pelajar 
    Sejarah ini tidak tertulis dengan sempurna. Sayang sekali sejarah UIA yang rasmi hanya bermula selepas persidangan Mekah. Alangkah baiknya kalau ia digali semula sementara mereka yang pernah terlibat dalam perjuangan itu masih  hidup. 

    Saya masih terbayang pidato berapi-api di dewan kuliah UKM Lembah Pantai  oleh para  mahasiswa dan saya waktu itu hanyalah seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun yang cuba menumpang dengar dan akhirnya ikut terbakar semangat. Semangat itulah yang saya bawa hingga hari ini.



    Kesediaan  Dr. Mahathir menerima cadangan penubuhan sebuah universitI Islam dan kemudian dibentangkan di persidangan Mekah adalah kemuncak kepada perjuangan kumpulan anak-anak muda itu. UIA dibuka juga akhirnya pada tahun 1983.Tercatatlah satu sejarah yang amat besar ertinya dalam dunia Islam masa kini.

    Maka ramailah mereka yang pernah terlibat memperjuangkan penubuhan UIA memohon  menjadi  tenaga pengajar dan pentadbir di universiti tercinta. Idealisma suci yang mereka terapkan ialah untuk mendidik pelajar-pelajar bagi menghasilkan graduan yang berjiwa Islam pembawa obor kecemerlangan ummah. Para pelajar dididik melalui proses tarbiyyah yang dirangka khas untuk mereka bagi membina peribadi unggul.

    Berda'wah di pedalaman Phnom Pehn
    Mereka bukan di menara gading tetapi di menara ilmu. Oleh itu tidak ada masa untuk bermanja dengan dunia.  Kalau pengajian di UIA itu dikatakan susah, memang benar susah dan sangat banyak jam kredit untuk dilalui. UIA tidak akan mengubahnya kerana itu saja yang akan menjamin mutu produknya, produk yang ada tanggungjawab berat untuk dipikul. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya.



    Mereka milik ummah, kepada ummahlah mereka harus berbakti. Amanah itu besar dan tanggungjawabnya berat, maka mereka perlu  dididik dengan sempurna supaya amanah dapat dipikul dengan sempurna.Satu proses tarbiyyah yang terancang perlu mereka lalui.

    Aktiviti Qiyammmulail, Asma ulhusna, Usrah dan Alma'thurat (QAUM) adalah amalan yang diyakini dapat membantu proses tersebut. Pelajar dipanggil 'brother/sister', entah siapa yang memulakannya. Ungkapan itu amat unik yang menjadi 'trademark' kepada UIA hingga hari ini.

    Dalam aktiviti pelajar ditanamkan semangat perjuangan. Mereka disedarkan bahawa mereka adalah anak muda yang punya tanggungjawab yang besar membangunkan ummah.


    Jadilah semua ini sebagai sebahagian dari budaya UIA yang harmonis. Ungkapan seperti 'we are the agents of change' selalu disebut-sebut
    .
    Semua ini menjadikan mereka memahami erti kenapa mereka menjadi pelajar UIA.

    Mereka yang tahu apa ertinya menjadi pelajar UIA akan merasa bangga menjadi sebahagian dari  sejarah pembangunan ummah melalui misi universiti ini. Anjakan paradigma berlaku pada pelajar apabila mereka merelakan diri mereka melalui proses 'penyucian minda' yang menjadi budaya UIA. Graduan yang terserlah peribadi 'ke uia annya' biasanya adalah di kalangan mereka yang sedia  melalui tahap penyucian yang unik ini sepanjang berada di UIA. 

    Saya sering mengatakan kepada mereka tentang budya QAUM di UIA:

    Q - qiyammualail sebagai sabun pembersih
    A - Asma' Ul Husna sebagai minyak wangi
    U - usrah sebagai air cucian
    M - Al Maathurat sebagai pakaian indah

    "Dimandikan dengan usrah, disabun dengan Qiyamullail, disaluti dengan pakaian AlMaathurat dan diharumkan dengan alunan Asma'Ul Husna, maka terhasillah satu produk yang indah akhlaq dan tajam mindanya. "

    Proses itu membantu mereka menerapkan sifat amanah, sidiq, tabligh dan fathonah. Proses QAUM yang amat penting membina bakal pemimpin ummah.

    Mereka yang bersungguh-sungguh merelakan dirinya melalui proses itu, InsyaAllah peribadi mereka tidak akan diragui.  Mereka bersih menyebabkan orang suka mengambil mereka bekerja. Mereka wangi menyebabkan orang suka mendekati mereka untuk diletakkan di hadapan sebagai pemimpin dan imam. Mereka indah kerana punya peribadi mulia. Lebih indah lagi apabila mereka membiasakan diri dengan solat 5 waktu di masjid SHAS yang sengaja dibina di tengah-tengah UIA supaya mudah didatangi oleh semua warganya.

    Hujung minggu mereka dihabiskan dengan aktiviti da'awah dan kerja-kerja membantu masyarakat yang memerlukan. Tidak ada siapa yang memaksa mereka. Tetapi jiwa mereka sudah terdidik untuk menyumbang tenaga untuk ummah.
    Menyumbang bakti untuk masyarakat

    Inilah yang sepatutnya dilalui oleh semua pelajar-pelajar UIA. Mereka yang lebih banyak melalui proses-proses ini akan terserlah lah aura 'UIA' nya menjadi jurubicara ummah dan sebagai ejen perubah masyarakat. Mereka akan berjaya di mana saja mereka berada. "Jika dicampak ke laut, terapung menjadi pulau, tenggalam menjadi mutiara."

    Memang ada yang liat untuk melakukannya tetapi walau macam mana liatnya mereka masih mendapat sedikit sebanyak tempias dari budaya ini untuk mencuci peribadi.

    Penyerahan skrol dalam majlis konvokesyen adalah simbol penyerahan obor buat bakal pemimpin ummah. Apakah mereka mengerti dengan simbol tersebut?

    Sering dilihat graduan mengambil gambar beramai-ramai sambil membuang skrol ke udara......tercampakkah obor bersama skrol itu dan ia tidak lagi dipegang erat-erat?

    Masa berlalu begitu pantas, suasana berubah, tidak semua pelajar mahu melalui proses pentarbiyyahan dan mempraktikkan Q.A.U.M  lagi. Ramai pensyarah dan pentadbir yang punya semangat juang yang kental sudah pun bersara atau keluar dari UIA atau mereka masih ada tetapi kekentalan semangat sudah sehebat dulu. Dunia menukar segalanya..

    Bagi yang masih tinggal, sewaktu pelajar taat menjalani sesi usrah wajib, di manakah mereka?

    Ramai yang hanya bersungut dan mengeluh. Apakah sungutan dan keluhan mampu memperbaiki keadaan?

    Sesekala terfikir juga soalan berikut di benak kita :

    ·       Apakah UIA masih mampu menghasilkan graduan   hebat pembawa obor ummah ?

    ·       Berapa ramaikah pelajar UIA yang tahu ertinya mereka sebagai pelajar UIA?


    ·      Bagi mereka yang tahu berapa ramaikah yang mampu melaksanaka tanggunjawab   ummatik ini?


    ·     Sebesar manalah agaknya impak graduan kita dalam pentadbiran negara setelah ribuan  graduan dilahirkan oleh UIA?


    ·      Sejauh manakah agaknya penglibatan graduan UIA dalam menangani perpecahan  ummah? Ataukah mereka juga sebahagian dari pemecah ummah?

    ·       Sudah berjayakah UIA dalam 'Islamization of knowledge'?

    ·     Sudah berapa banyakkah buku yang terhasil sebagai penanda aras kejayaan  'Islamization   of knowledge' UIA? 


       Kepada anak-anak didik UIA fahamilah, apa ertinya anda sebagai pelajar UIA? Anda milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Anda pembawa amanah, amanah itu amat berat, usah dikhianati. 

    Masa usah ditunggu kerana masa tidak pernah menunggu kita. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kita penyatu  bukan pemecah-belah ummah. Berlapang dadalah dengan perbezaan pendapat kerana kita sudah disatukan oleh aqidah. Usah berbalah atas perkara remeh kerana ia kan menjadi barah yang menyakitkan.


    Artilkel lain:

    SAYANG UIA SAYANG

    TOWARDS WORLD CLASS UNIVERSITY

    IMAM MUDA HASAN ADLI

    Mana Mak?
    KEBENARAN INI
    Malu Kita Dengan Orang Jepun










    Budi terakhir buat sahabat


    posted by Martinelli Hashim

    2 comments

    بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

    Dalam isak tangis sahabat2  melepaskan jenazah Ikhwan ke Kedah, 3 orang sahabat setia yang sangat rapat dengan Allahyarham iaitu  Izudin, Razali dan Mahfoz menawarkan diri untuk ikut serta menaiki van jenazah. Ketiga-tiga mereka mempunyai ikatan persahabatan yang sangat kuat dengan Allahyarham.  Ketiga-tiganya duduk menghadap jenazah sepanjang perjalanan yang memakan masa  selama 7 jam.

    Mahfoz adalah teman Ikhwan dalam AKHI, orang yang terakhir bersama Ikhwan sebelum Ikhwan menghembuskan nafas terakhir. Malam itu Ikhwan bersama alumni AKHI membuat reunion di Restoran Nelayan.  Ikhwan menghantar Mahfoz ke rumah  sebelum pulang ke UIA. Dalam perjalanan malam seorang diri, Ikhwan mungkin tidak dapat menahan mengantuk ditambah dengan keletihan selepas bertugas sepanjang hari.

    Izudin teman sebilik adalah orang yang terakhir bercakap dengan Ikhwan melalui telepon bimbit. Kata Izudin entah macam mana malam itu beliau tergerak hati untuk meminta Ikhwan membeli MACDEE . Jururawat mendail nombor Izudin yang ada dalam telepon bimbit Ikhwan untuk memberitahu tragedi itu.

    Razali juga teman sebilik, yang mengambil alih jawatan Presiden CENSERVE Team dari Ikhwan sudah tentu berkongsi denyut nadi yang sama untuk menggerakkan CENSERVE Team.  Ikhwan mewariskan CENSERVE Team kepada Razali dengan pelbagai perancangan bagi memantapkan lagi misi ummah.

    Tidak dapat dibayangkan perasaan ketiga-tiga sahabat ini dengan kehilangan teman seperjuangan yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka sajalah yang tahu bagaimana perasaan mengadap jenazah ikhwan, teman yang sebelum ini penuh ceria dan senyum tidak pernah kering dibibir sekarang tebujur kaku dalam keranda dihadapan mereka. Mereka menghadap jasad Ikhwan selama 7 jam meredah hujan lebat sebelum sampai ke kampung Ikhwan untuk disemadikan.

    Jenazah  dikebumikan malam itu juga. Mereka pulang menaiki van jenazah yang sama ke UIA. Namun kesabaran mereka diuji Allah apabila van rosak di tengah jalan dalam gelap gulita.

    Demi seorang sahabat, mereka meredhakannya. Belum lagi hilang penat Razali dan Izudin selepas membantu mangsa banjir di Johor selama 3 hari. Malam ini Izudin ada mid-term. Apalah ada pada sebuah kepenatan dan test berbanding dengan nilai persahabatan.

    Sudah tentu pengalaman menemani sahabat dalam perjalanan terakhirnya penuh bermakna bagi mereka. 

    Buat mereka bertiga….sekalung penghargaan. Moga Allah membalas budi yang dicurahkan. Budi terakhir buat teman tersayang.


    GUGURNYA SEORANG PAHALAWAN CENSERVE


    posted by Martinelli Hashim

    4 comments

    بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
    Ikhwan mendidik jiwa bertuhan
    Tidak dapat digambarkan rasa terkejut saya menerima khabar dari Izuddin, sahabat baik Ikhwan yang mengatakan Ikhwan sudah berpulang ke rahmatullah jam 2 pagi kerana kemalangan jalanraya. Beliau dalam perjalanan balik sekembali dari menemui rakan2 alumni Kelab AKHI yang pernah diterajuinya satu ketika dahulu.

    Ikhwan salah seorang bintang dalam CENSERVE yang sangat banyak meninggalkan jasa untuk CENSERVE dan ummah. Ikhwan yg sentiasa senyum dalam apa saja keadaan, yang berjiwa besar dan sangat prihatin, kini tiba2 hilang pada masa adiknya2 masih memerlukan baktinya. Ikhwan yang sangat baik, pemegang ijazah Ilmu Wahyu dari UIA yang sepanjang hari berfikir bagaimana untuk membantu orang lain..

    CENSERVE, pentas perjuangan anak2 muda UIA membantu mereka yang memerlukan menebarkan daawah kepada masyarakat tidak mungkin berjaya tanpa adanya insan-insan seperti Ikhwan. Insan-insan ini tidak lokek dengan tenaga, masa dan wang ringgit kerana satu misi....memartabatkan ummah!

    Ikhwan sangat komited dengan kerjanya dan sentiasa mencari dan mencari untuk meningkatkan diri sendiri dan orang lain. Program motivasinya meninggalkan bekas pada setiap peserta yang menghadirinya.

    Cita-citanya sebagai trainer dan motivator sudah tercapai tetapi dia pergi begitu cepat. Beliau tidak lokek ilmu. Semua yang ada dallam kepalanya dikongsi dengan orang lain. Beliau tidak lokek tenaga, dalam segala kesibukannya beliau masih membantu ahli2 AKHI merancang program bagi meningkatkan keberkesanan kelab.

    Baru 3 minggu lepas beliau datang ke bengkel projek RESILIA dan memberi pelbagai cadangan. Baru beberapa lama saya menasihatkannya supaya hati2 membawa kereta kerana beliau terlalu aktif menjalankan program.

    Pemergian Ikhwan ditangisi rakan2 yang memenuhi Hospital Ampang pagi tadi. Pentas CENSERVE kehilangan seorang penggerak yang sangat aktif.

    Moga roh beliau ditempatkan bersama-sama roh mereka yang soleh...Amiiiiin.

    Buat Ikmal, kuatkan semangat meneruskan perjuangan Ikhwan kerana misi ummah masih belum tercapai. Kami mengharapkan Ikmal sebagai pengganti Ikhwan.......!!!!

    Dari Penulis


    posted by Martinelli Hashim

    1 comment


    Selamat datang ke blog ini. Tulisan hasil dari pandang peribadi, bukan mewakili mana-mana pihak apalagi institusi tempat bertugas, UIAM.

    Menulis sebagai tanggungjawab ummah bagai menyebarkan apa saja yang memberi manfaat kepada agama bangsa dan keluarga.

    Dengan masa yang diberi Allah di sebalik menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan UIAM, ibu kepada 6 anak, mertua kepada 2 menantu, nenek kepada cucu2 yang semakin bertambah dan isteri kepada suami yang berdedikasi, saya cuba memperuntukan sedikit masa di saat2 embun menitis sebagai sumbangan kecil kepada masyarakat melalui tulisan2 yang tidak seberapa ini.

    Bertugas mendidik pelajar-pelajar UIAM menabur bakti kepada ummah yang memerlukan melalui projek-projek da'wah dan kemasyarakatan.


    Sila coretkan sebarang pendapat, komen kritikan atau ilham tambahan untuk memperbaiki blog ini.

    Semua bahan yang ada dalam blog ini adalah hasil tulisan saya sendiri kecuali yang dinyatakan salinan dari orang lain. Anda dipersilakan menyalinnya  asalkan dinyatakan sumbernya dari blog ini
    http://martinellihashim.blogspot.com agar pembaca boleh mencari rujukan asal. Tiada larangan  menyebarkannya untuk niat berda'wah yang memberi manfaat. Dilarang digunakan untuk tujuan kemersial. 

    MARTINELLI HASHIM
    Head
    Centre for University Social Responsibility, IIUM (CENSERVE)
    Email saya: nailihashim@gmail.com

    Pejuang Muda di Taman Ilmu dan Budi


    posted by Martinelli Hashim

    No comments

    بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 

    Seharian berhadapan dengan anak2 muda yg aktif melaksanakan projek2 daawah. Mereka menyerahkan diri dan tenaga untuk dilatih. Mereka merancang, menggerakkan dan menganalisa setipa projek yg dijalankan. Mereka masih bergelar mahasiswa yg terpaksa bergelut dengan kuliyah, tugasan dan peperiksaan.
    Mereka manusia biasa yg juga punya hati untuk berhibur seperti mahasiswa lain di panggung2 wayang atau berpeleseran  pada hujung minggu. Tetapi nilai juang yg tertanam dihati mereka untuk melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar menjadikan mereka manusia luar biasa. Mereka memerah tenaga dan minda untuk menjayakan projek daawah CENSERVE melalui kelab masing2 demi untuk ummah.
    Saya mengkagumi anak2 muda ini yang mampu meletakkan kepentingan orang lain dari diri sendiri.
    Sudah lebih 20 tahun saya berada di gelanngang ini. Mereka adalah anak2 didik saya yang punya hati dan budi yang luar biasa. Mereka datang dan pergi dan saya masih di sini selagi diizinkan. Yang pergi akan meneruskan perjuangan di arena masing2 dan yang datang akan menyambung tugas yang ditinggalkan dengan langkah penuh tekad.
    Kini perjuangan mereka semakin mencabar. Misi untuk membantu meyelamatkan remaja seagama dari hanyut dalam maksiat. Maka terancanglah sebuah projek dipanggil PROJEK RESILIA …..remaja suci dari zina, mulia dalam agama. Mereka akan turun ke sekolah2 mendekati remaja dengan menggunakan kaedah yang interaktif dari remaja kepada remaja. Remaja sekolah akan diterangkan apa itu zina dan kesannya dan bagaimana mengelakkannya.
    Sebuah misi yang besar yang hanya mampu dijayakan oleh anak2 muda yang berjiwa besar.
    Kepada anak2 muda ini yang gigih menggerakkan CENSERVE, teruskan perjuangan kalian. Dikatakan:
    Pada waktu seluruh manusia berkeluh kesah di padang masyar akan ada sekumpulan yang tidak merasa apa-apa kesusahan. Mereka itu adalah yang pada masa hidupnya sibuk bekerja  menyelamatkan agama Allah sedangkan orang lain sibuk melayan nafsu mereka.
    Alangkah bahagianya sekiranya apa yang kita lakukan ini dapat melayakkan kita untuk dimasukkan ke dalam golongan itu
    Buat semua ahli  yang menjadikan CENSERVE wadah perjuangan, moga usaha kalian terus diberkati Allah.
    Buat mereka yang sudah meninggalkan CENSERVE dan berjuang di pentas yang lebih luas, moga semangat yang dibina di CENSERVE dahulu masih berkobar. Waktu melihat langit yang tinggi jangan lupa rumput di bumi. Kita tidak akan mampu berdiri  tanpa ada bumi yang teguh.
    Buat Jali, Izudin dan Akmal yang saban waktu berada di  pejabat CENSERVE ….antara pelajar pelik kerana tak pernah jemu dengan ibu walaupun ibu selalu menyusahkan mereka, terima kasih, sayang.





    Martinelli Hashim